2025 MarsdenLR 2295
MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
CHONG CHEN NAM LWN. PENTADBIR TANAH DAERAH BENTONG
[Rujukan Tanah No: CB-15-17-06/2024]
Pampasan untuk pengambilan tanah harus berdasarkan nilai pasaran dan faktor yang ditetapkan dalam Akta Pengambilan Tanah 1960, tanpa mengambil kira pertimbangan lain yang tidak relevan.
Headnote:(A) Akta Pengambilan Tanah 1960 - Pengambilan tanah untuk Projek Laluan Rel Pantai Timur - Jumlah pampasan yang ditawarkan oleh Pentadbir Tanah adalah RM1,475,337.00 - Pemohon membantah jumlah pampasan - Mahkamah meneliti laporan penilaian dan pandangan pengapit - Mahkamah memutuskan pampasan bagi pecah pisah sebanyak 5% dan menolak tuntutan kesan mudarat. (Paras 1, 4, 24, 32, 36)
(B) Prinsip Undang-Undang - Penentuan pampasan perlu berdasarkan nilai pasaran dan faktor-faktor lain yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960. Mahkamah tidak boleh mengambil kira perkara yang tidak relevan. (Paras 18, 20, 23)
Facts of the case:
Pengambilan tanah Lot 5615 untuk Projek ECRL melibatkan 0.8478 hektar dari tanah pemohon. Pemohon mempertikaikan jumlah pampasan yang ditawarkan oleh Pentadbir Tanah, menyatakan bahawa nilai pasaran tidak diambil kira. (Paras 1, 4, 7)
Findings of Court:
Mahkamah mengekalkan pampasan yang ditawarkan oleh Pentadbir Tanah, dengan tambahan pampasan sebanyak RM82,072.60 untuk pecah pisah. Tuntutan kesan mudarat ditolak kerana tiada bukti yang mencukupi. (Paras 24, 36)
Issues: Adakah pampasan yang ditawarkan mencukupi? Adakah terdapat pecah pisah dan kesan mudarat yang perlu dipertimbangkan dalam penentuan pampasan? (Paras 4, 25)
Ratio Decidendi: Mahkamah mengesahkan bahawa pampasan perlu ditentukan berdasarkan nilai pasaran dan faktor yang dinyatakan dalam Akta Pengambilan Tanah 1960, mengabaikan faktor-faktor lain yang tidak relevan. (Paras 18, 20)
Result: Pampasan bagi pecah pisah ditetapkan dan tuntutan kesan mudarat ditolak.
| Table of Content |
|---|
| 1. factual background of land acquisition case. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6) |
| 2. arguments regarding compensation and damages. (Para 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12) |
| 3. court's analysis on compensation principles. (Para 13 , 14 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25) |
| 4. determination of severance and compensation. (Para 26 , 27 , 28 , 29 , 30 , 31 , 32) |
| 5. final judgment on compensation and court's reasoning. (Para 33 , 34 , 35 , 36 , 37 , 38 , 39 , 40 , 41 , 42) |
Pendahuluan
[1] Kes ini melibatkan pengambilan tanah Lot 5615 (17119), Nombor Hakmilik GM 3880 terletak di Mukim Sabai, Daerah Bentong, Negeri Pahang. Ia adalah untuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link - ECRL) bagi Daerah Bentong, Negeri Pahang - Fasa 1 - Jajaran Utama (Projek ECRL). Pengambilan tanah adalah seluas 0.8478 hektar daripada keluasan keseluruhan tanah tersebut sebanyak 2.4730 hektar.
[2] Pemohon adalah tuan tanah yang mempunyai kepentingan 1/1 bahagian tanah ini. Siasatan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 telah dibuat di hadapan Pentadbir Tanah Bentong.
[3] Pada akhir siasatan melalui Borang H Akta Pengambilan Tanah 1960 award dan tambahan pampasan yang diberikan oleh Pentabdir Tanah Bentong adalah sebanyak RM1,475,337.00.
[4] Pada 19 Januari 2023 Pemohon mengemukakan rujukan tanah kepada Mahkamah melalui Borang N Akta Pengambilan Tanah 1960 dan menyuarakan bantahan Pemohon terhadap jumlah pampasan.
[5] Pemohon telah mengemukakan Laporan Penilaian yang disediakan oleh Sr. Wong Tack Loong, Penilai Berdaftar daripada Rise Property Services. Responden mengemukakan sanggahan melalui Laporan Penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia (JPPH) yang disediakan oleh Sr. Wan Norawatif bin Wan Su, Pegawai Penilaian Kanan.
[6] Laporan Penilaian Pemohon yang disediakan oleh Rise Property Services menyatakan penilaian dibuat pada 21 Oktober 2021 dan laporan bertarikh 29 Julai 2022. Ia disediakan oleh Sr. Wong Tack Loong, MRISM, MPEPS, Penilai Berdaftar (V-704).
[7] Laporan Penilaian yang dikemukakan oleh Pemohon antara lain menyatakan nilai pasaran telah tidak diambil perhatian sepenuhnya dalam award yang diberikan oleh Pentadbir Tanah Bentong. Ia juga menyatakan kegagalan mengambil kira urus niaga tanah-tanah yang berhampiran dengan tanah yang menjadi isu dalam kes ini. Ini dapat dilihat di halaman 15 laporan tersebut.
[8] Responden dalam Laporan Penilaian telah menyatakan nilai pasaran lot terlibat melalui perbandingan yang dikemukakan oleh penilai Pemohon adalah tidak sesuai digunakan. Ini adalah disebabkan harga balasan yang dicatatkan tidak mencerminkan harga pasaran di kawasan sekitar lot terlibat. Ini merujuk kepada Appendix G dalam Laporan Penilaian Pemohon di Butiran 7.
[9] Selain daripada itu Pemohon juga dalam laporannya membangkitkan isu berkenaan dengan pecah pisah. Asas kepada tuntutan tersebut ialah terdapatnya pemisahan di antara lot 5609 yang tidak lagi mempunyai jalan perhubungan dengan lot 5615. Sebelum pengambilan tanah ini, lot 5609 boleh dihubungi secara langsung ke lot 5615. Ia tidak mempunyai akses selepas pengambilan tanah ini. Pemohon berpendapat ia adalah suatu pecah pisah yang perlu diambil kira oleh Mahkamah.
[10] Sebaliknya Laporan Penilaian daripada JPPH yang dikemukakan oleh Responden menyatakan bahawa isu pecah pisah lot subjek iaitu lot 5615 dengan lot 5609 adalah terpisah adalah tidak wajar dituntut kerana ia merupakan lot yang berbeza dan lot 5609 juga telah dibayar pampasan yang sewajarnya. Penilai Kerajaan juga menyatakan bahawa hasil semakan maklumat perancangan yang dibekalkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang menunjukkan tiada sebarang permohonan untuk zon pertanian yang melibatkan tanah ini untuk dimajukan bagi tujuan yang lain. Oleh itu Penilai Kerajaan berpendapat permohonan untuk pecah pisah tiada sebarang justifikasi dan hanyalah andaian semata-mata berdasarkan kepada pelan teknikal daripada Malay