MAHKAMAH TINGGI MALAYA SUNGAI PETANI
ADAM AHMAD LWN. KERAJAAN MALAYSIA & YANG LAIN
[Permohonan Semakan Kehakiman No: KB-25-6-12/2024]
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Melalui Lampiran 1, Pemohon memohon kebenaran memohon semakan kehakiman untuk relif-relif berikut-
(i) perisytiharan bahawa Deen al-Fitrah dan Islam Kaffah adalah sistem kehidupan dan sistem kerajaan yang berasaskan prinsip tunggal tauhid, iaitu penegasan bahawa semua kewujudan adalah milikan Tuhan Sekalian Alam (Nature's God), yang dibuktikan melalui kepatuhan kepada Sunnatullah atau Undang-undang Semulajadi (Natural Law) atau prinsip utama Hak Semulajadi (Natural Rights) yang ditegaskan dalam Surah Al-Maaidah (5:101), Ali Imran (3:7), Al-An'aam(6:150), Hud(11:17), An-Nisaa' (4:82), serta Doktrin Tauhid (Perlembagaan) menurut Surah Al-A'raaf (7:172), Al-An'aam (6:12), Al-Qasas (28:74-75), Al- An'aam (6:161-163) dan Al-Kahfi (18:50-51);
(ii) perisytiharan bahawa Malaysia adalah negara yang tegak berasaskan Deen al-Fitrah dan Islam Kaffah, sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3(1) dan Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara; dan bahawa sebarang prinsip jurisprudens yang melanggar fitrah manusia semulajadi menurut kerangka Perlembagaan Al- Quran, seperti yang ditegaskan dalam Surah Al- Mumtahanah (60:9) dan Ar-Ruum (30:30), adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah untuk menjadi negara Islam;
(iii) perisytiharan bahawa tujuan utama al-Quran diturunkan adalah untuk menetapkan sistem kerajaan sehingga hari kiamatyang sah dan layak memasuki kontrak bersama Allah menurut terma dan syarat al-Quran, dan bahawa Sultan dan Raja-raja yang mempertahankan bidangkuasa tauhid Deen al-Fitrah dan Islam Kaffah tanpa campur aduk hokum relativisme adalah seolah-olah Khalifah dan saksi atau bayangan Tuhan di atas muka bumi menurut prinsip Surah al-Fath (48:10), Al-Baqarah(2:151), Al-Anbiyaa' (21:105), An-Nur (24:55), Al-Baqarah (2:130-151), Ali Imraan (3:6468), Al-Hajj (22:78), Ali Imraan (3:81-85), Al-A'raaf 7:156158, An-Nisaa' (4:65), Yunus (10:47), lbrahim(14:4), dan bahawa penderhakaan terhadap bidang kuasa tauhid mereka dalam memelihara fitrah semulajadi makhluk Allah menurut prinsip Surah Ar-Ruum(30:30) dan An-Nisaa' (4:119-121) adalah seolah-olah penderhakaan kepada Tuhan dan membawa implikasi murtad;
(iv) perisytiharan bahawa gerakan penghapusan spesis manusia Homo Sapiens melalui transhumanisme, yang dibawa oleh Forum Ekonomi Sedunia (WEF) dan disokong oleh perjanjian rakan strategik bersama Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UN) untuk melaksanakan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), serta paksaan kontrak sosial Great Reset melalui bioterrorisme, bertujuan mewujudkan sistem ekonomi parasit (riba) Stakeholder Capitalism di seluruh negara secara tidak demokratik, adalah bersamaan sifat dengan gerakan "keturunan Iblis" (Dajjal) dalam konteks pemahaman Islam seperti yang ditegaskan dalam Surah Al- Kahfi (18:50-51), Asy-Syu'araa' (26:94-98), Al- An'aam(6:112-116), Al- Mujaadalah (58:14-22), dan Al-Hajj (39-41);
(v) perisytiharan bahawa hasrat keturunan Iblis seperti yang disifatkan dalam Surah An-Nisaa' (4:119) dan Surah Al-Kahfi (18:50), serta sokongan kerajaan Malaysia untuk melaksanakan paksaan kontrak sosial Order Baru Dunia atau Great Reset dengan menjadikan ahli-ahli World Economic Forum (WEF) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) sebagai Khalifah di atas muka bumi, adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan suatu gerakan rampasan kuasa terhadap Khalifah atau Yang di-Pertuan Agong (YDPA) atau Raja sebenar seperti yang ditetapkan melalui doktrin kerajaan ilahi (Divine Kingship) dalam Surah A-li'lmraan (3:68) dan Surah Al-Hajj (22:78) al-Quran, serta sistem negara Malaysia;
(vi) perisytiharan bahawa penglibatan Malaysia dengan World Economic Forum (WEF), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menurut agenda Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), "Dasar 4IR Negara" dan semua polisi yang berkaitannya adalah pakatan jenayah bioterrorisme untuk menghapuskan seluruh umat manusia Homo Sapiens, dan bahawa penglibatan ini adalah bercang
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.