SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 1014

MAHKAMAH TINGGI MALAYA TAIPING
AZIZAH HARUN & YANG LAIN LWN. JABATAN KETUA PENGARAH TANAH & GALIAN DAN YANG LAIN
[Saman Pemula No: AB-24NCVC-294-10/2024]



Petitioner Advocates:Muhammad Rafique Rashid Ali ,Respondent Advocate: PKP Siti Hanida Abdul Kadir

The court held that previous rulings regarding estate distribution among heirs take precedence, citing res judicata principles and questioning the legitimacy of claims based on administrative errors and misleading information.

Headnote:(A) Small Estates (Distribution) Act 1995 - Section 13 - Small Estates (Distribution) Act 1955 - Section 8 - Dispute over ownership of deceased's estate among heirs - Plaintiffs sought orders to declare prior administrative grants and transfers invalid - Court found prior transfers were based on misleading information and questioned validity of claims on grounds of natural justice and res judicata - Evidence showed previous rulings upheld claims of rightful heirs, negating Plaintiffs' claims. (Paras 16-46)

(B) Res Judicata - Application of the doctrine - Legal principle restricting re-litigation of matters already adjudicated - Court emphasized finality in litigation and necessity to comply with existing rulings. (Paras 35-44)

Table of Content
1. factual background of the estate distribution. (Para 1 , 2 , 4)
2. wills and inheritance rights related to estate. (Para 5 , 6 , 7 , 8 , 9)
3. challenges and disputes among the heirs. (Para 10 , 12 , 13 , 14)
4. plaintiff's argument on rightful ownership. (Para 16 , 17 , 18 , 19)
5. court's view on procedural fairness and due process. (Para 25 , 28)
6. doctrine of res judicata as applied in this case. (Para 35 , 36)
7. reaffirmation of court orders and compliance. (Para 40 , 41 , 42 , 45)
Noor Ruwena Md Nurdin H:

Pengenalan

[1] Rayuan ini adalah berkenaan keputusan Mahkamah ini apabila menolak permohonan Plaintif-Plaintif di dalam Lampiran 10 iaitu Saman Pemula Terpinda bertarikh 27 Disember 2024 yang difailkan dengan kebenaran Mahkamah. Lampiran 1 telah difailkan pada 17 Oktober 2024 dan permohonan pindaan difailkan (Lampiran 6) pada 16 Disember 2024 untuk memasukkan perenggan No 2 di mana tiada bantahan oleh pihak Responden- Responden terhadap pindaan tersebut. Pendengaran Lampiran 10 dijalankan pada 12 Mac 2025. Pada 17 April 2025, Mahkamah ini telah menolak permohonan tersebut dengan kos. Alasan Penghakiman ini mengandungi sebab-sebab penolakan permohonan tersebut. Pihak-pihak dirujuk seperti semasa di Mahkamah Tinggi.

Latarbelakang

[2] Plaintif-Plaintif telah memohon perkara-perkara yang berikut di dalam Lampiran 10:

1. Suatu perintah bahawa Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah s 13 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1995 bertarikh 8 Januari 2024 bagi Hassan bin Lebai Salleh, si mati, berkait dengan hartanah- hartanah G.M 530, Lot 917 Mukim Pengkalan Aor Daerah Larut Matang (1/2 bahagian) dan G.M 396, Lot 763 Mukim Pengkalan Aor Daerah Larut Matang (1/2 bahagian) adalah terbatal;

2. Suatu perintah susulan bahawa tanah-tanah yang dinyatakan di dalam perintah (1) hendaklah didaftarkan semula oleh Pentadbir Tanah / Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian kepada Plaintif-Plaintif sebagai pemilik tanah yang sah;

3. Satu perintah bahawa (GM 530, Lot 917 Mukim Pengkalan Aor Daerah Larut Matang (1/2 bahagian) dan GM 396, Lot 763 Mukim Pengkalan Aor Larut Matang (1/2 bahagian) adalah milik penuh Plaintif-Plaintif berdasarkan kedudukan s 340 Kanun Tanah Negara atas doktrin "Indefeasibility of title";

4. Satu perintah bahawa penurunan dan/atau pindah hakmilik tanah melalui dasar kasih sayang dari Ibu kepada Anak-anak adalah sah;

5. Kos permohonan ini ditanggung oleh Defendan-Defendan;

6. Lain-lain relif yang difikirkan wajar dan adil oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

Kertas Kausa

[3] Kertas-kertas kausa bagi permohonan ini adalah seperti berikut:

a. Saman Pemula Terpinda (Lampiran 10) bertarikh 27 Disember 2024 bagi meminda Saman Pemula (Lampiran 1) bertarikh 17 Oktober 2024;

b. Afidavit Sokongan Plaintif (Lampiran 2) yang diikrarkan oleh Plaintif Kedua bertarikh 17 Oktober 2024;

c. Afidavit Jawapan Defendan Kedua (Lampiran 4) bertarikh 18 November 2024;

d. Afidavit Jawapan Defendan Ketiga (Lampiran 11) bertarikh 3 Februari 2025;

e. Afidavit Jawapan Defendan Pertama (Lampiran 12) bertarikh 24 Februari 2025; dan

f. Afidavit Balasan Plaintif (Lampiran 13, 14 & 15) diikrarkan oleh Plaintif Kedua bertarikh 4 Mac 2025.

Nota: Hujahan Bertulis difailkan oleh pihak-pihak kecuali Defendan Kedua.

Fakta Dan Kronologi Kes

[4] Latarbelakang dan fakta kes ini boleh didapati daripada Afidavit- Afidavit yang difailkan. Tindakan Saman Pemula ini melibatkan Guaman Pembahagian No. JKPTG/PK/08/04/71/2005 ("guaman tersebut") bagi si mati bernama Hassan bin Lebai Salleh yang meninggal dunia pada 26 Jun 1941 (selepas ini dirujuk sebagai "Si Mati"). Arwah Si Mati telah meninggalkan lot-lot tanah termasuk Lot GM 396, Lot 763, dan GM 530, Lot 917, Mukim Pengkalan Aor, Daerah Larut Matang, Perak (selepas ini dirujuk sebagai "Lot-Lot Yang Dipertikai" atau "Lot-Lot tersebut"). Seterusnya satu petisyen pembahagian harta pusaka telah dipohon di bawah s 8 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] melalui Borang A bertarikh 7 Februari 205 dan 23 Mac 2005 yang d

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top