2025 MarsdenLR 3595
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
SNAPGO TECHNOLOGIES (M) SDN BHD LWN. YU RUIDAN & YANG LAIN
[Guaman No: BA-22NCvC-168-04/2024]
Application for discovery must demonstrate relevance and necessity; fishing expeditions in legal actions are not permitted.
Headnote:The court analyzed the application for discovery under Order 24 Rule 3 of the Rules of Court 2012, finding that the plaintiff must demonstrate relevance and possession by the defendants. The court ruled on the necessity of documents for just resolution. The final determination was against the plaintiff's application for disclosure.
| Table of Content |
|---|
| 1. basis of discovery application under relevant laws. (Para 1 , 2) |
| 2. claims regarding business loss due to defendants' actions. (Para 3 , 4 , 5 , 6) |
| 3. arguments challenging discovery necessity. (Para 7 , 9) |
| 4. criteria and legal standards for discovery. (Para 10 , 11 , 14 , 15 , 16 , 17 , 20 , 21 , 22) |
| 5. legal framework governing document discovery. (Para 12 , 13) |
| 6. criteria for granting document discovery in legal proceedings. (Para 18 , 19) |
[1] Kandungan 9 ialah permohonan Plaintif menurut peruntukan a 24 k 3, 7, 9 dan 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidangkuasa sedia ada Mahkamah Yang Mulia ini untuk perintah-perintah seperti berikut:
(a) bahawa Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga hendaklah, dalam masa 7 hari dari Perintah ini, membuat dan memperakui satu afidavit menyatakan bahawa maklumat dan dokumen yang dipohon adalah, atau telah pada bila-bila masa, berada di dalam milikan, jagaan atau kuasa; dan jika tidak berada di dalam milikan, jagaan atau kuasa Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga terpisah daripadanya dan apa yang telah terjadi kepadanya, iaitu:
i. semua mesej-mesej teks (text messages) dan mesej- mesej suara (voice messages) antara mereka yang bersangkutan dan atau melibatkan Plaintif dan pengarah-pengarah Plaintif oleh Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Koh Boon How @ Sam (No. K/P: 641113-10-7745) bagi tempoh antara 28 Ogos 2023 hingga 8 Februari 2024.
ii. semua Penyata akaun-akaun Bank untuk tempoh antara Julai 2021 hingga Februari 2024 bagi perniagaan/syarikat Pro Vision Marketing (No. Pendaftaran: 200703129855); dan perniagaan/syarikat Solventus Works Enterprise (No. Pendaftaran: 202303219429 (CA0372107-V).
iii. semua komunikasi antara Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dengan Lin Kuw Ming (No. K/P: 670721-10-6095), setiausaha syarikat Solventus Machinery Sdn Bhd untuk tempoh antara bulan Ogos 2023 hingga Disember 2023. 2.
Dalam masa 7 hari dari Perintah ini, penzahiran dokumen dibuat dan diserahkan kepada Plaintif satu senarai maklumat dan dokumen yang dinyatakan bersama-sama dengan sesalinan dokumen tersebut. 3.
(b) Kos permohonan ini dijadikan kos di dalam kausa.
[2] Alasan permohonan Plaintif dinyatakan dalam afidavit sokongan yang diikrarkan oleh salah seorng pengarah syarikat Plaintif bernama TEH SIAK GUAN dan secara ringkasnya seperti berikut:
(a) Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga mempunyai, atau pada satu ketika mempunyai, memiliki, menjaga atau mempunyai kuasa ke atas maklumat dan dokumen yang dipohon.
(b) maklumat dan dokumen yang dipohon adalah relevan dan perlu untuk menentukan isu dan/atau relief yang dipohon oleh Plaintif di dalam tindakan ini dengan sempurna.
(c) Defendan Pertama hingga Defendan Keempat telah, tanpa apa-apa alasan atau justifikasi sah, gagal, enggan dan/atau abai untuk mendedahkan maklumat dan dokumen yang dipohon.
(d) Plaintif berhak kepada maklumat dan dokumen yang dipohon bagi tujuan tuntutannya di sini.
Tindakan Undang-Undang Terhadap Defendan-Defendan
[3] Plaintif menjalankan perniagaan sebagai pengeluar semua jenis mesin industri dan barang untuk kegunaan rumah bagi makanan dan minuman dan lain-lain kegiatan perniagaan yang berkaitan dengannya menyaman Defendan-Defendan atas kausa tindakan yang berikut:
(a) tindak-tanduk seorang bernama Koh Boon How @ Sam [ IC No: 641113-10-7745), Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga mengakibatkan kerugian ataupun berlakunya persaingan yang menjejaskan perniagaan Plaintif.
Selaku pengkhidmat-pengkhidmat kepada Plaintif, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga mempunyai kewajipan nyata atau tersirat untuk:
memajukan dan menjayakan Plaintif dan tidak mengakibatkan kerugian ataupun berlakunya persaingan yang menjejaskan perniagaan Plaintif.
tidak mengakibatkan pendedahan Maklumat dan Dokumen-Dokumen Sulit milik Plaintif.
tidak menyebabkan kerosakan dan kesan negatif yang teruk kepada Plaintif.
tidak melanggar kewajipan dan tanggung