SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 2026

MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
SHYAMALA M SHANMUGANATHAN LWN. KO BOON LEONG & SATU LAGI
[Saman Pemula No: CB-24NCVC-63-07/2021]



Petitioner Advocates:Roshan Selvaretnam,Diong Qian ,Respondent Advocate: Gunasekaran Suppiah,Nanda Kumar

The court held that in case of co-ownership disputes, when parties fail to agree on partition, the court may order public auction of the land as an equitable solution under the National Land Code.

Headnote:(A) Kanun Tanah Negara - seksyen 145(2)(c) dan seksyen 342 - Pertikaian hakmilik tanah - Mahkamah mendapati kedua-dua pihak mempunyai pemilikan bersama dan tidak dapat bersetuju tentang pecahan tanah - Mahkamah berpendapat bahawa penjualan tanah melalui pelelongan awam adalah cara yang sesuai berdasarkan ketidakmampuan untuk mencapai persetujuan - Hakmilik bersama ditamatkan dan pecahan bahagian ditetapkan. (Paras 12, 17, 25)

(B) Penyelesaian pertikaian - Pentingnya mencari penyelesaian secara baik sebelum melibatkan mahkamah - Kegagalan mencapai persetujuan membawa kepada tindakan mahkamah, di mana keharmonian perlu diutamakan. (Paras 20, 24)

Facts of the case:
Plaintif dan Defendan Pertama terlibat dalam pertikaian mengenai pecahan hakmilik bersama tanah. Plaintif mendakwa telah membina di bahagian miliknya, manakala Defendan Pertama menafikan dan mendakwa pembinaan dilakukan di plot miliknya. Tiada persetujuan dalam pengukuran plot yang jelas. (Paras 6, 11)

Findings of Court:
Mahkamah memutuskan hakmilik bersama ditamatkan dan dibahagikan kepada masing-masing 1136 meter persegi kepada Plaintif dan Defendan Pertama. (Paras 25(a))

Issues: Adakah harta boleh dipecahkan sempadan dan adakah wajar untuk perintah lelongan awam dikeluarkan. (Paras 5)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan jualan tanah diperlukan bagi mengakhiri pemilikan bersama. Ketiadaan persetujuan mengizinkan Mahkamah untuk mempertimbangkan perintah jualan berdasarkan keterangan yang ada. (Paras 17, 25)

Result: Hakmilik bersama ditamatkan dan dibahagikan kepada masing-masing 1136 meter persegi.

Table of Content
1. foundation of the case and ownership details. (Para 1 , 2 , 3 , 4)
2. disputes over property usage and construction. (Para 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10)
3. consensus on shared ownership yet contention over partition. (Para 11 , 12 , 13 , 14 , 15)
4. court's discretion in partitioning property. (Para 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24)
5. final orders for property division and costs. (Para 25)
Roslan Mat Nor H:

Pendahuluan

[1] Pada asalnya kes ini difailkan melalui satu saman pemula. Plaintif telah memohon untuk saman pemula ini didengar melalui perbicaraan penuh setelah saman pemula ditukarkan kepada writ.

[2] Pada 9 Mac 2022 pihak-pihak telah bersetuju menggunakan affidavit-affidavit yang difailkan menjadi pliding. Mahkamah ini telahpun menyediakan alasan penghakiman terhadap permohonan Plaintif untuk menukarkan saman pemula kepada writ seperti yang dilaporkan dalam Shyamala M Shanmuganathan lwn. Ko Boon Leong & Satu Lagi [2022] MLRHU 301 .

[3] Setelah perbicaraan dijalankan Mahkamah telah berpeluang mendengar keterangan Plaintif dan Defendan-Defendan bagi memutuskan kes ini. Oleh itu dalam kes ini tiada pernyataan tuntutan atau pernyataan pembelaan yang difailkan disebabkan kedua-dua pihak-pihak telah bersetuju untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada pliding.

[4] Mahkamah ini telah mendapati bahawa terdapatnya fakta-fakta yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu:

(a) Plaintif adalah pemilik berdaftar ½ bahagian tak pecah atas hartanah yang dipegang di bawah hakmilik PN 26596 Lot PT 15341 Mukim Tanah Rata, Daerah Cameron Highlands Negeri Pahang Darul Makmur.

(b) Defendan Pertama adalah pemilik berdaftar ½ bahagian tak pecah atas hartanah yang dipegang di bawah hakmilik PN 26596 Lot 15341 Mukim Tanah Rata, Daerah Cameron Highlands, Negeri Pahang Darul Makmur.

[5] Selain daripada itu Mahkamah juga berpendapat bahawa isu yang harus diputuskan oleh Mahkamah ialah sama ada:

(a) Hartanah yang menjadi isu dalam kes ini boleh dipecahkan sempadan berdasarkan kepada Lampiran A yang dikemukakan dalam saman pemula dan adakah Plaintif atau Defendan Pertama berhak ke atas plot-plot yang ditandakan tersebut.

(b) Adakah wajar untuk Mahkamah ini membuat perintah lelongan awam di bawah s 145(2)(c) Kanun Tanah Negara (KTN). Sekiranya demikian berapakah jumlah harga lelongan awam tersebut.

(c) Adakah sebarang perintah berkaitan dengan gantirugi perlu diberikan dalam kes ini.

Keterangan Dan Analisa

[6] Secara ringkasnya keterangan pihak-pihak dalam kes ini boleh dirumuskan seperti yang berikut iaitu pada 3 Julai 2014 terdapat perjanjian di antara pihak Plaintif dan Defendan Pertama. Di dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui Defendan Pertama membeli ½ bahagian daripada tanah HSD 290 Lot 206 Mukim Tanah Rata, Daerah Cameron Highlands, Negeri Pahang Darul Makmur dengan keluasan sebanyak 24467 kaki persegi dengan harga RM 900,000.00. Pembeli iaitu Defendan Pertama telah membayar RM 725,000.00 sebagai sebahagian daripada pembayaran tersebut.

[7] Defendan Pertama mendakwa bahawa Plaintif telah membina tiga tingkat banglo pada bahagian di mana ia adalah merupakan bahagian Defendan Pertama. Ini dirumitkan lagi apabila tiada gambaran berkenaan dengan Plot 1 dan Plot 2 di dalam perjanjian jual beli tersebut. Defendan Pertama mendakwa bahawa dia telah diberikan gambaran palsu berkenaan dengan bahagian yang dijual kepadanya oleh Plaintif.

[8] Sebaliknya Plaintif menyatakan bahawa pembinaan banglo tiga tingkat tersebut adalah di bahagian milik Plaintif. Pada masa yang sama didapati bahawa usaha untuk pembahagian sempadan harta tersebut telah dibuat pada sekitar tahun 2016. Malahan Plaintif menyatakan bahawa dia telah memaklumkan kepada Defendan Pertama bahawa dia hendak membina di rumah di Plot 2 hartanah tersebut.

[9] Pada sekitar Disember 2019 Plaintif telah memulakan kerja-kerja pembersihan kawasan dan menjalankan kerja-kerja penambunan tanah bagi tujuan pembinaan rumah tersebut. Semasa pembinaan rumah tersebut Defendan Pertama te

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top