SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 171

MAHKAMAH TINGGI MALAYA MELAKA
KUMMAR MANIKAM LWN. LEMBAGA TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM KUMPULAN SOKONGAN (NO 1) PEJABAT KETUA PEN....
[Permohonan Semakan Kehakiman No: MA-25-4-06/2020]



Petitioner Advocates:Ebrina Zubir ,Respondent Advocate: Norafiah Saini

The court emphasized the necessity of procedural fairness and the right to be heard in disciplinary proceedings, invalidating the dismissal due to significant procedural flaws.

Headnote:(A) Administrative Law - Judicial Review - Public Services Commission Regulations 1993 - Regulations 4(2)(g), 37, 25, 26, 38(g) - Dismissal of public servant for misconduct - The court found procedural unfairness in the disciplinary proceedings leading to the dismissal of the applicant, emphasizing the necessity for the provision of documents and the right to be heard. The failure to provide reasons for the dismissal was also highlighted. (Paras 9, 51, 52)

(B) Natural Justice - The principles of natural justice require that an individual facing disciplinary action must be given an opportunity to respond to allegations against them and be informed of the reasons for the decision made against them. (Paras 21, 31, 51)

Facts of the case:
The applicant was dismissed from public service for 73 days of unauthorized absence due to health issues. He claimed that his health conditions were not adequately considered during the disciplinary proceedings. (Paras 2-5)

Findings of Court:
The court determined that there were significant procedural flaws and violations of fundamental rights during the disciplinary process, rendering the decisions of both the Disciplinary Board and the Appeal Board invalid. (Paras 51, 52)

Issues: Whether the applicant was denied the right to respond to allegations, whether necessary documents were provided, whether reasons for the decision were given, and whether the applicant had the opportunity to present mitigating factors. (Paras 15-40)

Ratio Decidendi: The court ruled that the failure to provide the applicant with an opportunity to respond to the allegations and the lack of reasons for the dismissal constituted a breach of natural justice, thus invalidating the disciplinary proceedings. (Paras 51, 52)

Result: The application for judicial review was allowed, and the dismissal was quashed.

PENGHAKIMAN

Mohd Radzi Abdul Hamid H:

A. Pengenalan

[1] Ini adalah keputusan Mahkamah terhadap satu permohonan semakan kehakiman oleh Pemohon di dalam kandungan 18 ('Permohonan') di mana Pemohon memohon relif berikut:

(a) Melalui perintah certiorari mengenepikan keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No 1), Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan ('Lembaga Tatatertib') bertarikh 15 November 2010 untuk membuang kerja Pemohon berkuatkuasa 1 Januari 2011 serta terhadap keputusan muktamad oleh Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia ('Lembaga Rayuan') pada 6 Januari 2020 yang mengekalkan keputusan hukuman buang kerja terhadap Pemohon; dan

(b) melalui perintah mandamus untuk mengembalikan Pemohon semula ke jawatan terakhirnya tanpa kehilangan kekanan pangkat, kenaikan gaji, gaji, emolumen dan Iain-lain manfaat serta faedah termasuk faedah persaraan.

B. Latar Belakang Fakta

[2] Pada masa yang releven, Pemohon memegang jawatan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17 di Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka. Pemohon telah dilantik dalam perkhidmatan awam bermula 18 Julai 1979.

[3] Melalui Surat Tunjuk Sebab bertarikh 21 April 2010 dari Pejabat Pengerusi Lembaga Tatatertib, Pemohon telah dimaklumkan bahawa terdapat aduan pelanggaran kesalahan tatatertib terhadap Pemohon kerana tidak hadir kerja untuk tempoh 73 hari tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munsabah. Perbuatan ketidakhadiran bertugas itu telah melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 ('Peraturan-Peraturan') dan membolehkan hukuman buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan Peraturan dijatuhkan terhadapnya Pemohon.

[4] Susulan daripada surat itu, Pemohon telah memasukkan satu representasi secara bertulis pada 11 Mei 2020 ('Representasi') untuk membebaskan dirinya daripada pertuduhan. Dalam Representasi itu, Pemohon telah menyatakan bahawa, antara lainya:

(i) beliau menghadap penyakit medis kencing manis dan juga penyakit bukan medis;

(ii) keadaan kesihatannya member! kesan kepada kesihatan mental dan emosinya;

(iii) beliau telah mendapatkan rawatan dari hospital kerajaan dan klinik swasta;

(iv) keluarga beliau ada menyerahkan dokumen cuti sakit kepada Pejabat Mahkamah Alor Gajah;

(v) pegawai Mahkamah Alor Gajah mempunyai pengetahuan tentang keadaan kesihatannya;

(vi) beliau telah memohon untuk cuti sakit tanpa gaji tetapi permohonannya telah ditolak;

(vii) beliau tidak menerima apa-apa surat teguran dari Ketua Jabatannya;

(viii) beliau telah berkhidmat selama 31 tahun dan pernah dipilih sebagai 'Pekerja Terbaik';

(ix) beliau tidak pernah terlibat tindakan tatatertib bahkan pernah menerima anugerah pingat PBM dan PJK; dan

(x) beliau mempunyai tanggungan isteri dan 4 orang anak yang masih belajar.

[5] Melalui surat bertarikh 14 Disember 2010, Lembaga Tatatertib telah memutuskan bahawa Pemohon didapati bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja berkuatkuasa pada 1 Januari 2011 mengikut Peraturan 38(g) Peraturan-Peraturan setelah menimbang pertuduhan dan Representasi Pemohon.

[6] Berikutan dari keputusan itu, Pemohon telah merayu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia ('Lembaga Rayuan') yang kemudiannya pada 14 Januari 2020 menolak rayuan Pemohon dan mengekalkan keputusan Lembaga Tatatertib. Pada ketika itu, Pemohon telahpun melepasi umur bersara wajib pada 56 tahun.

C. Alasan Permohonan

[7] Alasan-alasan Pemohon untuk semakan kehakiman telah dinyatakan di dalam Affidavit Sokongan di Kandungan 2. Secara ringkasnya alasan-alasan itu adalah, antaranya:

(a) berlaku ketidakadilan terhadap Pemohon dalam keseluruhan perjalanan prosiding tatatertib mengambil kira fakta:

(i) kesihatan Pemohon yang berleretan;

(ii) ketiadaaan siasatan yang memadai dalam menentusahkan keadaan kesihatan Pemohon;

(iii) laporan ketidakhadiran terhadap Pemohon tidak dibuat lebih awal apabila terdapa


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top