2025 MarsdenLR 3243
MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
RAHMAT LING LWN. MOHD AJMAL ABDUL JAMIL
[Rayuan Sivil No: CA-12B-2-01/2022]
The absence of a written judgment from the lower court does not impede the appellate process and must be addressed promptly to ensure justice is served.
Headnote:This judgment addresses the appeal against the decision of the Sessions Court and pertains to the absence of a written judgment following a hearing. The court finds that the failure to provide a written judgment hinders the proper rights of the appellant and respondent. The Court emphasizes the importance of timeliness in delivering judgments, to uphold the integrity of the justice system. The court concludes that a fair resolution must proceed despite the inadequacy of written grounds, ensuring that justice is not delayed any further.
| Table of Content |
|---|
| 1. procedural delays in providing written judgments. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6) |
| 2. appeal timeline and lack of judgment (Para 7 , 9) |
| 3. implications of missing judgments on appeal rights. (Para 10 , 11 , 12 , 13 , 16 , 18 , 19 , 22) |
| 4. necessity of written judgments (Para 14) |
| 5. options for appellate courts when trial judgments are absent. (Para 25 , 26 , 27 , 28 , 29) |
| 6. evaluation of evidence without plaintiff's testimony. (Para 30 , 31 , 32 , 33 , 34 , 35) |
| 7. responsibility for providing grounds (Para 36) |
[1] Ini adalah rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen. Kes ini diputuskan pada 12 Januari 2022. Notis Rayuan difailkan pada 19 Januari 2022.
[2] Rayuan ini telah dikemukakan di Mahkamah Terbuka pada 17 Mac 2023. Kes ditangguhkan kepada 9 Mei 2023 untuk mendapat alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Seterusnya kes ditangguhkan pada 27 Jun 2023 untuk mendapat alasan penghakiman. Pada 27 Jun 2023 alasan penghakiman masih belum diperolehi. Kes ditangguhkan kepada 27 Julai 2023.
[3] Pada 27 Julai 2023 kedudukannya masih sama iaitu alasan penghakiman belum disiapkan. Pada tarikh tersebut peguam Perayu memaklumkan kepada Mahkamah bahawa dia dimaklumkan alasan penghakiman masih belum disediakan kerana giliran dia belum sampai. Kes ditangguhkan kepada 7 September 2023.
[4] Pada 7 September 2023 alasan penghakiman masih belum diperolehi. Kes ditangguhkan kepada 9 Oktober 2023. Kes ditetapkan kepada 9 November 2023 atas alasan Hakim Mahkamah Sesyen masih belum menyediakan alasan penghakiman. Kes ditetapkan untuk pengurusan kes pada 20 November 2023.
[5] Pada 26 November 2023, alasan penghakiman masih belum disediakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Kes ditangguhkan kepada 18 Disember 2023. pada 18 Disember 2023 Mahkamah dimaklumkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen akan menyiapkan alasan penghakiman sebelum akhir Januari 2024. Kes ditangguhkan kepada 19 Januari 2024.
[6] Pada 19 Januari 2024 Mahkamah dimaklumkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen sedang dalam proses menyiapkan alasan penghakiman. Kes ditangguhkan kepada 31 Januari 2024. Pada 31 Januari 2024 Mahkamah dimaklumkan oleh peguam Perayu bahawa alasan penghakiman belum disiapkan dan dimaklumkan bahawa alasan penghakiman akan diserahkan sebelum 10 Februari 2024. Kes ditangguhkan kepada 22 Mac 2024.
[7] Pada 7 Mac 2024, Mahkamah mendapati alasan penghakiman masih belum disiapkan. Hakim Mahkamah Sesyen yang berkenaan telah bersara. Mahkamah telah memohon pengesahan sama ada rayuan akan ditangguhkan dengan alasan ketiadaan alasan penghakiman. Pihak-pihak menyatakan persetujuan untuk rayuan ini diteruskan tanpa alasan penghakiman.
[8] Pada 24 April 2024 Mahkamah telah meminta kedua-dua pihak menyediakan hujahan. Hujahan lisan ditetapkan pada 16 Julai 2024.
[9] Akhirnya rayuan ini telah dipindahkan daripada Mahkamah Tinggi Malaya di Kuantan ke Mahkamah ini pada 16 Ogos 2024.
[10] Rentetan perjalanan kes ini menunjukkan bahawa alasan penghakiman tidak disediakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen semenjak 12 Januari 2022 sehingga beliau bersara pada Februari 2024 yang telah diambil maklum oleh Mahkamah pada 22 Mac 2024. Hal ini menyebabkan Perayu dan Responden tidak berpeluang untuk meneliti alasan penghakiman bagi tujuan rayuan ini. Mahkamah ini hanya dapat meneliti nota keterangan prosiding dan hujahan-hujahan pihak-pihak semasa perbicaraan tanpa alasan penghakiman.
[11] Alasan penghakiman secara umumnya adalah cerminan sudut pandang hakim bicara berkaitan penganalisaan keterangan saksi-saksi dan alasan kepada dapatan fakta atau pemakaian prinsip undang- undang di dalam keputusan tersebut. Berdasarkan kepada alasan tersebut pihak Perayu dapat menyediakan Memorandum Rayuan untuk menarik perhatian Mahkamah terhadap kekhilafan undang-undang dan fakta bagi mendorong Mahkamah Rayuan campur tangan dalam dapatan tersebut. Responden juga akan berpeluang untuk mempertahankan dapatan tersebut berdasarkan alasan penghakiman. Mahkamah pula akan dapat meneliti alasan penghakiman tersebut bagi men