SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 1084

MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
PENDAKWA RAYA LWN. KAMARUZAMAN HASHIM & YANG LAIN DAN KES YANG LAIN
[Perbicaraan Rayuan Jenayah No: KA-42(R)(A)-1-12/2021 KA-42S-4-12/2021 KA-42(R)(A)-1-01/2022 KA-42(R)(A)-2-01/2022 & KA-42(R)(A)-3-01/2022]



Petitioner Advocates:Kamaliza Md Zain ,Respondent Advocate: Naranya Singh Asa Singh (menyebut bagi pihak)

Prosedur perbicaraan yang tidak mematuhi ketetapan undang-undang mengakibatkan sabitan yang tidak sah.

Headnote:Mahkamah bersidang untuk merumuskan sabitan yang dikenakan kepada Perayu berdasarkan s 137(1)(b) Akta Kastam 1967. Mahkamah memeriksa adakah terdapat ketidakpatuhan prosedur dan sama ada bukti yang dibentangkan adalah mencukupi. Menghuraikan bahawa gagal memanggil saksi yang material akan menyebabkan inferens bertentangan ke atas kes pendakwaan. Perayu dibebaskan atas alasan sabitan tidak kukuh dan proses perbicaraan tidak sah.

Table of Content
1. prosedur perbicaraan tidak dipatuhi. (Para 1 , 2 , 4)
2. keperluan untuk mempertimbangkan semua keterangan. (Para 8 , 18)
3. proses penghakiman perlu adil dan mengikut undang-undang. (Para 121)
Mohamad Abazafree Mohd Abbas H:

Pendahuluan

[1] Kes ini melibatkan rayuan oleh kesemua Perayu ke atas keputusan Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang telah mensabitkan kesemua Perayu bagi satu kesalahan di bawah s 137 (1)(b) Akta Kastam 1967 (Akta 235) dan dijatuhi hukuman penjara selama 24 bulan dari tarikh sabitan (26 Disember 2021).

[2] Rayuan kesemua Perayu adalah ke atas sabitan dan terdapat satu rayuan silang oleh PR ke atas hukuman yang dijatuhkan.

[3] Pertuduhan-Pertuduhan yang dikenakan ke atas kesemua Perayu adalah seperti berikut;

KA-42(R)(A)-1 -12/2021; KA-42S-(4)-12/2021 DAN KA-42(R)(A)-2-01/2022

"Bahawa kamu pada 21 Mei 2019, jam lebih kurang 6.49 petang, di Kampung Namek Tua, di dalam daerah Sik, didalam negeri Kedah Darul Aman, telah menerima sejumlah Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) melalui transaksi atas talian daripada Amir Fadzli bin Basirun sebagai ganjaran kerana tidak menangkap atau mengambil tindakan terhadap Md Radzi bin Puteh yang telah didapati berada dalam simpanannya rokok dan mercun yang belum lulus kastam, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah s 137(1)(b) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum dibawah s 137(1) Akta yang sama.

KA-42(R)(A)-1 -01/2022 DAN KA-42(R)(A)-3-01/2022

Bahawa kamu dengan niat bersama pada 21 Mei 2019, jam lebih kurang 6.30 petang, di Kampung Namek Tua, didalam daerah Sik, didalam negeri Kedah Darul Aman, telah menerima sejumlah Ringgit Malaysia Dua Puluh Dua Ribu (RM22,000.00) daripada Md Radzi bin Puteh yang telah didapati berada dalam simpanannya rokok dan mercun yang belum lulus kastam, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah s 137(1)(b) Akta Kastam 1967 yang dibaca bersama dengan s 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah s 137(1) Akta Kastam 1967 .

Fakta kes

[4] Pihak PR telah memanggil seramai 15 orang saksi dan fakta kes pihak PR bolehlah diringkaskan seperti berikut:

a) pada 21 Mei 2019, jam diantara 4.00 petang, di Kampung Namek Tua, Sik, Kedah, sewaktu Zaharah bt Ahmad (SP6) baru membuka kedai, SP6 telah didatangi oleh 2 orang pegawai memperkenalkan diri sebagai pegawai Kastam. Pegawai Kastam tersebut memaklumkan telah terima maklumat bahawa kedai runcit tersebut ada menjual rokok seludup;

b) SP6 kemudiannya telah keluar ke belakang kedai runcit dan meminta Husna Hayati bt Md Radzi (SP9) untuk memanggil suaminya iaitu Md Radzi bin Puteh (SP1) yang sedang tidur di dalam rumah. Pada ketika itu, SP9 berada bersama suami beliau Amir Fadzli bin Basirun (SP10) sedang berbual di bahagian ruang luar rumah. SP9 kemudiannya telah mengejutkan SP1 dari tidur. Tidak lama kemudian, SP1 telah keluar dan berbual dengan pegawai Kastam tersebut;

c) SP6 kemudiannya masuk ke dalam rumah dengan diikuti oleh Perayu 2. Pemeriksaan telah dijalankan oleh Perayu 2 ke atas bilik stor di bawah tangga dan telah menjumpai rokok dan mercun. Perayu 2 telah memaklumkan perkara tersebut kepada Perayu 1. Perayu 1 telah melihat barang tersebut dan berkata "Oh banyak!" dan ini didengar oleh SP9;

d) selepas itu, Perayu 1 telah memaklumkan kepada SP1 terdapat 4 kesalahan yang telah dilakukan dan hukuman adalah denda sebanyak RM100,000.00 serta ingin menahan SP1 untuk direman kerana memiliki barang larangan kastam;

e) SP1 telah meminta Perayu-perayu berbincang dengan menantunya (SP10). Akhirnya, Perayu 1 kononnya setelah berbincang dengan Ampoma (informer) dan bersetuju kadar penyelesaian bagi melepaskan SP1 daripada direman dan ditangkap adalah sebanyak RM25,000.00;

f) SP9 telah meminta bantuan adik beradik sebelum keluar bersama SP6 untuk membuat pengeluaran wang tunai di bank. Setelah kembali, SP6 dan SP1 telah membuat pengiraan wang tunai tersebut diikat dalam jumlah RM1,000.00;

g) jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM22,000.00 tunai telah dimasukkan ke dalam sebuah pl

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top