2025 MarsdenLR 3239
MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
GOAY KEAN WAY & YANG LAIN LWN. MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KER....
[Permohonan Semakan Kehakiman No: JA-25-15-07/2024]
Permohonan semakan kehakiman harus difailkan dalam tempoh tiga bulan; kelewatan tanpa alasan munasabah tidak diterima.
Headnote:(A) Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19), 2020 - Permohonan untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman ditolak kerana difailkan lewat hampir 2 tahun dari tarikh keputusan yang ingin dicabar - Pemohon tidak menunjukkan alasan munasabah untuk kelewatan tersebut. (Paras 1, 3, 11)
(B) Kaedah Mahkamah 2012 - Syarat permohonan untuk semakan kehakiman adalah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh keputusan. (Paras 3, 11)
(C) Kontrak - Tempoh milikan kosong ditetapkan dalam klausa perjanjian dan lanjutan masa yang diberikan oleh responden adalah sah. (Paras 10)
Facts of the case:
Pemohon memohon untuk mencabar keputusan lanjutan masa bagi menyerahkan milikan kosong, menganggap Akta Covid-19 sebagai tidak berperlembagaan, tetapi memfailkan permohonan hampir 2 tahun selepas keputusan asal.
Findings of Court:
Mahkamah mendapati tiada alasan munasabah untuk membenarkan kelewatan permohonan dan menolak permohonan tersebut.
Issues: Adakah permohonan semakan kehakiman ini difailkan dalam tempoh yang ditetapkan dan adakah terdapat alasan munasabah untuk kelewatan?
Ratio Decidendi: Mahkamah menegaskan bahawa permohonan untuk semakan kehakiman mesti difailkan dalam tempoh yang ditetapkan dan kelewatan tanpa alasan yang munasabah tidak dapat diterima.
Result: Permohonan ditolak.
| Table of Content |
|---|
| 1. application for judicial review and reasons for delay. (Para 1 , 2) |
| 2. objections to the application based on timing and constitutionality. (Para 3 , 8 , 9) |
| 3. court's reasoning on the validity of the application and statutory timelines. (Para 4 , 7 , 10) |
| 4. contractual obligations regarding vacant possession timelines. (Para 5 , 6) |
| 5. final decision on the application for judicial review. (Para 11) |
[1] Ini adalah rayuan Pemohon atas keputusan Mahkamah ini menolak Permohonan untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman yang difailkan pada 15 Julai 2024, atas keputusan Responden 1 dan 2 yang membenarkan lanjutan masa kepada Responden 3 untuk menyerahkan milikan kosong ke atas rumah, akibat daripada pengisytiharan tempoh kawalan pergerakan ketika tempoh pandemic Covid-19. Melalui permohonan kebenaran lampiran 1 ini, pemohon/perayu memohon lanjutan masa kebenaran diberi untuk:
a) mencabar keputusan yang dibuat oleh Responden 1 dan 2 melalui surat bertarikh 4 November 2020, 1 Disember 2021 dan 14 Jun 2022;
b) mencabar Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19), 2020 sebagai tidak berperlembagaan "unconstitutionalâ€.
[2] Alasan kelewatan memfailkan permohonan ini ialah kerana pemohon-pemohon tidak mengetahui mereka mempunyai hak untuk memulakan prosiding semakan Kehakiman ini sehinggalah mereka melayari internet pada sekitar Mei dan/atau Jun 2024 dan mendapat maklumat bahawa surat kelulusan lanjutan masa tersebut boleh dicabar melalui permohonan semakan Kehakiman. Selain daripada itu, beban dan kesusahan menjelaskan tanggungan bulanan pinjaman bank bersabit pembelian petak-petak di projek perumahan Midas Seri Alam "MSA†turut menjadi sebab kelewatan.
[3] Peguam Kanan Persekutuan yang hadir bagi pihak Peguam Negara telah membangkitkan bantahan terhadap permohonan ini kerana difailkan lewat menjangkau hampir 2 tahun daripada tarikh keputusan yang ingin dicabar. Ini bertentangan dengan syarat yang diperuntukkan oleh Kaedah Mahkamah 2012 yang mengkehendaki apa-apa permohonan untuk kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman dimulakan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh keputusan yang ingin dicabar 1 Ini turut dipersetujui oleh peguam Responden 3.
[4] Mahkamah ini bersetuju dengan bantahan pihak Responden kerana meskipun ROC memperuntukkan budi bicara kepada Mahkamah untuk membenarkan lanjutan masa, ia mestilah dengan alasan yang munasabah dan bukanlah bersifat automatik. Melihat kepada affidavit pemohon, ia mendeposkan tarikh perjanjian yang ditandatangani pihak - pihak pemohon yang berbeza namun boleh disimpulkan pada sekitar Mac 2017 hingga Disember 2018.
[5] Menurut kl 25(1) dan kl 29(1), milikan kosong dan serahan "common facilities†akan diserahkan dalam tempoh yang dinyatakan seperti berikut:
"Klausa 25(1)
"vacant possession of the said Parcel shall be delivered to the Purchaser in the manner stipulated in cl 27 within fifty four (54) months from the date of this Agreementâ€.
Klausa 29(1)
"The common facilities serving the said housing development, which shall form part of the common property, shall be completed by the Developer within fifty four (54) months from the date of this Agreement. The Developer's architect shall certify the date of completion of the said common facilities and a copy of the certification shall be provided to the Purchaser"."
[6] Ini bermaksud dari tarikh perjanjian yang ditandatangani masing- masing oleh pemohon, pemaju perlu menyerahkan milikan kosong dalam tempoh 54 bulan iaitu 4 tahun 6 bulan. Milikan kosong paling awal boleh disimpulkan pada September 2021 (mengambil kira perjanjian ditandatangani pada Mac 2017) dan paling akhir ialah pada Jun 2022 (mengambil kira perjanjian ditandatangani pada Disember 2018). Manakala surat-surat Responden 1 dan 2 memberi pelanjutan masa pula masing-masing bertarikh 4 November 2020, 1 Disember 2021 dan 14 Jun 2022 dengan tempoh lanjutan berkuatkuasa dari tarikh 18 Mac 20