2025 MarsdenLR 523
MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
FOO TSEH WEI LWN. JB ADVANCE PLASTIC SDN BHD; TOYOTA TSUSHO (MALAYSIA) SDN BHD (PENCELAH) (LAMP 1)
[Pasca Penggulungan Syarikat No: JA-28PW-32-04/2024 & Penggulungan Syarikat No: JA-28NCC-154-08/2018]
Only a liquidator can act on behalf of a wound-up company, and actions taken without their consent are invalid.
Headnote:(A) Companies Act - Section 486 - Application for leave to appeal after company has been wound up - The court addressed the issue of whether a director can apply for leave to appeal on behalf of a wound-up company without the liquidator's consent - The court emphasized that only the liquidator has the authority to act on behalf of a wound-up company, and any actions taken without such authority are invalid. (Paras 23, 24, 25, 32, 36)
(B) Intervention - The court considered the application of a creditor to intervene in the proceedings - It was determined that the creditor had a direct interest in the outcome of the application for leave to appeal, thus allowing their intervention. (Paras 15, 20, 21)
Facts of the case:
The applicant sought permission to appeal on behalf of a company that had been wound up, while the respondent, a creditor, contested the application, arguing that the liquidator should be the one to apply. The court noted that the applicant had filed the appeal without the necessary authority from the liquidator.
Findings of Court:
The court found that the applicant did not meet the legal requirements to file the application for leave to appeal, as the liquidator's consent was necessary.
Issues: The main issues included whether the applicant could file for leave to appeal on behalf of a wound-up company and whether the application could have retrospective effect.
Ratio Decidendi: The court ruled that only the liquidator has the authority to act on behalf of a wound-up company, and any actions taken without such authority are invalid. Additionally, the court stated that there is no provision in the Companies Act allowing for retrospective leave to appeal.
Result: Application for leave to appeal dismissed with costs.
PENGHAKIMAN
Mukadimah
[1] Ini adalah permohonan Pemohon bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu dan meneruskan rayuan di Mahkamah Rayuan.
[2] Sebagai latar belakang ringkas, pada 21 Julai 2015, Pencelah iaitu Toyota Tshuso (Malaysia) Sdn Bhd ("Toyota") telah memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan terhadap 20 defendan termasuklah Responden (yang merupakan defendan kesepuluh) dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman No 22NCC-216-07/2015 ("Guaman No 216") atas dakwaan konspirasi dan penipuan yang menyebabkan kerugian kepada Toyota melebihi RM179 juta.
[3] Bicara penuh telah dijalankan mulai 22 Februari 2016 sehingga 15 Disember 2020 untuk lebih daripada 150 hari dan lebih daripada 20 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan.
[4] Namun sebelum keputusan Mahkamah dibuat, pada 22 Januari 2019, Responden telah digulung melalui Perintah Penggulungan No JA- 28NCC-154-08/2018 yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru ekoran petisyen yang difailkan oleh Kaizen Saleng Sdn Bhd dan Jabatan Insolvensi Malaysia ("JIM") telah dilantik sebagai pegawai penerima kepada Responden.
[5] Berikutan dengan permohonan Toyota, Mahkamah Tinggi Johor pada 30 Oktober 2019, telah mengeluarkan perintah kebenaran kepada syarikat itu untuk meneruskan Guaman No 216 terhadap Responden dan pihak yang lain.
[6] Pada 15 Disember 2021, Mahkamah Tinggi Johor Bahru dalam Guaman No 216 telah memberi penghakiman yang memihak kepada Toyota.
[7] Pada 24 Disember 2021, peguamcara Responden yang terdahulu iaitu Tetuan Gideon Tan Razali Zaini telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut melalui Rayuan Sivil No. W-02(NCC)(W)-2416-12/2021 ("Rayuan No 2416"). Dalam rayuan tersebut, Responden adalah perayu ketujuh.
[8] Pada 4 November 2022, Responden telah melantik peguamcara baru iaitu Tetuan JW Wong & Partner untuk mewakilinya di Mahkamah Rayuan.
[9] Pada 3 Disember 2023, Tetuan JW Wong & Partner telah menerima emel daripada peguamcara Toyota iaitu Tetuan Lim Chee Wee Partnership, bahawa Responden telah digulung.
[10] Pada 4 Disember 2023, semasa pengurusan kes di Mahkamah Rayuan, Toyota telah memaklumkan kepada Timbalan Pendaftar bahawa Responden telah digulung. Ekoran itu, Timbalan Pendaftar telah mengarahkan Responden agar mendapatkan kebenaran di mahkamah penggulung bagi tujuan meneruskan rayuan di Mahkamah Rayuan.
[11] Berikutan itu, Pemohon selaku pengarah dan pemegang saham utama Responden pada 23 April 2024 telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu dan meneruskan rayuan ("Permohonan Kebenaran") dalam Rayuan No 2416
[12] Disebabkan kepada keperluan yang mendesak bagi mencelah dalam Permohonan Kebenaran, pada 10 Mei 2024, Toyota telah memfailkan affidavit bagi membantah permohonan Perayu dan pada masa yang sama memohon untuk menjadi pencelah.
[13] Pada masa yang sama, Toyota telah memfailkan permohonan melalui Mahkamah Tinggi Johor Bahru (Pasca Penggulungan) No JA- 28PW-43-05/2024 pada 30 Mei 2024 bagi mendapatkan kebenaran untuk menjadi pencelah dalam Permohonan Kebenaran. Bagaimanapun, permohonan Toyota di mahkamah tersebut masih belum diputuskan.
[14] Semasa pendengaran Permohonan Kebenaran, JIM memaklumkan kepada Mahkamah bahawa pihaknya tidak membantah terhadap Permohonan Kebenaran.
[15] Toyota telah membangkitkan alasan yang berikut bagi membantah Permohonan Kebenaran:
(a) Pemohon tidak boleh membuat Permohonan Kebenaran bagi pihak Responden disebabkan syarikat itu telah digulung. Sebaliknya, permohonan ini sepatutnya dipohon oleh JIM selaku pegawai penerima Responden;
(b) Permohonan Kebenaran jika dibenarkan memberi kesan kebelakang (retrospective effect); dan
(c) tiada alasan munasabah mengapa Permohonan Kebenaran yang memberi kesan kebelakang dibenarkan.
Sama Ada Toyota Wajar Dibenarkan Menjadi Pencelah
[16] Semasa pendengaran Permohonan Kebenaran, Pemohon telah membangkitkan bantahan awal terhadap permohonan Toyota untuk menjadi pencelah atas alasan Toyota bukanlah penyeles