SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 979

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
PENDAKWA RAYA LWN. SOON PING KIONG & SATU LAGI DAN KES-KES YANG LAIN
[Perbicaraan Jenayah No: BA-45A-41-3/2022 BA-45A-42-3/2022 BA-45A-43-3/2022 & BA-45-60-11/2022]



Petitioner Advocates:Mohd Firdaous Mohamed Idris ,Respondent Advocate: Datuk N. Sivananthan,Low Huey Theng

The court established that possession and knowledge of controlled substances must be proven by the prosecution, and mere denial by the accused is insufficient to create reasonable doubt.

Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 - Seksyen 39B(1)(a) dan 39B(2) - Akta Racun 1952 - Seksyen 30(3) dan 30(5) - Pertuduhan terhadap pengedaran dadah jenis Methamphetamine, MDMA, Ketamine, dan racun berjadual - Mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh - Tertuduh tidak mengaku salah dan memohon dibicarakan - Mahkamah mendapati tertuduh mempunyai kawalan dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas. (Paras 3, 4, 103, 149, 150, 154, 156)

(B) Beban pembuktian - Pihak pendakwaan mesti membuktikan elemen kawalan, jagaan, milikan, dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas - Elemen-elemen ini dibuktikan melalui keterangan saksi dan keadaan sekeliling kes. (Paras 21, 45, 149)

(C) Pembelaan - Tertuduh mendakwa tidak mempunyai pengetahuan dan kawalan ke atas barang kes - Mahkamah mendapati pembelaan hanya berupa penafian semata-mata. (Paras 149, 150, 158)

(D) Kesimpulan - Tertuduh disabitkan dengan kesalahan pengedaran dadah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. (Paras 149, 156)

PENGHAKIMAN

Hazlina Hussain PK:

PENGHAKIMAN

[1] Soon Pin Kiong dan Miss Prakat Tachan (dirujuk "OKT-OKT") dalam kes ini telah dituduh dengan pertuduhan-pertuduhan seperti berikut:

PERTUDUHAN PINDAAN KES BA-45A-41-3/2022 (OKT - SOON PING KIONG) - EKSIBIT P2 Bahawa kamu pada 17 November 2020 jam lebih kurang 11.40 pagi bertempat di parkir di tepi kedai Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services, No 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 12,255.7 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama.

Hukuman:

Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan.

PERTUDUHAN KES BA-45A-42-3/2022 OKT1 - SOON PING KIONG DAN OKT2 - MISS PRAKAT TACHAN - EKSIBIT P6

PERTUDUHAN PERTAMA

Bahawa kamu bersama-sama pada 17 November 2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di tingkat atas, Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services, No 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 30,937 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan .

Hukuman:

Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan.

PERTUDUHAN KEDUA TERPINDA (BA-45A-42-03/2022) - EKSIBIT P8

Bahawa kamu bersama-sama pada 17 November 2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di tingkat atas, Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services, No 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 1785.8 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan .

Hukuman:

Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan.

PERTUDUHAN BAGI KES BA-45A-42-3/2022 OKT1 - SOON PING KIONG DAN OKT2 - MISS PRAKAT TACHAN - EKSIBIT P11

PERTUDUHAN PERTAMA

Bahawa kamu bersama-sama pada 17 November 2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di tingkat atas, Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services, No 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Ketamine seberat 9538 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan .

Hukuman:

Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan.

PERTUDUHAN KEDUA

Bahawa kamu bersama-sama pada 17 November 2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di tingkat atas, Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services, No 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati memiliki racun berjadual jenis Etizolam seberat 4725 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 30(

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top