SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 3450

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUANTAN
GOLDEN MINERALS SDN BHD LWN. THARMANANDAN THANGAMUTHU
[Guaman Sivil No: CA-22NCVC-44-11/2019]



Petitioner Advocates:Ahmad Amir Mahmood ,Respondent Advocate: Thilagam Panasamy

Penguatkuasaan penghakiman oleh pemiutang harus mengekalkan kejelasan dalam membuktikan hak milik harta yang disita, serta tanggungjawab untuk memastikan harta yang disita adalah milik penghutang penghakiman.

Headnote:(A) Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) 2012 - A 45 k 1(1) dan A 47 k 12, serta s 106 dan s 114(e) EA - Penguatkuasaan penghakiman melalui writ penyitaan dan penjualan - Plaintif menuntut gantirugi dengan mendakwa harta yang disita adalah miliknya dan bukan milik syarikat lain - Defendan mendakwa pengalihan hak milik adalah satu penipuan untuk mengelak pelaksanaan perintah Mahkamah Perusahaan - Mahkamah meneliti prinsip menyingkap tirai korporat dan mengesahkan langkah penguatkuasaan adalah sah. (Paras 15, 21, 37)

(B) Tuntutan balas - Defendan mendakwa tindakan Plaintif adalah penyalahgunaan proses Mahkamah - Mahkamah mendapati tiada bukti yang menyokong tuntutan balas Defendan - Tuntutan balas ditolak. (Paras 50)

(C) Gantirugi - Mahkamah mengarahkan Defendan membayar gantirugi RM102,461.88 sebagai pampasan atas penyitaan harta yang tidak miliknya. (Paras 54)

Table of Content
1. initial facts of the case and context. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6)
2. agreed facts regarding property actions. (Para 7 , 8)
3. plaintiff's claims versus defendant's defenses. (Para 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14)
4. court analysis on enforcement procedures. (Para 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23)
5. plaintiff’s ownership claims of the seized assets. (Para 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30 , 31)
6. defendant's allegations of manipulation. (Para 32 , 33 , 34 , 35 , 36)
7. court's reasoning for not lifting corporate veil. (Para 37 , 38)
8. burden on defendant regarding seizures. (Para 39 , 40 , 41 , 42 , 43)
9. defendant's counterclaims and abuse of process. (Para 44 , 45 , 46 , 47 , 48 , 49 , 50)
10. plaintiff's requirement to prove damages. (Para 51 , 52)
Roslan Mat Nor H:

Pendahuluan

[1] Kes ini asalnya difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuantan, Pahang. Pada 11 Disember 2019 penghakiman ingkar kehadiran telah dimasukkan terhadap Defendan bagi jumlah RM1,127,400.12.

[2] Permohonan dikemukakan di hadapan Mahkamah Tinggi Malaya di Kuantan untuk mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran tersebut. Ia telah ditolak pada 4 Mac 2021. Pada 8 September 2022 Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan dan mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran. Mahkamah Rayuan memerintahkan kes ini didengar oleh Mahkamah ini.

[3] Plaintif adalah sebuah syarikat berdaftar. Sementara Defendan adalah seorang individu.

[4] Pada 12 Februari 2019 Defendan telah hadir ke pejabat perniagaan Plaintif untuk melaksanakan writ penyitaan dan penjualan bertarikh 20 Disember 2018 bagi kes CA-56WSL-3-01/2019. Ia adalah melalui tindakan Defendan terhadap Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd.

[5] Penelitian kepada dokumen di KM 119 (Ikatan Dokumen C) mendapati bahawa writ penyitaan dan penjualan itu berasal dari award Mahkamah Perusahaan No 669 Tahun 2018 Tharmanandan Thangamuthu v. Alam Etikaa Resources Sdn Bhd iaitu award asal Mahkamah Perusahaan.

[6] Sementara itu, kes Tharmanandan Thangamuthu v. Alam Etikaa Resources (m) Sdn Bhd ; [2017] 2 ILR 631 iaitu award ketidakpatuhan award Mahkamah Perusahaan No 584 Tahun 2017 yang mengesahkan ketidakpatuhan award asal oleh Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd. Ia kemudiannya didaftarkan di Mahkamah Sesyen melalui Borang T di bawah s 56(4). Ia kemudiannya didaftarkan sebagai WA-56WS-219-12/2018 yang menjadi asas kepada writ penyitaan dan pelaksanaan seperti di ms 44 KM 119.

Fakta Yang Dipersetujui Oleh Pihak-Pihak

[7] Fakta-fakta yang dipersetujui oleh pihak-pihak dalam kes ini ialah pada 12 Februari 2019 Defendan bersama-sama wakil daripada Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang telah berada di alamat B-238, Tingkat 2, Jalan Dato' Lim Hoe Leck, 25200 Kuantan, Pahang yang dikenali sebagai Premis A untuk melaksanakan perintah writ penyitaan dan penjualan bertarikh 20 Disember 2018 terhadap syarikat Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd.

[8] Pada 28 Februari 2019 Defendan bersama-sama wakil daripada Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang telah hadir ke premis di Lot No 123926 (PA 138132), Kawasan Sungai Panching Utara, Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan, Pahang iaitu Premis B untuk melaksanakan writ penyitaan dan penjualan terhadap Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd.

Tuntutan Pihak Plaintif Dan Pembelaan Defendan

[9] Asas kepada tuntutan pihak Plaintif ialah dakwaan yang menyatakan bahawa Defendan telah melakukan writ penyitaan dan penjualan terhadap jentera-jentera yang dimiliki oleh Plaintif dan bukannya milik Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd. Ekoran daripada penerusan writ penyitaan dan penjualan tersebut, Plaintif menyatakan dia telah mengalami kerugian yang dinyatakan di perenggan [23] penyata tuntutan sebanyak RM 627,400.12. Ia adalah ekoran daripada jentera-jentera kepunyaan Plaintif tidak dapat disewakan kepada penyewa-penyewa. Ia melibatkan di Premis A mulai daripada 12 Februari 2019 sehinga 25 Julai 2019.

[10] Sebaliknya, pembelaan pihak Defendan ialah Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd adalah dimiliki oleh orang yang sama iaitu

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top