2025 MarsdenLR 256
MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
PENDAKWA RAYA LWN. ZULKIFLY MAMAT
[Rayuan Jenayah No: CB-41LB-3-08/2024]
Appellate courts should defer to trial court findings unless compelling errors exist; proof of prima facie in criminal cases is the prosecution's obligation.
Headnote:In interpreting section 509 of the Penal Code, the court emphasized the necessity of preserving personal dignity and preventing encroachment of individual rights. The prosecution's evidence was found insufficient to establish a prima facie case. On review, the trial court's judgment regarding the defendant's acquittal was upheld. The ruling stated, 'the prosecution has failed to prove prima facie case against the defendant under section 509 Penal Code'.
| Table of Content |
|---|
| 1. protection of personal dignity. (Para 1 , 2) |
| 2. inconsistencies in witness testimonies. (Para 3 , 4 , 5) |
| 3. appellate court's deference to trial findings. (Para 6 , 7 , 8) |
| 4. judicial standards for oversight. (Para 9 , 11 , 12) |
| 5. evidence and burden of proof in establishing criminal allegations. (Para 13 , 14 , 16) |
| 6. understanding legal terminology regarding criminal behavior. (Para 17) |
[1] Kesopanan dan kesusilaan di dalam perhubungan di antara individu adalah ramuan penting dalam mewujudkan masyarakat yang tenteram. Maruah dan hak peribadi tidak boleh dicerobohi. Oleh itu, terdapat peruntukan undang-undang yang melindungi hak peribadi dan maruah individu yang perlu dipelihara. Undang-undang wajar untuk menghalang mana-mana pihak yang mengambil kesempatan di dalam sesuatu perhubungan untuk mencerobohi dan memecahkan hak peribadi seseorang.
[2] Kes ini adalah melibatkan Responden yang telah dituduh di bawah s 509 Kanun Keseksaan seperti yang berikut:
"Bahawa kamu pada 28 Februari 2022 jam lebih kurang 03.00 petang bertempat di alamat No 16 Peringkat 2 Felda Bukit Tajau, di dalam Daerah Maran, dalam Negeri Pahang, dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan Nur Ain Syahira binti Rahim, No Kad Pengenalan: 000509-06-0736 dengan melakukan perbuatan mengintai Nur Ain Syahira binti Rahim ketika sedang mandi dengan melakukan perbuatan mengintai Nur Ain Syahira binti Rahim ketika sedang mandi dengan maksud supaya mengganggu kesantunan Nur Ain Syahira binti Rahim, oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 509 Kanun Keseksaan . "
Keterangan
[3] Mangsa (SP 3) di dalam kes ini adalah anak tiri kepada Responden. Pendakwa Raya telah mengemukakan saksi-saksi. Pendakwa Raya di akhir kes pendakwaan telah mengemukakan keterangan bahawa Pengadu (SP 2) telah pada hari kejadian melihat Responden membongkokkan badan berdekatan dengan bilik mandi. Pada masa itu SP 3 yang ketika itu sedang mandi. SP 3 ketika itu berumur 21 tahun. SP 2 mendapati dinding bilik mandi itu mempunyai lubang yang dapat melihat SP 3 yang sedang mandi. SP 3 menyatakan Responden telah mengintai anaknya SP3 sedang mandi. Responden menafikan dakwaan SP 2 dan menyatakan dia menghalau kucing dan tidak mengintai SP 3.
[4] Majistret telah membuat dapatan seperti yang dinyatakan dalam alasan penghakiman di perenggan [26], [27], [28] dan [29] seperti yang berikut:
"[26] Berpandukan elemen-elemen di bawah s 509 Kanun Keseksaan sepertimana yang dinyatakan di atas iaitu Tertuduh telah mengintai SP3 sewaktu mandi, Mahkamah berpendapat bahawa kesemua saksi pendakwaan telah gagal untuk menunjukkan bahawa Tertuduh telah melakukan kesalahan sepertimana pertuduhan pindaan yang telah dikenakan ke atasnya.
[27] Ini adalah kerana berpandukan keterangan SP2 dan SP3 yang menyatakan bahawa Tertuduh telah mengintai SP3 melalui lubang sepertimana eksibit P3 L, P3M dan P3 N. Mahkamah mendapati bahawa keterangan yang diberikan oleh SP2 dan SP3 adalah bercanggah mengenai kewujudan lubang yang diperkatakan kerana SP2 dan SP3 menyatakan lubang di bahagian atas adalah sepertimana di eksibit P3L dan P3M dan lubang di bahagian bawah adalah eksibit P3 N. Manakala SP4 menyatakan bahawa lubang di bahagian atas adalah sama sepertimana eksibit P3 L, P3 M dan P3 N dan lubang di bahagian bawah tidak diambil gambar kerana hanya mencukupi dengan mengambil gambar sepertimana gambar luar dinding di eksibit P3K.
[28] Mahkamah berpendapat percanggahan di antara keterangan SP2 dan SP3 dengan keterangan SP4 berkenaan dengan gambar lubang yang diambil adalah material memandangkan tiada keterangan lain yang menunjukkan bahawa wujudnya lubang seperti yang dikatakan. Percanggahan di antara kedua-kedua keterangan tersebut kerana terkeliru dengan gambar yang diambil memandangkan SP2 dan SP3 adalah bukan jurugambar sebenar sepertimana yang dihujahkan oleh pendakwaan adalah tidak berasas. Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguambela berkenaan isu percanggahan ini yang mana jik