MAHKAMAH TINGGI MALAYA MELAKA
PENDAKWA RAYA LWN. BASHKERAN SALLIAH
[Perbicaraan Jenayah No: MA-45A-2-01/2022]
| Table of Content |
|---|
| 1. pertuduhan di bawah adb 1952. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. isu analisis keterangan saksi dalam kes dadah. (Para 6 , 7 , 8) |
| 3. arguments challenging possession and ownership. (Para 10 , 11) |
| 4. principles of presumption of drug possession established. (Para 25 , 26) |
Latar Belakang
[1] Tertuduh telah dituduh dengan satu (1) pertuduhan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) dan boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 182 gram.
[2]Pertuduhan terhadap Tertuduh adalah seperti berikut:
"Bahawa kamu pada 27 Julai 2021 jam lebih kurang 12.30 tengah hart, di hadapan Kedai Serbaneka NT, Jalan Keris Perak 3, Pusat Niaga Desa Taming Sari, 76300 Sungai Udang, di dalam daerah Melaka Tengah, di dalam Negeri Melaka, kamu telah didapati mengedar dadah iaitu Methamphetamine seberat 182 gram dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama".
Kes Pendakwaan
[3] Fakta kes pendakwaan adalah diringkaskan seperti berikut:
a) Seramai 4 orang saksi telah dipanggil oleh pihak Pendakwaan.
b) Pada 27 Julai 2021 jam lebih kurang 12.30 tengah hari, SP2 bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah semasa dalam tugas Ops Tapis Kawasan Sungai Udang telah menahan seorang Tertuduh yang pada ketika itu memegang satu(1) sampul berwarna coklat dengan tangan kanannya di tepi Jalan Keris Perak 3, Pusat Niaga Desa Taming Sari, 76300 Sungai Udang, Melaka.
c) Semasa SP2 ingin menahan Tertuduh, Tertuduh cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap di hadapan Kedai Serbaneka NT, Jalan Keris Perak 3, Pusat Niaga Desa Taming Sari, 76300 Sungai Udang, Melaka.
d) SP2 telah membuat pemeriksaan dalam sampul surat berwarna coklat yang dipegang dalam tangan kanan Tertuduh dan terlepas apabila Tertuduh terjatuh dan hasil pemeriksaan SP2 telah menjumpai 20 peket plastik lutsinar berisi bahan-bahan disyaki dadah jenis syabu.
e) SP2 seterusnya membuat tangkapan ke atas Tertuduh dan merampas barang kes tersebut. Tertuduh dan barang kes telah dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Tengah.
f) Barang kes telah dihantar ke Jabatan Kimia Melaka dan hasil pemeriksaan barang kes disahkan sebagai dadah 'Methamphetamine' seberat 182 gram berdasarkan Laporan Kimia bertarikh 5 Oktober2021 bernombor makmal 21-FR-M- 01793 oleh SP1.
Tugas Mahkamah Dl Akhir Kes Pendakwaan
[4] Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah di akhir kes pendakwaan seperti yang diperuntukkan di bawah s 180 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) untuk menetapkan sama ada pihak Pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh. Mengikut s 180(4) KTJ, satu kes prima facie terbukti apabila pihak Pendakwaan telah mengemukakan bukti yang kredibel bagi membuktikan intipati kesalahan yang mana jika tidak disangkal atau diperjelaskan akan membolehkan kesalahan disabitkan. Sepertimana yang telah ditetapkan oleh Mahkamah dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar ; [2005] 6 MLJ 393 ; [2006] 1 CLJ 457; [2005] 6 AMR 203, Mahkamah harus menilai secara maksima kesemua keterangan yang dikemukakan semasa kes pendakwaan serta kredibiliti saksi Pendakwaan. Sekiranya terdapat lebih daripada satu inferens, maka inferens yang memihak kepada Tertuduh harus diberikan untuk manfaat Tertuduh.
Penilaian Dan Dapatan Mahkamah
[5] Setelah menilai semua keterangan kes Pendakwaan, saksi dan mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini memutuskan seperti berikut:
Menaenai Analisa Yang Diialankan Oleh Ahli Kimia (SP1):
[6] Pihak Pembelaan bagi Tertuduh membangkitkan isu bahawa di dalam keterangannya SP1 tidak menyatakan secara spesifik bahawa sampel perwakilan adalah sampel yang diambil secara rawak bagi mewakili keseluruhan sampel di mana keputusan analisis bagi sampel perwakilan ini juga merupakan keputusan analisis bagi keseluruhan sampel homogen. Maka, pihak Pembelaan cuba membangkitkan keraguan ke at
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.