SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 1957

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
ALI NUR FITRI YAZID LWN. LEMBAGA TATATERTIB KONTINJEN SELANGOR
[Permohonan Semakan Kehakiman No: BA-25-27-05/2021]



Petitioner Advocates:Ebrina Zubir ,Respondent Advocate: Liyana Muhammad Fuad

Disiplinary actions can proceed even if criminal investigations are ongoing, provided they conform to the relevant regulations and no procedural improprieties are established.

Headnote:(A) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Peraturan 30 dan 31 - Tindakan tatatertib tidak boleh diambil sementara prosiding jenayah sedang berlangsung - Pemohon dikenakan hukuman tatatertib termasuk buang kerja atas ketidakhadiran bertugas tanpa kebenaran - Tindakan pemecatan dianggap sah - Mahkamah menilai kes berdasarkan illegaliti, ketidak munasabahan dan kepatuhan prosedur. (Paras 12, 13, 19, 23, 73)

(B) Prinsip undang-undang - Tiada hujah ketidakhadiran dibenarkan; tiada bukti kelulusan cuti - Pemohon tidak menempatkan dirinya dalam isu yang memprejudiskan semasa proses tatatertib berjalan; semua pertuduhan disokong dengan representasi pemohon yang mengakui kesalahan.

(C) Mahkamah mengesahkan tiada pelanggaran prosedur berjaya dibuktikan; tidak ada dasar untuk membatalkan keputusan Lembaga Tatatertib terbukti.

(D) Pemohon gagal memperlihatkan bagaimana tindakan tatatertib memprejudiskan haknya atau hasil yang berbeza dengan tindakan tatatertib sebelumnya.

Findings of Court:
Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman dengan menyatakan tiada kesalahan yang dibuktikan dalam proses tatatertib yang telah diambil terhadap Pemohon, serta tidak ada bukti pelanggaran hak.

Issues: Adakah tindakan tatatertib terhadap Pemohon tanpa kebenaran mematuhi peraturan dan sewajarnya? Adakah terdapat kesilapan prosedur dalam proses Lembaga Tatatertib?

Ratio Decidendi: Mahkamah berpendapat bahawa Peraturan-peraturan 1993 tidak melarang tindakan tatatertib semasa siasatan jenayah, dan keputusan tatatertib tidak mencabuli hak prosedur.

Result: Permohonan semakan kehakiman ditolak tanpa perintah kos.

Table of Content
1. judicial review application filed (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11)
2. principles of judicial review established (Para 12 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22)
3. arguments on pending criminal proceedings (Para 14 , 15 , 16 , 17 , 36 , 43 , 44)
4. court's reasoning on disciplinary actions (Para 27 , 29 , 30 , 31 , 32)
5. permohonan semakan kehakiman mengenai hak untuk rayuan (Para 37 , 38 , 39 , 40 , 46)
6. procedural fairness in disciplinary action (Para 53 , 54 , 60)
7. disciplinary actions and financial penalties (Para 68 , 69 , 70 , 72)
Shahnaz Sulaiman H:

Pendahuluan

[1] Pemohon melalui permohonan semakan kehakiman ini memohon agar Mahkamah ini memerintahkan untuk relif-relif yang antaranya seperti berikut:

(i) satu perintah deklarasi bahawa hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas Pemohon untuk pertuduhan-pertuduhan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 yang diberikan pada 27 Januari 2021 ("Peraturan- Peraturan 1993") ("Keputusan-Keputusan yang Dipersoalkan") adalah terbatal, tidak sah, tiada efek, tiada kesan dan salah di sisi undang-undang;

(ii) satu perintah certiorari untuk membatalkan keseluruhan Keputusan-Keputusan yang Dipersoalkan tersebut diatas;

(iii) satu perintah mandamus bahawa Pemohon diterima dan ditempatkan semula ke pangkat asalnya tanpa sebarang penurunan pangkat dan segala gaji, emolumen, elaun-elaun, bonus dan apa-apa manfaat kewangan yang tertunggak dari tarikh pembuangan kerja Pemohon dibayar kepada Pemohon; dan

(iv) faedah, kos dan relif-relif turutan lain yang Mahkamah ini fikir suaimanfaat.

[2] Rentetan daripada Keputusan-Keputusan yang Dipersoalkan tersebut, Pemohon telah dikenakan dengan hukuman amaran, denda sehari gajinya dan juga dibuang kerja.

Latar Belakang Kes

[3] Sebelum tindakan tatatertib dibawa keatas Pemohon, Pemohon merupakan seorang anggota pasukan Polis DiRaja Malaysia. Pemohon memulakan perkhidmatannya sejak tahun 2011 dan disahkan perkhidmatannya sebagai seorang Konstabel pada tahun 2013. Pemohon kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai seorang Lans Koperal. Sejak tahun 2019, Pemohon bertugas di Balai Polis Kelana Jaya di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

[4] Pada 12 Oktober 2020, Pemohon telah diserahkan dengan surat yang ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ("Pengerusi Lembaga Tatatertib") bertajuk "Tindakan Tatatertib di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat dibawah Peraturan 38, Peraturan yang sama" yang mengandungi tujuh pertuduhan ("Surat Pertuduhan"). Surat Pertuduhan tersebut telah dialamatkan kepada Pemohon melalui Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

[5] Menurut Surat Pertuduhan tersebut, Pemohon dimaklumkan bahawa Pengerusi Lembaga Tatatertib (yang kuasa beliau diwakilkan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis melalui "Suratcara Perwakilan Kuasa P.U.(B) 441 bertarikh 14 Disember 2000") telah menimbang segala maklumat yang ada, dan mendapati bahawa terdapat satu kes prima facie terhadap Pemohon yang membolehkan Pemohon dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut. Sebanyak tujuh pertuduhan telah dirangka terhadap Pemohon. Pemohon juga dikehendaki mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib melalui ketua jabatan Pemohon, dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan Surat Pertuduhan.

[6] Secara ringkasnya, kesemua tujuh pertuduhan yang dirangka terhadap Pemohon adalah bahawa Pemohon telah didapati tidak hadir bertugas untuk tempoh tertentu tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, bertentangan dengan Peraturan 24 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut. Sehubungan dengan itu, Pemohon dikatakan telah melanggar Peraturan 4(2)(g) Peraturan-Peraturan 1993 tersebut yang memperuntukkan bahawa "seorang pegawai tidak boleh

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top