2024 MarsdenLR 3295
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
LIM ENG SENG @ LIM TIAU CHEN LWN. PRASANTH ANNAMALAI
[Rayuan Sivil No: NA-12BNCvC-10-04/2023]
Damages in personal injury cases must be fair, reasonable, and adequate, with the court emphasizing the need for proper assessment based on established guidelines.
Headnote:(A) Personal Injury Law - Principles of Compensation - The court examined the quantum of damages awarded for personal injuries sustained in a traffic accident, emphasizing that damages must be fair, reasonable, and adequate, but not excessive. (Paras 13, 29, 30)
(B) Liability - The court confirmed that liability had been agreed upon, with the defendant bearing 90% liability and the plaintiff 10%. (Para 8)
Facts of the case:
The plaintiff was involved in a motorcycle accident on 14 May 2020, sustaining multiple serious injuries. (Paras 7, 8)
Findings of Court:
The trial court's awards were found inadequate and not based on established guidelines. The court revised the awards for various injuries. (Paras 14-28)
Issues: Whether the awards for damages were adequate and whether the trial court had properly applied legal principles. (Paras 29, 30)
Ratio Decidendi: The appellate court ruled that the trial court had erred in its assessment of damages, necessitating a revision to ensure just compensation. (Paras 29-34)
Result: Appeals allowed in part, with no order as to costs.
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Di dalam kes ini Perayu (Defendan) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 1 Februari 2024 (Lampiran - 15) terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini pada 24 Oktober 2023 di mana Mahkamah ini telah memutuskan bahawa Notis Rayuan yang difailkan oleh Perayu (Defendan) (Lampiran - 1) di dalam tindakan ini terhadap isu kuantum dibenarkan sebahagian. Selanjutnya, Mahkamah memutuskan tiada sebarang perintah untuk kos terhadap Notis Rayuan oleh Perayu (Defendan) ini.
[2] Notis Rayuan yang difailkan oleh Perayu (Defendan) di bawah Lampiran - 1 pada 30 Mac 2023 adalah terhadap sebahagian keputusan yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) bertarikh 17 Mac 2023 berkaitan dengan isu kuantum iaitu mengenai gantirugi am (kecuali award untuk "cerebral concussion") dan gantirugi khas (kos fisioterapi) sahaja yang telah diberikan atau diawardkan kepada Responden (Plaintif).
[3] Seterusnya, Responden (Plaintif) juga telah memfailkan Notis Rayuan Balas pada 28 Mac 2023 terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang bertarikh pada 17 Mac 2023 tersebut berkaitan dengan isu kuantum dan Notis Rayuan Plaintif tersebut telah didaftarkan dengan No Kes Rayuan NA-12BNCvC-8-03/2023 dan kedua-dua kes Rayuan ini iaitu NA-12BNCvC-8-03/2023 dan NA-12BNCvC-10-04/2023 telah didengar secara bersama atau serentak kerana ianya melibatkan kemalangan yang sama dan pihak-pihak yang sama.
[4] Setelah Mahkamah mendengar, membaca dan meneliti rekod rayuan, alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) berserta dengan penghujahan-penghujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua belah pihak kepada Mahkamah, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk membenarkan sebahagian rayuan oleh Perayu (Defendan) dan sebahagian rayuan oleh Responden (Plaintif) tanpa sebarang perintah terhadap kos di mana pihak-pihak Perayu (Defendan) dan juga Responden (Plaintif) akan menanggung kos masing-masing.
[5] Berikut adalah keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini bertarikh pada 24 Oktober 2023 tersebut iaitu setelah mendengar kedua-dua kes Rayuan tersebut (NA-12BNCvC-8-03/2023 dan NA-12BNCvC-10-04/2023):
Gantirugi Am
Gantirugi Khas
Dan akhirnya diperintahkan bahawa Perayu/Defendan dan Responden/Plaintif menanggung kos masing-masing.
[6] Seterusnya, bagi tujuan penyediaan Alasan Penghakiman ini, selepas ini Mahkamah akan merujuk Perayu sebagai Defendan. Manakala, Responden pula akan dirujuk sebagai Plaintif.
Latar Belakang Kes
[7] Plaintif di dalam kes ini terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang berlaku pada 14 Mei 2020, pada jam lebih kurang pukul 1.22 tengahari, di persimpangan berlampu isyarat Jalan Tok Ungku, ketika Plaintif sedang menunggang sebuah motorsikal Yamaha 135LC yang bernombor pendaftaran NCB 1638, dengan sebuah motorkar Honda yang bernombor pendaftaran NAT 6126 yang dimiliki dan dipandu sendiri oleh Defendan.
[8] Di dalam kes ini yang menjadi pertikaian di antara kedua-dua belah pihak Plaintif dan Defendan adalah mengenai isu kuantum. Manakala, isu liabiliti telah pun dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak semasa di peringkat perbicaraan di Mahkamah Sesyen, di mana Defendan adalah bertanggungan cuai sebanyak 90% dan Plaintif sumbang cuai sebanyak 10%.
Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) Berkenaan Isu Kuantum
[9] Setelah membaca penghujahan-penghujahan bertulis yang telah difailkan dan dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak, Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) telah membenarkan gantirugi am dan gantirugi khas kepada Plaintif seperti mana berikut:
Gantirugi Am
Gantirugi Khas
[10] Mahkamah Sesyen juga menetapkan kadar faedah seperti berikut:
(i) Faedah pada kadar 5% setahun terhadap gantirugi am dari tarikh penyerahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan sehingga ke tarikh penghakiman pada 17 Mac 2023.
(ii) Faedah pada kadar 2.5% setahun terhadap gantirugi khas dari tarikh kemalangan pada 14 Mei 2020 sehingga ke tarikh penghakiman pada 17 Mac 2023.
(iii) Faedah pada kada