2024 MarsdenLR 895
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
PRESTARIANG SKIN SDN BHD LWN. KERAJAAN MALAYSIA
[Guaman Sivil No: WA-24NCVC-2312-11/2019]
Compensation for unilateral termination of a contract should be calculated based on quantum meruit principles, allowing recovery of incurred costs but not loss of profits.
Headnote:(A) Contract Act 1950 – Section 71 – Compensation for loss or damage caused by breach of contract – The court ruled that the compensation for the unilateral termination of the Concession Agreement should be calculated based on quantum meruit principles, awarding RM231,549,002.90 with 5% post-judgment interest to the Plaintiff. (Paras 2, 66, 167)
(B) Expropriation – The court found that the expropriation occurred within the Concession Period, thus the provisions for compensation under the contract were applicable. (Paras 78, 84)
(C) Quantum Meruit – The court allowed the Plaintiff's claim for costs incurred before, during, and after the termination of the Concession Agreement, rejecting the Defendant's arguments regarding the lack of certification of work. (Paras 114, 156, 169)
Facts of the case: The Plaintiff was dissatisfied with the Defendant's unilateral termination of the Concession Agreement for the SKIN Project, which was valued at RM3.536 billion. The Plaintiff sought compensation based on the terms of the agreement and the principle of quantum meruit. (Paras 3, 9)
Findings of Court: The court found that the Plaintiff was entitled to compensation based on the quantum meruit principle, allowing claims for costs incurred and rejecting claims for loss of profits. (Paras 167, 169)
Issues: The main issues were the calculation of compensation following the unilateral termination of the Concession Agreement and the applicability of quantum meruit principles. (Paras 1, 10)
Ratio Decidendi: The court held that the compensation should be based on the quantum meruit principle, allowing the Plaintiff to recover costs incurred while rejecting claims for loss of profits. (Paras 106, 167)
Result: The Plaintiff's claims for RM732.8 million and RM922.1 million were dismissed, but RM231.5 million was awarded for costs incurred, along with 5% interest post-judgment. (Paras 167, 170)
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Terdapat hanya satu isu untuk dibicarakan dalam kes ini: apakah kaedah untuk menilai pampasan/ganti rugi akibat daripada penamatan Perjanjian Konsesi secara unilateral oleh Defendan. Sepanjang perbicaraan di Mahkamah ini, Plaintif dan Defendan mengemukakan kaedah penilaian yang berlainan melalui saksi pakar masing-masing.
[2] Selepas mempertimbangkan merit kes dan hujahan kedua-dua pihak, pada 14 Mac 2024, Mahkamah ini memutuskan penilaian pampasan hendaklah dikira berdasarkan prinsip quantum meruit dan mengawardkan RM231,549,002.90 ("RM231.5 juta") dengan 5% post-judgment interest kepada Plaintif. Kemudian, pada 8 April 2024, Plaintif memfailkan rayuan terhadap keputusan saya ke Mahkamah Rayuan.
Latar Belakang
[3] Dalam kes ini, Plaintif terkilan dengan tindakan Defendan apabila Defendan secara unilateral menamatkan Perjanjian Konsesi bertarikh 9 Ogos 2017 (selepas ini sebagai "Perjanjian Konsesi" atau "Perjanjian tersebut"). Menurut Plaintif, Perjanjian Konsesi tersebut bernilai kira-kira RM3.536 bilion dan bertujuan untuk merombak keseluruhan sistem imigresen di negara kita dengan Sistem Kawalan Imigresen Nasional ("Projek SKIN"). Adalah memadai untuk mengatakan bahawa Projek SKIN ini adalah projek yang memerlukan kepakaran teknikal.
[4] Projek SKIN ini sebenarnya timbul daripada hasrat Jabatan Imigresen Malaysia ("Jabatan Imigresen") untuk merombak sistem imigresen negara kita. Plaintif kemudiannya menyatakan minat mereka untuk membantu serta membangunkan Projek ini. Maka, pada 15 April 2014, Plaintif membentangkan kertas konsep mereka kepada Kementerian Dalam Negeri ("KDN"). Kira-kira 4 bulan kemudian, Plaintif mendapati bahawa kertas konsep mereka mendapat kelulusan awal daripada Kabinet.
[5] Oleh yang demikian, bengkel telah dilaksanakan oleh Plaintif bagi membolehkan mereka mendapatkan pandangan terperinci tentang isu/cabaran yang dihadapi/bakal dihadapi oleh Jabatan Imigresen berhubung sistem tersebut. Pada 2 Oktober 2014, KDN telah mengeluarkan Letter of Intent yang menyatakan bahawa Defendan pada dasarnya bersetuju untuk Plaintif merombak sistem imigresen negara (termasuk membangunkan Aplikasi Imigresen mudah alih). Bertindak atas Letter of Intent ini, Plaintif menanggung kos tambahan kerana mereka menjalankan banyak lawatan tapak (site-visits) dan bengkel untuk menyediakan cadangan (proposal) untuk Projek SKIN ("Cadangan SKIN"). Akhirnya, Plaintif mengambil masa hampir 1 tahun untuk merangka Cadangan SKIN tersebut.
[6] Dalam pada itu, Plaintif dan Defendan turut mengadakan beberapa rundingan berhubung terma-terma Perjanjian Konsesi. Pada 15 November 2016, Defendan telah mengeluarkan surat yang mengesahkan bahawa Kabinet telah meluluskan pelaksanaan Projek SKIN dan fakta-fakta seterusnya mendedahkan bahawa pihak-pihak akhirnya memuktamadkan terma- terma Perjanjian Konsesi di sekitar suku ke-3 tahun 2017. Maka, Perjanjian antara Plaintif dan Defendan mengandungi tiga peringkat:
[7] Perjanjian tambahan kemudiannya dipersetujui oleh kedua-dua pihak pada 11 April 2018 ("Perjanjian Tambahan").
[8] Malangnya, walaupun terdapat banyak komitmen dan usaha yang dilaburkan oleh kedua-dua pihak (atau mungkin, secara khususnya oleh Plaintif), ikatan hubungan kontrak mereka hanya berlangsung dalam tempoh yang singkat / pendek. Defendan secara unilateral menamatkan Perjanjian dengan cara perampasan (expropriation) pada 22 Januari 2019 ("Tarikh Penamatan") selepas parti politik yang kian lama memerintah negara kita, iaitu Barisan Nasional ("BN") mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ("PRU 14"). Menurut Plaintif, kerajaan yang baru dilantik, Pakatan Harapan ("PH") menunjukkan sedikit hasrat untuk meneruskan Projek SKIN yang telah lama diusahakan dalam tempoh pemerintahan BN dan kerjasama mereka untuk Projek itu juga berkurangan dengan ketara selepas PH mengambil alih kerusi pentadbiran negara.
[9] Akhirnya, keseluruhan Projek SKIN telah dihentikan sepenuhnya pada 18 Oktober 2018 melal