SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 1865

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
PENDAKWA RAYA LWN. OBYU HOLDING SDN BHD
[Permohonan Jenayah No: Wa-44-86-05/2019]



Petitioner Advocates:Harris Ong Mohd Jeffery Ong ,Respondent Advocate: Muhammad Shafee Abdullah,Tania Scivetti,Syazwani Mohd Zawawi,Syatiqah Sofian

The court rejected the forfeiture application for seized items due to insufficient evidence linking them to unlawful activities, emphasizing the Prosecutor's burden of proof under Section 56(1) of the Act.

Headnote:(A) Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 – Section 56(1) – Forfeiture application – The Prosecutor filed for the forfeiture of items including cash amounting to RM114,164,393.44, jewellery, and handbags under Section 56(1) of the Act due to alleged links with unlawful activities. (Paras 1-4, 17, 39-74, 78-79)

(B)

Legal requirements under Section 56(1) – The court emphasized the need for satisfaction based on established predicates related to the seized property, irrespective of criminal charges. The burden of proof lies with the Prosecutor, required to demonstrate connections to unlawful activities on a balance of probabilities. (Paras 24-28, 49-50)

(C)

Criterion for judicial satisfaction – The court outlined that the term 'satisfied' denotes a reasonable standard of proof, eliminating any arbitrary state, while the Prosecutor must provide adequate evidence to validate their claims regarding the seized items. (Paras 32-36)

PENGHAKIMAN

Muhammad Jamil Hussin H:

Pendahuluan

[1] Notis usul terpinda (kand 165) adalah permohonan Pendakwa Raya (pemohon) di bawah s 56(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta) untuk melucuthakan harta iaitu 2,436 unit barang kemas, 7 utas jam tangan, 29 unit beg tangan dan wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 dalam pelbagai denominasi.

Latar Belakang Fakta

[2] Pada 17 Mei 2018 pihak polis menyita wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44; 11,991 unit barang kemas; 401 utas jam tangan dan 16 unit aksesori jam tangan; 234 unit cermin mata dan 306 unit beg tangan daripada premis No B-45-02, Tower 2, Pavillion Residence, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur (Pavillion Residence) dan pada 1 November 2018 pihak polis menyita hartanah No hakmilik HSD 120091, Lot PT 80, subseksyen 63, Daerah Kuala Lumpur.

[3] Tuan punya Pavillion Residence ialah OBYU Holding Sdn Bhd.

[4] Pada 14 Mei 2019, pemohon memfailkan notis usul (kand 1) untuk melucuthakan harta yang disita di bawah s 56(1) Akta iaitu:

i. barang kemas sebanyak 11,991 unit;

ii. jam tangan sebanyak 401 utas dan 16 unit aksesori jam tangan;

iii. cermin mata sebanyak 234 unit;

iv. beg tangan sebanyak 306 unit;

V. wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 dalam denominasi; dan pelbagai

vi. hartanah nombor hakmilik HSD 120091, Lot subseksyen 63, Daerah Kuala Lumpur. PT 80,

[5] Kandungan 1 menamakan OBYU Holding Sdn Bhd sebagai responden.

[6] Kandungan 1 disokong oleh afidavit sokongan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong bin Mohd Jeffery Ong (TPR Harris Ong) yang diikrarkan pada 14 Mei 2019 (kand 2), afidavit sokongan Asisten Komisioner Polis Rajagopal a/l Ramadhass (ACP Rajagopal) yang diikrarkan pada 6 Mei 2019 (kand 3) dan afidavit sokongan Superintenden Polis Foo Wei Min (Supt Foo) yang diikrarkan pada 6 Mei 2019 (kand 9).

[7] Pada 22 Ogos 2019 suatu notis telah disiarkan dalam warta Kerajaan Persekutuan memanggil mana-mana pihak ketiga yang menuntut mempunyai apa-apa kepentingan ke atas harta yang disita supaya hadir di hadapan mahkamah pada 3 September 2019 untuk menunjuk sebab mengapa harta itu tidak boleh dilucuthak.

[8] Berkaitan cermin mata dan beg tangan pihak ketiga ialah Datin Seri Rosmah binti Mansor (DSR).

[9] Berkaitan barang kemas pihak ketiga ialah DSR dan Global Royalty Trading Sal (GRTS) yang mana GRTS menuntut satu unit.

[10] Berkaitan jam tangan dan aksesori jam tangan pihak ketiga ialah Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (DSN).

[11] Berkaitan wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 dalam pelbagai denominasi pihak ketiga ialah DSN dan UMNO.

[12] Pihak ketiga DSR, pihak ketiga GRTS, pihak ketiga DSN dan pihak ketiga UMNO memfailkan afidavit jawapan mereka masing-masing.

[13] Pemohon memfailkan afidavit balasan kepada afidavit jawapan pihak ketiga DSR, pihak ketiga DSN dan pihak ketiga UMNO.

[14] Pada 10 Jun 2020 saya membenarkan permohonan lisan pemohon dengan tiada bantahan daripada responden untuk meminda kand 1 iaitu perenggan 1 (vi) dikeluarkan daripada kand 1 dan perenggan 1(i) hingga (vi) dipinda kepada perenggan 1(i) hingga (v).

[15] Dengan itu kand1 hanya antara pemohon dan pihak ketiga sahaja, tiada responden.

[16] Pada tarikh pengurusan kes 14 September 2020, saya membenarkan permohonan lisan pihak ketiga DSN dan pihak ketiga UMNO walaupun dibantah oleh pemohon supaya tuntutan mereka ke atas wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 dalam pelbagai denominasi (perenggan 1(v) kand 1) didengar berasingan dengan tuntutan pihak ketiga lain yang menuntut harta lain. Berikutan itu, tarikh pendengaran ditetapkan untuk mendengar tuntutan pihak ketiga DSN dan pihak ketiga UMNO ke atas wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 dalam pelbagai denominasi (pendengaran pertama).

[17] Pada 20 Mei 2021 saya menolak permohonon pemohon untuk melucuthak wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 dalam pelbagai denominasi (perenggan 1(v) kand 1).

[18] Pemohon telah mengembalikan sebahagian barang kemas, beg tangan da


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top