SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2016 MarsdenLR 1332

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
TAN SEE HIANG @ TAN AH MOY LWN. MALAYAN BANKING BERHAD & SATU LAGI (KAND 1)
[Saman Pemula No: BA-24FC-611-04/2016]



Petitioner Advocates:Iskandar Putra ,Respondent Advocate: Yang Boon Hang

The timely filing of appeals under Section 418 KTN is mandatory, and knowledge of proceedings nullifies claims of irregularity in notices.

Headnote:This judgment relates to an appeal under Section 418 of the National Land Code (KTN) 1965, initiated by the Plaintiff to annul a Sale Order dated January 24, 2015. The Court ruled that the appeal was out of time based on KTN provisions, specifically Section 418, which necessitates filing within three months of notification. The Court found that all statutory notices were duly served, and the Plaintiff had knowledge of the sale proceedings, leading to the conclusion that the actions taken by the Defendants were valid. The Plaintiff’s claims regarding irregularities in notifications were dismissed. The Court affirmed the sale order as lawful.

Table of Content
1. introduction to appeal process under land law. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5)
2. timeliness and validity of the appeal. (Para 8 , 11)
3. service of legal notices in compliance with law. (Para 30 , 41 , 42)
4. clarification on the basis of challenges to the sale order. (Para 48 , 51)
5. final decision affirming the sale order and costs. (Para 64 , 65)
Azimah Omar PK:

(Kandungan 1- Rayuan Menurut Seksyen 418 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 Untuk Mengenepikan Perintah Jualan Dan Lelongan Awam)

A. Pengenalan

[1] Plaintif (Tan See Hiang @ Tan Ah Moi) yang bersandarkan kepada peruntukan s 418 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 telah memfailkan Saman Pemulanya bertarikh 29 April 2016 untuk memohon daripada Mahkamah ini perintah-perintah seperti berikut:

i) Satu Perintah membatalkan Perintah Jualan bertarikh 24 Januari 2015 yang dibuat oleh Pentadbir Tanah Petaling.

ii) Satu Perintah dan Deklarasi bahawa segala tindakan dan perbuatan dibawah Perintah Jualan tersebut termasuk Lelongan Awam bertarikh 14 Mei 2015 adalah tidak sah dan terbatal kerana bertentangan dengan peruntukkan Kanun Tanah Negara 1965 .

iii) Satu Perintah bahawa semua pihak yang terlibat dikembalikan kepada keadaan asal dan Lelongan Awam yang telah dijalankan pada 14 Mei 2015 adalah tidak sah dan terbatal.

iv) Lain-lain perintah yang Mahkamah dapati sesuai dan berpatutan.

v) Kos

[2] Mahkamah ini perlu menyatakan di sini bahawa jika merujuk kepada intitulement atau hal perkara yang tertera di Saman Pemula Plaintif, Plaintif telah menggerakkan tindakannya di Mahkamah ini bersandarkan kepada peruntukan s 418 KTN. Seksyen 418 memperuntukkan berikut:

418. Appeals to the Court

(1) Any person or body aggrieved by any decision under this Act of the State Director, the Registrar or any Land Administrator may, at any time within the period of three months beginning with the date on which it was communicated to him, appeal therefrom to the Court.

(2) Any such appeal shall be made in accordance with the provisions of any written law for the time being in force relating to civil procedure; and the Court shall make such order thereon as it considers just.

(3) In this section "decision" includes any act, omission, refusal, direction or order.

[3] Walaupun Plaintif telah bersandarkan kepada prosedur rayuan menurut s 418 KTN iaitu merayu terhadap keputusan Pentadbir Tanah tetapi di dalam Saman Pemulanya juga Plaintif telah juga menamakan Malayan Banking Berhad sebagai Defendan Pertama.

[4] Memandangkan s 418 KTN memperuntukkan tempoh had masa tiga bulan dari tarikh keputusan disampaikan kepada orang yang terkilan bagi memfailkan rayuan mereka, Defendan Kedua (Pentadbir Tanah Daerah Petaling) telah menimbulkan bantahan terhadap Saman Pemula Plaintif atas isu had masa. Isu ini akan dipertimbangkan kelak pada tajuk isu permulaan.

B. Kes Plaintif

[5] Saman Pemula Plaintif telah disokong oleh afidavit sokongannya di dalam Kandungan 2. Di dalam Kandungan 2 tersebut, Plaintif telah mendeposkan pengataan-pengataan berikut:

5.1 Plaintif adalah tuanpunya berdaftar hartanah yang terdiri di atasnya sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat No 10, Jalan 19/6, Seksyen 19, 46300, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan yang terkandung di HS (M) 1[2298] PT 46 Mukim Sungai Buluh, Daerah Petaling Negeri Selangor Darul Ehsan ("hartanah tersebut").

5.2 Hartanah tersebut telah dilelong oleh Defendan Pertama di lelongan awam yang telah dijalankan di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Selangor pada 14 Mei 2015.

5.3 Terdapat dua gadaian yang telah didaftarkan ke atas hartanah tersebut. Pada tahun 1994, Pacific Bank Berhad telah mendaftarkan gadaian perserahan No 3498/94 Jilid 246, Folio 47 (Gadaian Pertama) apabila hartanah tersebut telah dicagarkan oleh Plaintif sebagai jaminan untuk kemudahan pinjaman yang diberikan oleh Pacific Bank Berhad bagi membiayai pembelian hartanah tersebut. Kemudian pada tahun 2005, Defendan Pertama pula telah mendaftarkan gadaian perserahan No 4197/2005 17 (Gadaian Kedua) apabila Plaintif tela

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top