2016 MarsdenLR 448
MAHKAMAH TINGGI MALAYA IPOH
BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD LWN. ABDUL RAHMAN MARAN RAJOO
[Rayuan Sivil No: 11BNCVC-4-01/2015]
A party must adhere to the pleadings and provide specific and accurate amounts claimed, failing which the appeal may be dismissed.
Headnote:This appeal concerns the Petitioner challenging the Magistrate's Court decision, which found the Petitioner had proven the Defendant owed debt but failed to establish the amount and costs incurred. The issues revolved around the Petitioner’s burden to specify the claimed amount against the Defendant. The Court found the Petitioner failed to detail the debt amount or provide accurate calculations, leading to confusion. Consequently, the appeal was dismissed with costs.
| Table of Content |
|---|
| 1. introduction to appeal and initial ruling. (Para 1 , 2) |
| 2. summary of plaintiff's claim and defendant's response. (Para 3 , 4) |
| 3. underlying issues for determination. (Para 5 , 6) |
| 4. court's findings on plaintiff's claim and its compliance with pleadings. (Para 7 , 8 , 9 , 10) |
Pendahuluan
[1] Ini adalah rayuan Perayu/Plaintif terhadap keputusan Mahkamah Majistret bahawa Perayu/Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan terhadap Responden/Defendan tetapi telah gagal untuk membuktikan amaun dan kos ditanggung oleh pihak-pihak.
Fakta Kes
[2] Mahkamah Majistret pada 30 Disember 2014 telah memutuskan bahawa pihak Perayu/Plaintif telah berjaya membuktikan Defendan berhutang akan tetapi Perayu/Plaintif gagal untuk membuktikan amaun keberhutangan tersebut dan kos adalah ditanggung oleh pihak-pihak. Pihak Perayu/Plaintif tidak berpuas hati terhadap keputusan itu telah merayu ke Mahkamah ini.
Versi Perayu
[3] Plaintif adalah sebuah institusi kewangan yang telah meluluskan kemudahan pembiayaan perumahan di bawah prinsip Syariah Al Bai Bithaman Ajil (BBA) sebanyak RM489,313.56 pada 3 Januari 2005 di atas permintaan Responden. Responden kemudiannya telah melanggar terma-terma perjanjian apabila telah gagal membayar ansuran bulanan dan satu penghakiman ingkar telah direkodkan ke atas Responden pada 24 November 2006 di Mahkamah Tinggi Ipoh. Walau bagaimanapun responden telah Berjaya mengenepikan penghakiman tersebut dan pembelaan difailkan.
[4] Atas kegagalan pihak Responden, satu prosiding halang tebus telah dimulakan terhadap responden dan perintah jualan telah dikeluarkan terhadap hartanah milik responden. Namun hasil jualan tidak mencukupi dan meninggalkan baki sebanyak RM55, 381.90 setakat 6 Disember 2012. Setakat 26 Jun 2014 jumlah baki hutang yang dituntut perayu adalah sebanyak RM60,466.90.
Versi Responden
[5] Responden menyatakan bahawa pihak Perayu telah bertindak mala- fide di dalam tuntutannya terhadap responden. Perayu telah mengemukakan tiga jumlah tuntutan yang berbeza-beza iaitu melalui saman dan penyataan tuntutan sebanyak RM484,580.82, di dalam jawapan kepada penyataan pembelaan sebanyak RM55,381.90 dan di dalam penyataan saksi SP-1 sebanyak RM60,466.90. Pihak perayu telah gagal menunjukkan pengiraan yang tepat dan gagal mengemukakan dokumen yang material ketika perbicaraan.
Isu Pertikaian
[6] Isu yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ini adalah sama ada pihak perayu/plaintif telah berjaya membuktikan amaun sebenar tuntutannya terhadap defendan.
Dapatan Mahkamah
[7] Perayu/Plaintif dalam tindakan ini telah berjaya membuktikan bahawa responden memperoleh serta menikmati pinjaman daripada pihak perayu dan pihak responden sendiri tidak menafikan perkara tersebut. Kegagalan responden untuk membuat bayaran balik pinjaman telah menyebabkan hartanah responden dilelong oleh pihak perayu. Setelah dilelong, masih terdapat baki bayaran yang perlu dibayar oleh responden kepada perayu. Perayu dengan itu telah menuntut baki tersebut.
[8] Amaun tuntutan perayu walau bagaimanapun tidak dinyatakan secara spesifik dan terperinci. Saksi Plaintif yang telah dipanggil semasa perbicaraan penuh juga telah gagal untuk membuat pengiraan yang tepat dan berbeza dengan jumlah yang dituntut.
[9] Di dalam penyataan tuntutan, jawapan kepada pembelaan dan penyataan saksi Perayu telah menyatakan amaun tuntutan yang berlainan. Merujuk kepada kes RHB Bank Bhd v. Kwan Chew Holdings Sdn Bhd , [2010] 2 MLJ 188 , Mahkamah Persekutuan memutuskan:
" it is cardinal rule in civil litigation that the parties must abide by their pleadings. This is trite as can be seen from the decision of this court in Menah Sulong v. Lim Soo & Anor, [1983] 1 CLJ 263 where Ong Hock Thye CJ said:
"I think it is necessary in this case to emphasize once again that the Courts should give their decision in strict compliance with the pleadings. As Lord Radcliffe said in Esso Petroleum Co Ltd v Southport Corporation [1956] 2 WLR 81;
"if an appellate court is to treat r