MAHKAMAH TINGGI MALAYA IPOH
MIOR AZRUL HUSAIRI ABDUL AIJIK LWN. MUHAMAD ZAFRY FARHAN MOHD FADZIL
[Rayuan Sivil No: AA-12BNCVC-21-11/2017]
| Table of Content |
|---|
| 1. establishment of facts regarding the accident. (Para 6 , 7 , 8) |
| 2. court's scrutiny of evidence establishes credibility and liability. (Para 9 , 10 , 11 , 22) |
| 3. evaluation of testimonies crucial for liability. (Para 12 , 16 , 17) |
| 4. judgment recalibrates damages awarded based on specific injuries. (Para 20 , 34) |
| 5. court confirms prior findings based on credible evidence. (Para 21 , 23) |
| 6. evaluation of quantum claims and special considerations. (Para 25 , 26 , 27 , 32) |
[6] Fakta yang tidak disanggah oleh kedua-dua pihak ialah perihal suatu kemalangan telah berlaku antara motosikal No AJY 2825 yang ditunggang oleh Responden/Plaintif dengan motosikal No ADC 3582 yang ditunggang oleh Perayu/Defendan pada 24 Mac 2016 lebih kurang jam 7.40 pagi di persimpangan Jalan Kompleks Sukan-Lebuh 5, Ipoh, Perak.
[7] Menurut versi Responden/Plaintif, (rujuk Pernyataan Tuntutan di ms 16-18 Rekod Rayuan, Penyata Saksi SP5 (Responden/Plaintif) di ms 66-67 Rekod Rayuan, keterangan saksi SP5 (Responden/Plaintif) di ms 16-20 Rekod Rayuan Tambahan dan Laporan Polis Responden/Plaintif No Trafik Ipoh/020352/16 bertarikh 23 September 2016 (Eksibit P15) di ms 99 Rekod Rayuan), beliau menunggang motosikalnya dari rumahnya di Chemor untuk ke tempat kerja beliau di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Ipoh, Perak. Jika dilihat kepada eks P1, Rajah Kasar tempat kejadian (rujuk ms 68 Rekod Rayuan), pergerakan Responden/Plaintif adalah di Lorong A dari arah selatan ke utara, (dari arah bawah rajah kasar ke arah atas rajah kasar). Tatkala sampai di mulut simpang di Jalan Kompleks Sukan-Lebuh 5, tiba-tiba motosikal yang ditunggang oleh Perayu/Defendan, yang berada di sebelah kiri motosikal Responden/Plaintif, membelok ke kanan ke Lebuh 5, memasuki laluan Responden/Plaintif tanpa memberikan isyarat. Ini menyebabkan berlaku pelanggaran antara kedua-dua motosikal tersebut, dan mengakibatkan Responden/Plaintif cedera parah. Bagi memudahkan rujukan Mahkamah, eks P1 (Rajah Kasar tempat kejadian) telah disalin dan diturunkan di bawah ini sebagai Gambar A.
GAMBAR A
[8] Mengikut versi Perayu/Defendan pula, tatkala berada di tempat yang sama seperti dinyatakan oleh Responden/Plaintif, iaitu di persimpangan Jalan Kompleks Sukan-Lebuh 5, beliau hendak membelok ke kanan masuk ke arah Lebuh 5, dan memberi isyarat tangan semasa berada di kiri jalan. Tiba-tiba motosikal yang ditunggang Responden/Plaintif datang dari arah belakang telah melanggar motosikal Perayu/Defendan dan mengakibatkan beliau cedera dan luka di beberapa bahagian tubuh badan. (Rujuk Pernyataan Pembelaan Perayu/Defendan bertarikh 14 Mac 2017 (Rekod Rayuan, ms 20-23), keterangan DW1 (Perayu/Defendan) di ms 20-22 Rekod Rayuan Tambahan, dan Laporan Polis Perayu/Defendan No Trafik Ipoh/006839/16 bertarikh 30 Mac 2016 (Eksibit D21) di ms 117 Rekod Rayuan).
Liabiliti
[9] Prinsip yang perlu digunapakai oleh Mahkamah ini tatkala melaksanakan kuasa-kuasa sebagai mahkamah rayuan adalah seperti yang diputuskan dalam dalam kes Chua Chong Cher v. Teo Lang Keow & Ors, 1970 MarsdenLR 379 , bilamana Mahkamah Tinggi (Rayuan) Singapura memutuskan:-
" ... this Court, as an appellate Court, is under a duty to re-hear the case by examining the evidence and arriving at its own finding, but always bearing in mind it has neither seen nor heard the witnesses and paying due regard to the trial judge's finding and his reasons therefore."
[10] Kes Chua Chong Cher (supra) ini telah dibawa sehingga ke Privy Council. Lord Pearson ketika membaca keputusan Privy Council dalam kes Tay Koh Yat Bus Co Ltd v. Chua Chong Cher & Ors, 1972 MarsdenLR 302 memutuskan seperti berikut:-
"... When findings of primary fact by the trial Judge have been based on his view as to the comparative credibility of opposing witnesses, and that view has been reached by observation of the witnesses as they gave their evidence, an appellate tribunal needs very strong grounds to justify a reversal of such findings. (Tekanan ditambah). Ther
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.