MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
RAHIMAHANI KAMAL ABD NASIR LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: CB-41S-04-06/2017]
| Table of Content |
|---|
| 1. court's evaluation of dangerous driving facts. (Para 19 , 20) |
| 2. assessment of appellant's defense as inadequate. (Para 23 , 24 , 25) |
| 3. upholding sentencing aligning with legal precedent. (Para 28 , 29 , 31) |
[16] Mahkamah berpendapat Tuan Majistret tidak khilaf apabila memutuskan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas Perayu. Mahkamah telah meneliti Penghakiman Tuan Majistret dan mendapati semasa membuat keputusan, beliau telah memfokuskan penghakimannya kepada enam (6) aspek keterangan SP3 dan SP6 secara objektif bagi menentukan sama ada Perayu telah memandu dengan cara yang merbahaya iaitu:
(i) Kenderaan SP3 dan kenderaan Perayu berada di laluan yang sama sebelum kemalangan di mana kenderaan Perayu berada di belakang kenderaan SP3 manakala kenderaan simati berada di laluan bertentangan;
(ii) sebuah motor lori treler berada di hadapan SP3;
(iii) jalan di tempat kejadian adalah dua garisan berkembar;
(iv) Kenderaan Perayu telah memotong kenderaan SP3 dan seterusnya dengan laju memotong motorlori treler menyebabkan kenderaan Perayu memasuki laluan kenderaan simati dari arah bertentangan dan berlaku pertembungan;
(v) Akibat daripada kemalangan itu anak mangsa telah tercampak keluar dari kereta Proton Wira dan Siti Zubaidah berada di bawah kereta tersebut manakala suaminya tersepit di dalam kereta.
(vi) Motorjip Mitshubishi Triton telah terbalik di bahu jalan laluan kenderaan simati dan Proton Wira masih berada di laluan sahnya.
[17] Selain daripada bergantung kepada keterangan SP3 dan SP6, Tuan Majistret juga telah merujuk kepada keterangan senyap iaitu gambar-gambar di tempat kejadian, P7A-P7AN, rajah kasar serta kunci, P10, P10A, kesan-kesan kemalangan di tempat kejadian dan kerosakan kedua-dua kenderaan yang terlibat.
[18] Kesemua keterangan senyap berada di laluan simati yang membuktikan kenderaan Perayu telah menceroboh laluan sah simati sebelum kemalangan manakala kesan kerosakan yang teruk pada bahagian hadapan Proton Wira seperti dalam gambar P7A-AN dan kedudukan motorjip Mitshubishi Triton yang terbalik menunjukkan telah berlaku satu pertembungan kuat di antara kedua-dua kenderaan yang membuktikan kenderaan Perayu telah dipandu dengan laju.
[19] Begitulah juga Mahkamah ini berpendapat kecederaan parah yang dialami oleh kedua-dua simati di mana tengkorak kepala Roslan telah pecah di belakang dan di bahagian tepi dua (2) belah manakala bahagian tempurung kepala Siti Zubaidah masuk ke dalam kerana patah tulang depan muka sehingga ke belakang muka yang menyebabkan kematian mereka berdua serta kecederaan-kecederaan parah yang lain membuktikan betapa kuatnya impak kemalangan akibat daripada tindakan Perayu yang memandu dengan laju dan dengan cara yang merbahaya.
[20] Mahkamah ini juga berpendapat selain daripada keadaan jalan yang mempunyai dua (2) garisan berkembar, tindakan Perayu yang memotong ketika menaiki bukit di jalan yang berselekoh membuktikan Perayu telah memandu dengan cara yang merbahaya kerana tindakan ini yang menyebabkan dia menceroboh laluan sah simati.
[21] Berasaskan kepada fakta di atas, Mahkamah berpendapat dengan mengambil kira keadaan jalan iaitu kedua-dua jalan adalah jalan yang bergaris kembar, jalan dari arah Perayu mendaki bukit dan berselekoh, elemen-elemen pertuduhan telah dibuktikan iaitu Perayu telah menimbulkan suatu situasi yang membahayakan apabila dia memotong dua kenderaan yang berada di hadapannya, menceroboh laluan sah simati dan menyebabkan pertembungan dengan kenderaan yang dinaiki oleh simati. Perayu adalah orang yang bertanggungjawab mewujudkan situasi yang membahayakan tersebut.
[22] Oleh kerana kesemua initipati pertuduhan telah dibuktikan, Tuan Majistret betul apabila memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie dan memanggil Perayu membela diri di atas pertuduhan setelah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi-saksi pendakwaan, s 173 (h) (i), (iii) KPJ, Looi Kow Chai & Anor v. PP, [2003] 2 MLJ 65, Balach
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.