MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
MUZZAMIL SOLIHEEN MUSA & SATU LAGI LWN. MUHADIA JAMALUDIN
[Guaman Sivil No: NA-22NCVC-28-04/2017]
PENGHAKIMAN
Latar belakang kes Plaintif-Plaintif
[1] Plaintif-Palintif beralamat di No. 221, Jalan Andalas 3, Taman Andalas 71700 Mantin, Negeri Sembilan. Manakala Defendan adalah pemilik berdaftar bagi sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat di No. 221, Jalan Andalas 3, Taman Andalas 71700 Mantin, Negeri Sembilan di bawah hakmilik Geran No. 75911 Lot 12961, Mukim Sentul, Daerah Seremban, Negeri Sembilan [rumah tersebut].
[2] Sekitar bulan Mei / Jun 2011, Plaintif-Plaintif telah diperkenalkan kepada Defendan oleh jiran bernama Ahmad Husaizi bin Omar iaitu jiran Plaintif-Plaintif sebelahan rumah. Defendan pada masa itu terdesak hendak menjual rumah tersebut sebab masalah kewangan.
[3] Plaintif-Plaintif bersetuju membeli rumah tersebut tertakluk kepada kelulusan pinjaman bank yang akan dipohon oleh Plaintif-Plaintif. Namun pinjaman gagal diperolehi oleh Plaintif-Plaintif.
[4] Defendan dan Plaintif-Plaintif akhirnya bersetuju secara Perjanjian Jualbeli Lisan dengan mana Plaintif-Plaintif menyambung bayar ansuran bulanan Defendan dengan Bank Simpanan Nasional [BSN].
[5] Menurut Plaintif-Plaintif harga jualan tanah tersebut adalah RM270,000.00 dan Plaintif-Plaintif bersetuju menanggung segala kos baik pulih atau pembaikan rumah tersebut.
[6] Harga jualan hartanah tersebut hendaklah dibayar dengan cara berikut:-
i. Plaintif-Plaintif membayar kepada Defendan secara tunai RM60,000.00 sahaja secara ansuran; dan
ii. Baki harga belian hendaklah diselesaikan oleh Plaintif-Plaintif secara sambung bayar ansuran kepada pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM1,250.00 sebulan;
iii. Pindah milik hartanah tersebut akan dibuat oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif setelah selesai pembayaran pinjaman BSN.
[7] Tawaran perjanjian jual beli lisan untuk menjual hartanah tersebut oleh Defendan ini telah disaksikan oleh jiran Plaintif-Plaintif bernama Ahmad Husaizi [SP1] dan Plaintif-Plaintif telah menerima tawaran tersebut dan bersetuju untuk membuat pembelian secara sambung bayar ini dan perjanjian jual beli ini telah dimuktamadkan ('concluded').
[8] Lanjutan daripada Perjanjian Jual Beli, Plaintif-Plaintif telah bertindak ('acted upon') dimana Plaintif-Plaintif telah membayar Defendan secara ansuran sebanyak RM47,500.00 dan Plaintif-Plaintif juga telah membuat bayaran sambung bayar kepada BSN sebanyak RM1,250.00 sebulan.
[9] Sebelum Plaintif-Plaintif memasuki hartanah tersebut, Plaintif-Plaintif juga telah membaikpulih dan membuat ubahsuai ('renovation') dengan kos sekitar RM92,000.00 kepada hartanah tersebut pada bulan Julai sehingga November 2011 dan Plaintif-Plaintiff telah menduduki hartanah tersebut pada Disember 2011.
[10] Plaintif-Plaintif mengakui mempunyai masalah kewangan dan tidak membayar beberapa ansuran bulanan hingga pihak BSN memulakan tindakan untuk menjual hartanah tersebut dan tarikh lelongan ditetapkan pada 20 Jun 2013. Walaubagaimanapun, Plaintif-Plaintif telah membayar sebanyak RM38,600.00 pada 19 Jun 2013 dan lelongan itu telah ditarik balik dan seterusnya telah membuat ansuran bulanan kepada pihak BSN.
[11] Pada sekitar bulan Jun tahun 2015, Plaintif-Plaintif telah menerima sesalinan notis tunggakan sewa (Selepas ini dirujuk sebagai notis tersebut) daripada peguamcara Defendan yang kononnya menuntut tunggakan sewa daripada Plaintif-Plaintif sewaan tertunggak untuk bulan Mei 2014 sehingga bulan Mei 2015 iaitu sebanyak RM41,933.30 dan kononnya kos untuk membersihkan nama Defendan di BSN sebanyak RM45,470.78.
[12] Selepas menerima notis tersebut, Plaintif-Plaintif telah melantik peguamcaranya untuk menjawab notis tersebut melalui suratnya bertarikh 17 Jun 2015 dimana Defendan tidak ada menjawab kepada notis jawapan Plaintif-Plaintif tersebut.
[13] Plaintif-Plaintif juga telah memasukkan kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut melalui No. Perserahan 6121/2015 pada 01 Julai 2015 untuk menjaga kepentingan Plaintif-Plaintif ke atas hartanah tersebut.
[14] Pada 19 Januari 2016, Plaintif-Plaintif dikejutkan apabil
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.