2021 MarsdenLR 1621
MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
SKS SOUTHERN SDN BHD LWN. ABDULLAH MD YUSOF & SATU LAGI
[Guaman Sivil No: JA-22NCvC-32-02/2020]
The court affirmed that to claim for trespass, the plaintiff must provide clear evidence of ownership and that unauthorized structures were built on their land.
Headnote:(A) Evidence Act 1950 – Sections 45 and 60(1)(d) – Land Code – Section 176 – Dispute regarding the unauthorized construction of a platform and prayer hall on reserved land – Plaintiff failed to prove ownership and entitlement to reliefs – Survey plan submitted by the plaintiff was deemed inadmissible as it lacked direct oral evidence from the qualified surveyor who prepared it – The platform and prayer hall were built before the issuance of the plaintiff's title. (Paras 25-28, 36-39)
(B) Burden of Proof – The plaintiff is required to prove the existence of trespass rather than the defendants disputing it – The standard of proof lies with the party asserting a claim. (Paras 31-32)
(C) Injunction – The court held that without definitive title and evidence, it would be unsafe to grant the requested injunction. (Paras 36)
PENGHAKIMAN
Latar Belakang
[1] Plaintif adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dan memiliki keseluruhan tanah yang dipegang di bawah HS(D) 510984 PTD 165778 Mukim Tebrau, Johor Bahru (kemudian dari ini disebut "Tanah").
[2] Defendan Pertama adalah Yang Dipertua, Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu, sebuah persatuan yang ditubuhkan di bawah Akta Persatuan 1966 dan merupakan pengendali/ pemilik sebuah kemudahan membeli belah yang dikenali dengan "Pasaraya Pandan Uptown" (kemudian dari ini disebut "Pasaraya") yang didirikan bersebelahan Tanah tersebut.
[3] Defendan Kedua pula adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia yang dilantik oleh Defendan Pertama untuk menguruskan Pasaraya itu sejak kira-kira tahun 2015.
[4] Pada awal tahun 2011, Defendan Pertama telah mendirikan surau beserta sebuah pentas (kemudian dari ini disebut "Pentas") untuk kegunaan para peniaga dan orang awam di atas tanah rizab bersebelahan Pasaraya tersebut iaitu Lot 42953 seluas 3,966 meter persegi Mukim Tebrau, Johor Bahru (kemudian dari ini disebut "Tanah Rizab").
[5] Dalam bulan Ogos 2011, Defendan Pertama telah memohon pelan untuk permit sementara bagi surau dan Pentas yang telah dibina atas Tanah Rizab tersebut kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Permit sementara ini telah diluluskan pada 21 September 2011.
[6] Pada tahun 2012, Defendan Pertama telah memohon kepada Pejabat Tanah dan Daerah Johor Bahru (PTDJB) untuk mendapatkan pajakan rizab bagi Tanah Rizab tersebut di bawah s 63 Kanun Tanah Negara serta melampirkan pelan cadangan termasuk sebahagian surau dan Pentas yang telah dibina.
[7] Pada bulan Mei 2013, Kerajaan Negeri melalui PTDJB telah meluluskan Tanah Rizab tersebut untuk tempoh 21 tahun yang berakhir pada 31 Januari 2034.
[8] Pada 1 December 2016, PTDJB telah meluluskan Lot PTD 165780 dan PTD 165781 kepada Defendan Pertama yang mana merupakan rizab Tenaga Nasional Berhad (TNB). Tapak ini pada asalnya terdapat surau dan Pentas tersebut.
[9] Plaintif mendakwa bahawa Pentas tersebut dibina di atas Tanah berkenaan tanpa kebenaran Plaintif. Untuk itu Plaintif telah mengeluarkan Notis Tuntutan kepada kedua-dua Defendan pada 24 Ogos 2014 dan 2 April 2019 bagi merobohkan Pentas tersebut.
[10] Kedua-dua Defendan gagal dan/atau enggan merobohkan Pentas tersebut walaupun Notis Tuntutan telah dikeluarkan kepada mereka.
[11] Ekoran itu, pada 10 Februari 2020, Plaintif telah memfailkan Pernyataan Tuntutan bagi memohon relif yang berikut, antaranya:
(a) suatu injunksi mandatori bagi Defendan-defendan merobohkan dan mengeluarkan Pentas itu dan kesemua struktur yang dibina di atas Tanah tersebut dalam masa 30 hari dari tarikh perintah;
(b) suatu perintah sekiranya Defendan-defendan mungkir dalam merobohkan dan mengeluarkan Pentas itu dan kesemua struktur yang dibina di atas Tanah itu dalam masa 30 hari dari tarikh perintah, maka kos perobohan dan pengeluaran Pentas dan struktur itu akan menjadi hutang yang kena dibayar oleh Defendan-defendan kepada Plaintif beserta dengan faedah;
(c) suatu injunksi bahawa Defendan-defendan, pekerja, ejen, penyewa atau pihak yang dijemputnya dihalang daripada memasuki atau menceroboh Tanah itu; dan
(d) gantirugi.
[12] Bagi tujuan perbicaraan, dalam Lampiran 34 disenaraikan isu untuk dibicarakan iaitu -
(a) sama ada Pentas tersebut dibina atas tanah Plaintif tanpa lesen atau kebenaran?;
(b) sama ada Defendan-defendan menceroboh tanah Plaintif?;
(c) sama ada Plaintif berhak kepada relif yang dituntut?
(d) sama ada Pentas dan surau dibina atas tanah rizab pajakan Defendan-defendan;
(e) sama ada Pentas dan surau dibina sebelum pengeluaran hakmilik sementara Plaintif; dan
(f) sama ada hakmilik sementara boleh menentukan sempadan Tanah itu.
Perbicaraan
[13] Semasa perbicaraan, Plaintif telah mengemukakan 2 orang saksi untuk memberi keterangan iaitu -
(a) Dato' Abdullah bin Yusup (SP1), Pengarah Syarikat Shiya Sdn Bhd yang merupakan perunding projek Plaintif bagi membina 64 unit ger