MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
HASSHAHARI & PARTNERS LWN. MOHD NIZAM RAZMAN & ANOR
[Guaman No: S-23-74/2009]
| Table of Content |
|---|
| 1. plaintiff files suit based on defamation. (Para 1 , 2) |
| 2. defendant contests claims and identity of signatory. (Para 3 , 12 , 13) |
| 3. key facts about loan facilitation by plaintiff. (Para 4 , 5 , 6 , 7 , 8) |
| 4. plaintiff's claims of defamation regarding communication. (Para 9 , 10 , 11) |
| 5. court's evaluation of evidence and signatory’s authority. (Para 14 , 15 , 16 , 18) |
| 6. court rules on admissibility of evidence. (Para 19 , 20 , 21 , 22 , 24) |
| 7. legal principles from case law on defamation. (Para 23 , 25 , 26) |
| 8. defamation elements that must be proven. (Para 30 , 31 , 33) |
| 9. court assesses statements for defamatory nature. (Para 37 , 38 , 39 , 40) |
[1] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendant adalah berasaskan tort fitnah yang didakwa terdapat dalam surat bertarikh 11 Mac 2009 yang telah ditandatangani oleh Defendan Pertama menggunakan kepala surat Defendant Kedua.
[2] Penghakiman Ingkar Kehadiran telah dimasukkan terhadap Defendan Pertama pada 1 Disember 2010 dan sehingga tarikh perbicaraan Plaintif belum menyerah dan/atau menguatkuasakan Perintah tersebut atas alasan menunggu sehingga kes ini selesai.
[3] Defendan Kedua mempertikaikan tuntutan Plaintif dan dalam pembelaannya, Defendan Kedua menafikan telah membuat, mengizinkan pembuatannya atau menerbitkan surat bertarikh 11 Mac 2009 tersebut. Defendan Kedua seterusnya mengatakan bahawa mereka mengetahui tentang surat tersebut hanya selepas lama ianya diterbitkan.
Perbicaraan
[4] Perbicaraan adalah melalui keterangan saksi Plaintif iaitu Hasshahari bin Johari Mawi (SP1) dan Pernyataan saksi ditandakan sebagai "WSWP1". Defendan diwakili oleh Haji Jabat bin Hashim, CEO dan tuan punya syarikat Defendan Kedua (SD1) pada masa yang material dan Pernyataan saksi ditandakan sebagai "WSDW1". Rujukan kepada dokumen adalah sepertimana terdapat dalam Ikatan Dokumen Bersama yang difailkan dan ditandakan sebagai "B1".
Keterangan Plaintiff
[5] Sekitar Mac, 2009 Plaintif telah dipanggil ke Menara Patriot HQ bagi Agrobank dan Plaintif telah diberikan sesalinan surat bertarikh 11 Mac 2009 yang telah diterima oleh pihak Agrobank daripada Defendan Kedua dan ditandatangani oleh Defendan Pertama. Surat tersebut ditunjukkan dalam Mahkamah dan ditandakan sebagai eks "IDP-1".
[6] Plaintif mendakwa melalui surat tersebut, pihak Defendan telah mengeluarkan pernyataan-pernyataan yang langsung tidak tepat dan merupakan suatu fitnah kepada diri Plaintif dan firma guaman Plaintif. Ada antara pernyataan tersebut telah merujuk bahawa Plaintif dan/firma Plaintif telah menyebabkan pinjaman yang dibuat oleh Defendan Kedua tergendala berbulan-bulan pada masa firma Plaintif mengendalikan pinjaman tersebut. Selain itu juga firma guaman Plaintiff telah difitnah bahawa telah melindungkan perkara-perkara berkenaan status pinjaman Defendan Kedua.
[7] Plaintif telah memperkenalkan Defendan Kedua kepada Agrobank untuk mendapatkan tawaran pinjaman berjumlah RM30 juta yang asal dipohon oleh mereka, walau bagaimanapun bank hanya setuju untuk meluluskan pinjaman setakat RM29 juta sahaja. Dalam hal ini firma Plaintif telah dilantik untuk menguruskan pinjaman tersebut bagi pihak bank. Defendan Kedua juga telah melantik firma Plaintif untuk menguruskan pinjaman tersebut. Surat-surat bertarikh 8 Oktober 2007 (P2) dan 5 Mac 2008 (P3) adalah dirujuk.
[8] Selanjutnya pada 18 Mac 2008, pihak bank telah mengeluarkan surat tawaran pinjaman sebanyak RM 29 juta kepada pihak Defendan Kedua. Melalui surat bertarikh 25 Mac 2008, firma Plaintif telah dilantik secara rasmi oleh Agrobank untuk menyediakan surat cara perjanjian dan khidmat nasihat perundangan yang diperlukan kepada Defendan Kedua. Surat tawaran pembiayaan dan surat perlantikan peguam dirujuk dalam eks P4 dan P5.
[9] Plaintif mengatakan bahawa surat pinjaman telah disediakan dan pihak-pihak telah menandatangani tetapi Defendan telah gagal untuk memenuhi syarat-syarat untuk pengeluaran wang dan memberikan berbagai alasan. Plaintif telah sering mengingatkan pihak Defendan
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.