MAHKAMAH TINGGI MALAYA MELAKA
KERAJAAN MALAYSIA LWN. SANJUNG UTAMA SDN BHD (DALAM LIKUIDASI); TENAGA NASTIONAL BERHAD (PEMOHON)
[Penggulungan Syarikat No: MA-28PW-05-07/2017]
| Table of Content |
|---|
| 1. case involves an appeal regarding procedural grievances. (Para 1 , 2) |
| 2. factual background establishes petitioner's claims against respondent. (Para 3 , 4 , 6) |
| 3. arguments focus on contractual liability regarding unpaid services. (Para 7 , 8 , 9) |
| 4. court clarifies the limitations of liquidator's powers and appeal processes. (Para 20 , 21 , 22) |
[1] Ini adalah rayuan oleh Perayu/Pemohon kerana tidak berpuas hati ke atas keputusan Mahkamah yang menolak permohonan Perayu/Pemohon di Lampiran 1.
[2] Bagi tujuan rayuan ini, pihak-pihak masing-masing akan dirujuk sebagai Pemohon, Pempetisyen dan Responden.
Latar Belakang Kes
[3] Sebelum ini pihak Pemohon telah memfailkan permohonan di Lampiran 6 untuk memohon perintah bahawa Rimbun Corporate Advisory salah dicantum dan diberhentikan menjadi Responden dalam tindakan ini dan percantuman "Jambulingan Sethuraman Raki" dan "Sundarasan A/L Arumugam" sebagai Responden-responden dalam tindakan ini.
[4] Pihak-pihak mencapai persetujuan seperti berikut:
(a) Rimbun Corporate Advisory telah disalah cantum dan dihentikan menjadi Responden dalam tindakan ini;
(b) Percantuman Sanjung Utama Sdn Bhd (dalam likuidasi) sebagai Responden dalam tindakan ini.
[5] Notis Usul terpinda Lampiran 15 kemudian difailkan.
[6] Fakta kes diringkaskan seperti berikut:
(a) "Jambulingan" telah meninggal dunia pada 3 Oktober 2017 dan sekarang pelikuidasi Responden kini hanyalah Encik Sundarasan;
(b) Jumlah yang terhutang dan harus dibayarkan oleh Responden kepada Pemohon adalah RM2,962,205.60 setakat 1 September 2016 iaitu tarikh terdekat sebelum penggulungan syarikat;
(c) Pemohon memasuki perjanjian dengan Responden di mana Pemohon membekalkan bekalan elektrik kepada Sanjung Utama. Pada setiap bulan, Pemohon mengeluarkan bil-bil elektrik berdasarkan kadar penggunaan bekalan elektrik di premis tersebut kepada Sanjung Utama Sdn Bhd (Responden).
(d) Sanjung Utama gagal membayar sejak 1 Oktober 2015 dan meninggalkan tunggakan bil elektrik berjumlah RM2,962,205.60 setakat 1 September 2016.
(e) Pemohon mendapati Responden telah digulungkan melalui No kes 28NCC-12- 04/2015 pada 5 September 2016. Dan, Mahkamah melantik pelikuidasi swasta iaitu "Jambulingan" & "Sundrasan" dari Rimbun Corporate Advisory sebagai Pelikuidi bersesama dan berasingan untuk Responden.
(f) Kemudian pada 27 Mac 2017 pemohon memajukan borang bukti hutang pada 24 Mac 2017 kepada Rimbun Corporate manakala Responden telah pada 22 Jun 2017 menolak borang bukti hutang tersebut (Borang 59 - Notice of Rejection of Proof of Debt).
(i) Responden memberikan alasan tolakannya iaitu tuntutan yang dinyatakan oleh Pemohon dalam borang bukti hutang bukan merupakan tuntutan terhadap Responden dan tuntutan tersebut harus dibuat terhadap akaun penyelenggaraan bagi pembangunan tersebut.
(g) Pada 29 Jun 2017, Pemohon mengeluarkan Notis Rayuan kepada Responden untuk merayu terhadap Notis of Rejection.
Hujahan Pemohon
[7] Notis Usul Permohonan ini berdasarkan kepada s 274 Akta Syarikat 1965 (may apply to court to determine any question arising in the winding up of a company) dan s 279 Akta Syarikat 1965 (appeal against the decision of liquidator).
[8] Alasan penolakan oleh Responden termasuklah:
(i) tuntutan permohonan terhadap akaun Sanjung Utama adalah berdasarkan kontrak antaranya dengan TNB untuk RP mendapatkan bekalan elektrik di premis tersebut daripada pemohon. Responden gagal bayar bil-bil elektrik yang dikeluarkan sejak bulan Oktober 2015 dan Pemohon mengalami kerugian berterusan. Walau bagaimanapun, pemohon berhujah ini adalah jumlah tuntutan akibat kemungkiran perjanjian dan sepatutnya dibuat terhadap akaun Responden. Rujuk reg 3, Licensee Supply Regulations 1990 (recovery of electricity charges) dan kes Empayar Canggih , [2014] 8 MLJ 280 , Pemohon berhujah Responden bertanggungjawab atas kadar penggunaan elektrik premis Responden yang dikenakan oleh Pemohon; dan
(ii) Pemohon berhujah premis yang digunakan oleh Responden adalah dibekalkan
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.