2013 MarsdenLR 2610
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUANTAN
IDRIS ADAM LWN. FELCRA BERHAD & SATU LAGI
[Rayuan Sivil No: 12NCVC(B)-44-5-2012]
The division of liability was deemed appropriate by the court, affirming both parties' roles in the negligence leading to the accident and adjusting damage awards for loss of earnings and caregiving based on accurate evidence.
Headnote:(A) Civil Law - Negligence - Apportionment of liability - The trial judge found the defendant liable for 80% and the plaintiff for 20% - The appellate court upheld this finding as the plaintiff contributed to the accident by not taking reasonable steps to avoid the collision despite being aware of the defendant's actions - The court ruled that the plaintiff's lack of emergency response constituted a contributory negligence (Paras 19, 24).
(B) Quantum of damages - The trial court awarded special damages and general damages including amounts for loss of earnings and medical care - The appellate court adjusted the award for loss of earnings to RM60,000 and for caregiving costs to RM6,000, finding that the trial court erred in the initial assessment (Paras 9, 25, 29).
(C) Injuries assessed - Head injury assessed at RM20,000 as proportionate despite claims for a higher amount; upper cervical injury was adjusted to RM15,000 (Paras 33, 35).
Findings of Court:
The court confirmed that the elements of negligence by the defendant were established, alongside the contributory negligence of the plaintiff.
Issues: Main issues included whether the apportionment of liability was appropriate and whether the compensation awarded reflected the injuries and losses suffered by the plaintiff.
Ratio Decidendi: The court held that the application of negligence laws necessitated a correct interpretation of liability, emphasizing the principles surrounding emergency responses and the burden of proof in claims of injury.
Result: Appeals allowed in part; damages adjusted as outlined above.
| Table of Content |
|---|
| 1. background and liability determination (Para 1 , 1 , 2 , 3 , 4) |
| 2. plaintiff's arguments on liability and damages (Para 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11) |
| 3. defendant's arguments on liability and damages (Para 13 , 15 , 16 , 17 , 18) |
| 4. court's analysis on liability assessment (Para 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24) |
| 5. court's examination of damages and medical evidence (Para 25 , 26 , 27 , 29) |
[1] Perayu/Plaintif merayu terhadap keputusan liabiliti dan kuantum oleh Hakim Sesyen bertarikh 24 Mei 2012. Responden/Defendan juga memfailkan rayuan balas terhadap keputusan yang sama iaitu liabiliti dan kuantum. Hakim Sesyen telah memutuskan Responden bertanggungan cuai 80%. Manakala Perayu cuai sumbang 20% kepada kemalangan tersebut. Hakim Sesyen juga telah memberi penghakimannya atas kuantum seperti berikut;
(i) Gantirugi khas
(a) Gantirugi khas yang dipersetujui sejumlah RM3,398 (rujuk ms 72 Rekod Rayuan)
(b) Kehilangan pendapatan setakat RM4,200.00 sahaja
(c) Kos penjagaan telah tidak dibenarkan.
(ii) Gantirugi Am
(a) 'Head Injury' dan 'memory impairment' - RM20,000.00
(b) 'Upper cervical injury' - RM25,000.00
(c) 'Multiple lacerations' - RM5,000.00
[2] Perayu menyatakan alasan-alasan rayuan adalah seperti di Memorandum Rayuan ms 6-11 Rekod Rayuan dan menyatakan Responden sepatutnya didapati cuai 100% dan bukan 80% kerana kemalangan dikatakan berlaku semasa Responden mengundurkan kenderaannya keluar dari simpang dan tidak mengambilkira akan keterangan dan hujahan pihak Perayu. Awad gantirugi am bagi kecederaan 'Head Injury' dan 'memory impairment' dan 'Upper cervical injury' adalah terlalu rendah. Hakim Sesyen juga dikatakan telah khilaf apabila memberikan awad kehilangan pendapatan yang rendah dan tidak membenarkan kos penjagaan meskipun ada keterangan mengenainya.
[3] Responden di dalam rayuan balasnya menyatakan Hakim Sesyen telah khilaf apabila gagal membuat keputusan secara alternatif apabila terdapatnya dua versi keterangan yang bercanggah, Perayu sepatutnya dipersalahkan 50% kerana telah mengekori kenderaan Responden dengan begitu dekat sekali sehingga gagal mengelakkan kemalangan dari berlaku. Hakim Sesyen juga dikatakan tidak wajar memberi sebarang awad ke atas kecederaan kepala kerana laporan pakar neurologi mengesahkan tiada kecacatan pada Perayu dan Perayu boleh kembali kepada pekerjaan asalnya. Awad RM25,000.00 bagi kecederaan 'Upper Cervical Injury' adalah tinggi yang mana laporan pakar neurologi tidak menyatakan kecederaan Perayu adalah pada tahap yang teruk.
[4] Perayu telah mengemukakan 3 orang saksi pegawai penyiasat (SP1), Perayu (SP2) dan Pekerja kepada Perayu (SP3). Responden mengemukakan seorang saksi iaitu Responden Kedua (SD1). Kemalangan telah berlaku di KM 2 Jalan Pekan-Kuantan di antara motorjip WTF 8095 yang dipandu oleh Responden Kedua (SD1) dengan motosikal CCB 2130 yang ditunggang oleh Perayu. Kedua-duanya dari arah Pekan ke Kuantan (dari arah bawah ke atas menurut lakaran Rajah Kasar di ms 125 Rekod Rayuan). Apabila tiba di tempat kejadian, Responden yang berada di hadapan Perayu telah membelok ke kiri dan dengan cuai dan secara tiba-tiba telah mengundurkan kenderaannya semula dan telah menghalang laluan Perayu yang ingin meneruskan perjalanannya. Jarak di antara motosikal Perayu dengan motorjip Responden semasa Responden mengundurkan motorjipnya adalah 15 kaki. SD1 di dalam keterangannya menyatakan beliau telah memberi isyarat untuk belok ke kiri jalan untuk membelok masuk ke simpang Jalan Istana Mahkota dan tiba-tiba SD1 dapati motosikal Perayu telah melanggar bahagian kiri belakang motorjip SD1.
Hujahan Perayu
Liabiliti
[5] Perayu berhujah bahawa Perayu tidak sewajarnya dibebankan dengan sebarang kecuaian apabila Perayu diletakkan dalam keadaan yang mencemaskan iaitu apabila Responden yang telah memasuki simpang tiba-tiba mengundur semula motorjipnya dan menghalang laluan motosikal Perayu. Kes Govinda Raju & Anor v. Laws, telah dirujuk bagi menyokong hujahan Perayu bahawa apa yang patut dan tidak patut di