MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
WONG KOK KIN & YANG LAIN LWN. KEMENTERIAN DALAM NEGERI & SATU LAGI DAN SATU KES YANG LAIN
[Saman Pemula No: NA-24NCvC-9-01/2023 & Guaman Sivil No: NA-24NCVC-9-01/2023]
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Di dalam kes ini Perayu-Perayu (Pemohon-Pemohon) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 31 Januari 2024 (Lampiran - 30) terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini pada 4 Januari 2024 di mana Mahkamah ini telah memutuskan untuk menolak Saman Pemula Perayu-Perayu (Pemohon-Pemohon) di bawah Lampiran - 1 dengan kos. Selanjutnya, Mahkamah juga telah menetapkan bahawa kos Saman Pemula ini adalah sebanyak RM5,000.00 dan kos tersebut mesti dibayar oleh Perayu-Perayu (Pemohon-Pemohon) kepada Responden-Responden di dalam kes ini tertakluk kepada bayaran fi alokatur.
[2] Oleh itu Notis Rayuan yang difailkan oleh Perayu-Perayu (Pemohon-Pemohon) adalah terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah bertarikh 4 Januari 2024 tersebut.
[3] Seterusnya, bagi tujuan penyediaan Alasan Penghakiman ini, maka selepas ini Mahkamah akan merujuk Perayu-Perayu sebagai Pemohon-Pemohon. Manakala, Responden-Responden pula akan terus sahaja dirujuk sebagai Responden-Responden.
Saman Pemula Pemohon-Pemohon (Lampiran - 1)
[4] Di dalam Lampiran - 1, Pemohon-Pemohon memohon deklarasi kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang di bawah Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan bagi Tan Fook Leong ("Pemohon Ketiga).
[5] Pemohon-Pemohon menuntut terhadap Responden-Responden dan memohon untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:
(a) Deklarasi bahawa Tan Fook Leong adalah seorang warganegara Malaysia melalui operasi undang-undang;
(b) Perintah mandamus yang mengarahkan Responden-Responden, Kementerian Dalam Negeri dan/atau Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian, Malaysia untuk mengeluarkan sijil kelahiran bagi Tan Fook Leong dan mendaftarkan Tan Fook Leong sebagai seorang warganegara Malaysia dalam 14 hari dari tarikh perintah;
(c) Perintah mandamus yang mengarahkan Responden-Responden, Kementerian Dalam Negeri dan/atau Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian, Malaysia untuk mengeluarkan suatu kad pengenalan Malaysia yang sah bagi Tan Fook Leong sebagai warganegara Malaysia dalam 14 hari dari tarikh perintah;
(d) Perintah mandamus yang mengarahkan Responden-Responden, Kementerian Dalam Negeri dan/atau Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian, Malaysia untuk mengeluarkan sijil kewarganegaraan dan/atau apa-apa dokumen yang diperlukan bagi tujuan mengeluarkan suatu kad pengenalan Malaysia dan sijil kelahiran yang sah bagi Tan Fook Leong sebagai warganegara Malaysia dalam 14 hari dari tarikh perintah; dan
(e) Perintah-perintah dan/atau arahan-arahan sedemikian yang selanjutnya yang mungkin diberikan atau dibuat sebagaimana Mahkamah Yang Mulia ini anggap sesuai dan adil dalam hal-hal keadaan kes tersebut.
[6] Saman Pemula Pemohon-Pemohon ini (Lampiran - 1) telah disokong oleh Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Pemohon-Pemohon iaitu Wong Kok Kin, Tan May Lian dan Wong Kok Kin (wakil litigasi kepada Tan Fook Leong) bertarikh pada 31 Oktober 2022 ("Afidavit Sokongan Pemohon-Pemohon") di bawah Lampiran - 2.
Alasan-Alasan Permohonan
[7] Di antara alasan-alasan yang telah disandarkan oleh Pemohon-Pemohon di dalam Afidavit Sokongan mereka (Lampiran - 2) untuk menyokong Saman Pemula ini (Lampiran - 1) adalah seperti berikut:
(a) Pemohon Ketiga adalah seorang warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang menurut Perkara 14(1)(b), Bahagian II, Seksyen 1(a) dan (e), Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama dengan Bahagian III Seksyen 19B Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.
(b) Pemohon Ketiga dilahirkan di Malaysia dan pada masa kelahiran, tidak menjadi warganegara mana-mana negara. Oleh yang demikian, Pemohon Ketiga adalah warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang selaras dengan Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama s 1(e), Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.
Ringkasan Fakta Kes
[8] Pada 16 Ogos 2006, Pemohon Kedua ("P2") telah mengemukakan permohonan pendaftaran kelahiran Pemohon Ketiga ("P3") di JPN. Melalui permohonan ter
CTEB & Anor v. Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Malaysia & Ors
Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian, Malaysia v. Pang Wee See & Anor
Lim Jen Hsian & Anor v. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara & Ors
Than Siew Beng & Anor v. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara & Ors
Ong Boon Hua @ Chin Peng & Anor v. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia
CCH & Anor v. Pendaftar Besar Bagi Kelahiran Dan Kematian, Malaysia
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.