SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 665

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KANGAR
LIM LI LI LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: RA-42S-4-08/2019]



Petitioner Advocates:Asmaniza Abdullah ,Respondent Advocate: Mohd Izham Ali

Mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes pemerdagangan orang melanggar Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Headnote:(A) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 – Seksyen 13 dan 2 – Rayuan terhadap sabitan pemerdagangan orang – Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Perayu, yang didapati bersalah memperdagangkan Ani Maryati bagi tujuan eksploitasi kerja paksa dengan cara kekerasan – Mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang bijaksana, memutuskan hukuman penjara 10 tahun adalah berpatutan. (Paras 10, 12, 63, 69)

Facts of the case: Perayu disabitkan dengan pertuduhan pemerdagangan Ani Maryati yang berumur 25 tahun, seorang warganegara Indonesia, yang mengalami eksploitasi kerja paksa – Perayu dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan pampasan kepada mangsa.

Findings of Court: Kes prima facie telah dibuktikan oleh pendakwaan, termasuk kesaksian mangsa dan dokumen berkaitan.

Issues: Pertuduhan pemerdagangan orang, bukti sah berdasarkan undang-undang, dan kesahan hukuman.

Ratio Decidendi: Pendakwaan menunjukkan bukti perbuatan pemerdagangan orang yang dilakukan oleh Perayu terhadap Ani Maryati, dengan mempertimbangkan sejumlah keterangan yang dikemukakan.

Result: Rayuan ditolak, sabitan dan hukuman dikekalkan, kecuali kos pendakwaan yang diketepikan.

PENGHAKIMAN

Arik Sanusi Yeop Johari PK:

Pendahuluan

[1] Perayu telah memfailkan rayuan ini [Rayuan Jenayah No Kes No: RA-42S-4-08/2019] kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini yang telah mengekalkan sabitan dan hukuman yang telah dikenakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kangar yang bijaksana, iaitu penjara 10 tahun dari 1 Ogos 2019 dan pampasan dibayar kepada mangsa Ani Maryati (SP1) melalui pihak pendakwaan sebanyak RM4,000.00 gagal bayar 6 bulan penjara. Rayuan Perayu terhadap hukuman kos pendakwaan sebanyak RM3,000.00 kalau tidak bayar 6 bulan penjara walau bagaimanapun telah dibenarkan oleh Mahkamah ini dan hukuman tersebut telah diketepikan oleh Mahkamah ini.

[2] Pihak Responden juga ada memfailkan rayuan di Mahkamah ini terhadap hukuman yang dikenakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kangar tersebut [Rayuan Jenayah No Kes No: RA-42H-3-08/2019], namun tidak memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini yang mengekalkan hukuman Hakim Mahkamah Sesyen Kangar yang bijaksana tersebut kecuali berkenaan dengan hukuman kos pendakwaan sebanyak RM3,000.00 kalau tidak bayar 6 bulan penjara, yang telah diketepikan oleh Mahkamah ini.

Latar Belakang

[3] Dalam kes ini, Perayu telah dituduh dengan Pertuduhan pindaan di Mahkamah Sesyen Kangar pada 5 April 2018 seperti yang berikut:

"PERTUDUHAN PINDAAN:

Bahawa kamu di antara hujung bulan November 2017 hingga 5 Februari 2018, di sebuah Rumah beralamat 1 dan 3, Jalan Singgahsana 2, Taman Singgahsana, 02100 Padang Besar, Perlis, di dalam Daerah Padang Besar dalam Negeri Perlis, telah memperdagangkan:

NAMA: ANI MARYATI (P - 25 THN), WARGANEGARA: INDONESIA

bagi maksud eksploitasi kerja paksa dengan cara kekerasan, ancaman dan dengan yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 .

HUKUMAN:

BERTANGGUNGAN KEPADA PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK KURANG DARI 3 TAHUN TETAPI TIDAK MELEBIHI 20 TAHUN, DAN BOLEH JUGA DIDENDA.".

[4] Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] ("Akta ATIPSOM") memperuntukkan seperti yang berikut:

"Kesalahan pemerdagangan orang dengan cara ancaman, kekerasan, dsb.

13. Mana-mana orang, yang memperdagangkan orang yang bukan merupakan seorang kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi, dengan satu atau lebih cara yang berikut:

(a) ancaman;

(b) penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan yang lain;

(c) pemelarian;

(d) fraud;

(e) perdayaan;

(f) penyalahgunaan kuasa;

(g) penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada bahaya perbuatan pemerdagangan orang; atau

(h) pemberian atau penerimaan bayaran atau faedah untuk memperoleh kerelaan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang yang diperdagangkan,

melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun, dan boleh juga didenda.".

[Penekanan Ditambah]

[5] Perayu telah tidak mengaku salah atas Pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kangar.

[6] Seramai sembilan orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan di peringkat kes pendakwaan, iaitu Ani Maryati (SP1), Mohd Nasir bin Md Desa (SP2), Sarah Shazwani binti Shattri (SP3), Lee Kaw Chuan (SP4), Yeoh Paik Eng (SP5), Nurshuhada binti Adnan (SP6), Lim Mei Peng (SP7), Noorazam bin Ahmad (SP8) dan Mohd Syafiq bin Rosli (SP9).

[7] Setelah mempertimbangkan segala keterangan, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap Perayu di akhir kes pendakwaan bagi kesalahan di bawah s 13 Akta ATIPSOM yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama. Oleh itu, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah memerintahkan Perayu untuk membela diri atas Pertuduhan tersebut.

[8] Perayu telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah semasa membela diri dan telah mengemukakan dua orang saksi pembelaan, iaitu Perayu (DW1) dan Lim Li Wah (DW2).

[9


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top