MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG
PENDAKWA RAYA LWN. VIKNESWARAN VEERAN & YANG LAIN
PENGHAKIMAN
[1] Ini adalah rayuan oleh Pendakwaraya yang tidak berpuas hati atas perintah pelepasan dan pembebasan di akhir kes pendakwaan pada 9 Oktober 2020 bagi kesalahan yang boleh dihukum dibawah s 506 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan s 34.
1. Latar Belakang
[2] Pengadu (SP1) Inspektor Syahir bin Mohamad bertugas di IPD Kuala Selangor pada waktu kejadian. Pada 26 Ogos 2017 jam lebih kurang 8.30 malam, semasa SP1 dan isterinya iaitu SP3 - Saidatul Akhmal binti Khairuddin dan 2 anak mereka dalam perjalanan balik dari Tesco, Kuala Selangor ke rumah melalui Jalan Batu 2 telah bergesel dengan kereta yang dipandu oleh Saras Kumar (OKT 2).
[3] Ekoran dari pergeseran tersebut, OKT 2 telah menelefon dan memanggil Vikneswaran a/l Veeran (OKT 1) dan Patmanathan a/l Thilandarah (OKT 3). OKT 3 kemudiannya telah mengeluarkan kata-kata "bodoh la tarak lesen kah, mau mati kah" kepada SP1. Dimasa yang sama OKT 1 dan 3 telah meletakkan motosikal masing-masing dihadapan dan belakang kereta SP1.
[4] SP1 mengatakan kata-kata yang diucapkan oleh OKT 3 merupakan kata-kata ugutan yang mendatangkan ketakutan serta perbuatan kedua-dua OKT 1 dan 3 menghalang laluannya dan beliau telah
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.