2022 MarsdenLR 53
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
HONG LEONG BANK BERHAD LWN. DAVID CHUA KOK TEE & SATU LAGI
[Guaman No: WA-22NCC-300-07/2020]
Akta Covid-19 melindungi pihak daripada tindakan undang-undang berkaitan ketidakupayaan memenuhi obligasi kontrak semasa tempoh perlindungan.
Headnote:(A) Aturan 14 dan 18 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 - Permohonan Pembatalan Writ dan Pernyataan Tuntutan - Plaintif memfailkan permohonan untuk mendapatkan semula kemudahan pinjaman dari Defendan Pertama dan penjaminan dari Defendan Kedua - Mahkamah membenarkan Permohonan Pembatalan berdasarkan ketidakupayaan untuk memenuhi obligasi kontraktual di bawah Akta Covid-19. (Paras 1-63)
(B) Ketidakupayaan untuk Melaksanakan Obligasi Kontraktual - Akta Covid-19 menganggap ketidakupayaan untuk melaksanakan kewajipan kontraktual yang timbul daripada langkah-langkah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit tidak membolehkan pihak lain menjalankan hak-hak di bawah kontrak. (Paras 18, 19, 60)
Facts of the case: Plaintif memfailkan writ pada July 2020 untuk menuntut semula kemudahan pinjaman yang diberikan kepada Defendan Pertama, disokong oleh Defendan Kedua sebagai penjamin, namun Defendan memohon untuk membatalkan writ dan pernyataan tuntutan berhubung dengan Akta Covid-19. (Paras 1-11)
Findings of Court: Mahkamah membenarkan permohonan pembatalan dan membatalkan writ, kerana ketidakupayaan memenuhi obligasi di bawah Akta Covid-19. (Paras 61, 63)
Issues: Adakah kemudahan pinjaman termasuk dalam kategori kontrak di bawah Akta Covid-19 dan implikasi tindakan terhadap Defendan? (Paras 16-17)
Ratio Decidendi: Mahkamah berpendapat ketidakupayaan untuk memenuhi obligasi adalah disebabkan oleh perlaksanaan langkah-langkah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, sehingga pembatalan adalah sah di bawah Akta Covid-19. (Paras 60-62)
Result: Permohonan Pembatalan dibenarkan.
PENGHAKIMAN
[1] Guaman ini difailkan oleh Plaintif dalam bulan Julai 2020 bagi maksud mendapatkan semula beberapa kemudahan pinjaman yang telah diberikan oleh Plaintif kepada peminjam iaitu Defendan Pertama ("D 1"). Manakala tindakan terhadap Defendan Kedua ("D 2") pula adalah atas kapisiti D 2 sebagai penjamin kepada pinjaman yang telah diberikan oleh Plaintif kepada D 1.
[2] Plaintif memfailkan permohonan lampiran 6 pada 29 Julai 2020 untuk memasukkan penghakiman terus terhadap D1 dan D 2 di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ("KKM 2012") ("Permohonan Penghakiman Terus").
[3] Pada 29 September 2020, D 1 dan D 2 kemudiannya memfailkan notis permohonan lampiran 24 untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan menurut Aturan 18 kaedah 19(1)(a), (b) dan (d) KKM 2012 ("Permohonan Pembatalan").
[4] Pendengaran Permohonan Penghakiman Terus ditangguhkan untuk Mahkamah mendengar Permohonan Pembatalan.
[5] Selepas meneliti pliding dan hujah kedua-dua pihak Mahkamah membenarkan Permohonan Pembatalan. Akibat daripada pembatalan Writ dan Pernyataan Tuntutan, maka ini diikuti dengan pembatalan Permohonan Penghakiman Terus.
Ringkasan Fakta Kes
[6] Plaintif telah menawarkan dan D 1 telah menerima kemudahan pinjaman berikut-
[6.1] kemudahan overdraf berjumlah RM800,000.00 ("Kemudahan OD 1"):
[6.1.1] mengikut terma dan syarat terkandung dalam surat bertarikh 13 Oktober 2000 ("Surat Tawaran 1");
[6.1.2] sekuriti bagi Kemudahan OD 1 adalah melalui gadaian pertama pihak ketiga ke atas sebidang tanah di bawah pegangan CT No 3162 Lot 37 dan 64, Mukim dan Daerah Bentong, Pahang Darul Makmur ("Hartanah") yang dimiliki oleh syarikat yang dikenali sebagai Allswell Corporation Sdn Bhd ("Allswell"). Gadaian pertama ini telah didaftarkan pada 13 November 2000 di bawah No perserahan 8048/2000; dan
[6.1.3] lanjutan daripada Kemudahan OD 1 tersebut, D 1 telah telah menandatangani Perjanjian Fasiliti bertarikh 3 November 2000 ("Perjanjian Fasiliti 1").
[6.2] kemudahan overdraf tambahan berjumlah RM500,000.00 ("Kemudahan OD 2"):
[6.2.1] mengikut terma dan syarat terkandung dalam surat bertarikh 23 Jun 2001 ("Surat Tawaran II");
[6.2.2] sekuriti bagi Kemudahan OD 2 adalah melalui gadaian kedua pihak ketiga ke atas Hartanah tersebut. Gadaian kedua telah
didaftarkan pada 19 Julai 2001 di bawah nombor perserahan 5942/2001; dan
[6.2.3] lanjutan daripada Kemudahan OD 2 tersebut, D 1 telah telah menandatangani Perjanjian Fasiliti bertarikh 11 Julai 2001 ("Perjanjian Fasiliti 2").
[7] Kemudahan OD 1 dan Kemudahan OD 2 (kedua-duanya dirujuk bersama-sama sebagai "Kemudahan-Kemudahan OD") telah melalui beberapa semakan semula. Ini termasuklah syarat yang dikenakan oleh Plaintif supaya D 2 melaksanakan jaminan bagi jumlah prinsipal sebanyak RM1,250,000.00 berserta faedah.
[8] D 2 kemudiannya menandatangani suatu jaminan bertarikh 5 Disember 2017 bagi jumlah prinsipal sebanyak RM1,250,000.00 ("Jaminan").
[9] Kemudahan-Kemudahan OD tersebut telahpun digunakan oleh D 1. Walau bagaimanapun D 1 telah melakukan kemungkiran apabila menggunakan Kemudahan-Kemudahan OD tersebut melebihi had penggunaan semasa sebanyak RM65,060.38.
[10] Walaupun surat tuntutan bertarikh 4 Mac 2020 telah dihantar kepada D1 dan D 2 menuntut dibayar amaun yang digunakan yang melebihi had tersebut, kedua-dua Defendan gagal berbuat demikian. Melalui surat bertarikh 5 Jun 2020 Plaintif membatalkan Kemudahan-Kemudahan OD tersebut dan menuntut daripada D1 sebagai peminjam dan D2 sebagai penjamin, antara lain, jumlah keseluruhan yang terhutang sebanyak RM1,342,494.14 setakat 4 Jun 2020 bersama faedah seterusnya ke atas jumlah RM1,342,494.14 pada kadar 5.76% (termasuk faedah ingkar pada kadar 1.00%) setahun di atas Kadar Asas (Base Rate).
[11] Oleh itu dalam bulan Julai 2020 Plaintif telah memfailkan writ saman terhadap D 1 dan D 2 menuntut, antara lain, amaun yang terhutang tersebut.
Permohonan Pembatalan
Hujah Defendan-Defendan
[12] Alasan utama D 1 dan D 2 memohon supaya Writ dan Pernyataan Tuntutan Pla