SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2020 MarsdenLR 2158

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
MOHAMAD SHARIL ABDUL KARIM LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: JA-42H-19-08/2019]



Petitioner Advocates:Subash Ramasamy ,Respondent Advocate: Faizal@Amrin Noor Hadi

Court allows appeal and modifies prison sentence to run concurrently, emphasizing rehabilitation over consecutive sentences.

Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 – Seksyen 15(1)(a), 39C(1)(b) – Penjara 5 tahun kerana tindakan memasukkan Methamphetamine dalam badan sendiri – Mahkamah membenarkan rayuan dan memutuskan hukuman penjara 5 tahun berjalan secara serentak dengan hukuman pendahulu. (Paras 4, 20, 22)

(B)

Prinsip Penjagaan Keselamatan Awam – Mahkamah mengakui bahawa kepentingan awam dipertahankan jika penjenayah diberi peluang untuk rehabilitasi. (Paras 20, 43)

(C)

Rayuan dan Penyemakan Keputusan – Mahkamah membenarkan rayuan berdasarkan kegagalan mahkamah rendah untuk mempertimbangkan kesan berat hukuman penjara berturut-turut. (Paras 20, 22) Fact of the case: Perayu dituduh atas kesalahan memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan sebelum ini mempunyai sabitan lalu. (Paras 1, 6, 8)

Findings of Court:

Mahkamah merasakan hukuman penjara selama 10 tahun adalah berlebihan dan memberi kesan buruk kepada pemulihan Perayu. (Paras 20, 22)

Issues

: Perbezaan dalam sabitan sebelumnya dan kesan berat hukuman berturut-turut ke atas pemulihan Perayu.

Ratio Decidendi:

Mahkamah menyatakan bahwa perlu ada pertimbangan yang tepat terhadap prinsip penjara serentak vs berturut-turut dan kepentingan rehabilitasi penjenayah. (Paras 22)

Result:

Rayuan dibenarkan.

PENGHAKIMAN

Abu Bakar Katar H:

Pengenalan

[1] Perayu telah dituduh di Mahkamah Sesyen (Jenayah 2), Johor Bahru, Johor Darul Takzim atas pertuduhan pindaan yang berbunyi seperti berikut:

"Bahawa kamu pada 19 Mac 2017 jam lebih kurang 1830 hrs bertempat di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Selatan dalam negeri Johor Darul Takzim telah memasukkan dadah berbahaya jenis Methamphetamine ke dalam badan kamu sendiri kamu juga mempunyai tiga (3) sabitan terdahulu di bawah s 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu di Mahkamah Majistret Jenayah 1, Johor Bahru pada bulan November 2016 dan 6 Februari 2017 masing- masing. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah s 39C(1)(b) Akta yang sama."

[2] Perayu mengaku bersalah di hadapan Tuan Hakim, Mahkamah Sesyen (Jenayah 2), Johor Bahru, Johor Darul Takzim [Tuan HMS itu]. Tuan HMS itu telah menjatuhkan hukuman ke atas Perayu iaitu penjara 5 tahun mulai tarikh tangkap dan 1 sebatan rotan. Hukuman penjara berjalan secara berturutan dengan hukuman Kes Tangkap No: 62D-94-05/2018.

[3] Perayu yang terkilan dengan dengan keputusan Tuan HMS itu memfailkan notis rayuan atas hukuman.

[4] Rayuan Perayu telah didengar oleh Mahkamah ini dan di akhir pendengaran, Mahkamah ini membenarkan rayuan Perayu. Mahkamah ini mengakaskan keputusan Tuan HMS itu yang memerintahkan hukuman penjara 5 tahun berjalan secara berturutan dan mengantikan dengan hukuman penjara 5 tahun mulai tarikh tangkap dan berjalan secara serentak dengan hukuman dalam Kes Tangkap No: 62D-94-05/2018.

[5] Timbalan Pendakwa Raya [TPR] yang terkilan dengan keputusan Mahkamah ini telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan, Malaysia. Rayuan ini telah didaftarkan sebagai Mahkamah Rayuan, Malaysia Rayuan Jenayah No: J-09(H)-171-08/2020.

Fakta Kes Untuk Pendakwaan

[6] Secara ringkasnya kes pendakwaan seperti berikut: Pada 19 Mac 2017 jam lebih kurang 6.30 petang, D/Kpl Mohamad Bin Suleiman bersama Sarjan Mat bin Jani dan anggota polis dari Bahagaian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Daerah Johor Bahru Selatan telah melakukan saringan awal air kencing Perayu. Hasil ujian saringan awal ini mendapati air kencing Perayu mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine. Kemudiannya Perayu telah ditangkap dan sampel air kencing Perayu telah diambil sebagaimana Botol (Rujukan SN 1580306).

[7] Pada 21 Mac 2017 jam lebih kurang 10.00 pagi Sarjan Herry Wong Jusra telah membawa sampel air kencing ke Makmal Dadah, Jabatan Patologi, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Pada 15 Jun 2017 Noor Hayati A Kadir, Pegawai Sains [C52] telah mengesahkan sampel air kencing Perayu mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine [Eksibit P5].

[8] Hasil siasatan turut mengesahkan Perayu mempunyai tiga sabitan lampau kesalahan dibawah s 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta itu]. Pendakwaan mengemukakan laporan Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia [Eksibit P6]. Kesalahan Perayu ini sebagaimana Kes Tangkap No: 62D-94-05/2018, Kes Tangkap No: 83D-1139-04/2016 dan Kes Tangkap No: 83D-2950-09/2016 bagi maksud kesalahan s 39C(1)(b) Akta itu.

Merit Rayuan Perayu

[9] Sebelum Mahkamah ini menimbangkan rayuan oleh Perayu, eloklah dijenguk kembali nas-nas duluan yang memberikan garis panduan bagi Mahkamah ini menimbangkan rayuan daripada Mahkamah Rendah.

[10] Mahkamah ini merujuk kes tersohor Abu Bakar Alif v. R , di mana Spenser Wilkinson J dalam bahasa asalnya menzahirkan pandangannya seperti berikut:

"In the case of Rex v. Ball 35 Cr App R 164 the Court of Criminal Appeal restated the principles which should guide an Appellate Court in considering the sentence passed by the Court below. "In the first place", the judgment reads, "this Court does not alter a sentence which is the subject of an appeal merely because the members of the Court might have passed a different sentence. The trial Judge has seen the prisoner and heard his history and any witnesses to character he may have chosen to call.


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top