MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
TEOH LEONG CHOO LWN. PEMUNGUT DUTI SETEM
[Rayuan Sivil No: KA-14-1-01/2021]
ALASAN PENGHAKIMAN
Latar Belakang
[1] Teoh Leong Choo ("perayu") telah memfailkan rayuan ke mahkamah ini terhadap keputusan responden yang telah menetapkan jumlah duti setem yang perlu dibayar oleh perayu ke atas Memorandum Pindahmilik (Borang 14A) bertarikh 5 Januari 2021 bagi pindah milik sebahagian (1/3) tanah yang terkandung di bawah GM843, Lot 2914, Mukim Temin, Daerah Kubang Pasu, Negeri Kedah ("hartanah tersebut") kepada perayu.
[2] Setelah mendengar hujahan peguam perayu dan peguam responden, mahkamah ini telah memutuskan responden telah terkhilaf dalam mengenakan taksiran duti setem ke atas pindah milik hartanah tersebut dan duti setem yang ditaksir oleh responden hendaklah di bawah item 32(i) Jadual Pertama Akta Setem 1949 dan dikenakan duti tetap sebanyak RM10.00 sahaja.
[3] Seterusnya rayuan perayu telah dibenarkan oleh mahkamah ini tanpa perintah terhadap kos. Lebihan duti setem yang telah dibayar oleh perayu kepada responden hendaklah dikembalikan oleh responden kepada perayu. Terkhilan dengan keputusan mahkamah ini, responden telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
Ringkasan Fakta Kes
[4] Perayu ialah salah seorang anak Mah Yok Lan (simati) yang telah meninggal dunia tanpa wasiat pada 15 Januari 2019. Simati meninggalkan dua (2) orang anak (benefisiari) iaitu perayu dan Teoh Min Choo (kakak perayu).
[5] Atas permohonan No KA-31NCvC-108-08/2019 di mahkamah ini, perayu telah dilantik sebagai pentadbir harta pusaka simati menurut pemberian surat mentadbir harta pusaka simati bertarikh 8 Oktober 2020 yang diberikan oleh mahkamah ini.
[6] Seterusnya atas permohonan melalui Saman Pemula No KA-24NCvC-869-11/2020, suatu perintah telah diberikan oleh mahkamah ini pada 2 Disember 2020 di mana perayu selaku pentadbir harta pusaka simati diberi kuasa dan dibenarkan untuk memindahmilik kesemua harta pusaka simati kepada perayu sahaja dan kakak perayu dibenarkan untuk menolak segala hak dan hakmiliknya ke atas kesemua harta pusaka simati dan memberikan hak dan hakmiliknya tersebut kepada perayu.
[7] Kakak perayu dalam afidavit penolakannya yang diikrarkan pada 22 November 2020 mengesahkan beliau menolak segala hak dan hakmiliknya terhadap kesemua harta pusaka simati dan dengan rela hati memberikan segala hak dan hakmiliknya terhadap kesemua harta pusaka simati kepada perayu (adiknya) tanpa sebarang balasan. Kakak perayu juga mengesahkan dengan penolakan tersebut, segala hak, hakmilik dan kepentingannya ke atas harta pusaka simati adalah terhapus. Penolakan tersebut dibuat secara rela hati dan tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
[8] Berdasarkan surat mentadbir harta pusaka si mati bertarikh 8 Oktober 2020 dan perintah mahkamah bertarikh 2 Disember 2020 tersebut, perayu telah mengemukakan Memorandum Pindahmilik (Borang 14A) bertarikh 5 Januari 2021 kepada responden untuk pengenaan (adjudikasi) duti setem bagi penurunmilikan dan pemindahanmilik hartanah tersebut kepada perayu.
[9] Responden telah mengeluarkan Notis Taksiran Pindah Milik Harta Tanah (Peremitan) di bawah s 36 Akta Setem 1949 bertarikh 18 Januari 2021 kepada peguam perayu. Responden memutuskan duti ad valorem dan duti tetap sebanyak RM39,990.00 diremitkan dan perayu kena membayar baki duti sebanyak RM40,010.00 kepada responden.
[10] Perayu yang tidak berpuas hati dengan notis taksiran dan jumlah duti setem yang kena dibayar oleh perayu telah mengemukakan surat bantahan (rayuan) bertarikh 19 Januari 2021 kepada responden.
[11] Responden telah mengeluarkan Notis Taksiran Pindah Milik Harta Tanah (duti kekal selepas rayuan) bertarikh 21 Januari 2021 kepada perayu dengan menolak rayuan perayu dan mengekalkan pengiraan taksiran duti setem yang dikenakan oleh responden.
[12] Responden memaklumkan perayu dengan penolakan rayuan perayu, notis taksiran bertarikh 18 Januari 2021 adalah kekal dan berkuatkuasa. Berikutan dengan keputusan responden, perayu telah membayar sepenuhnya duti setem yang dikenakan oleh responden pada 27 Januari 2021.
[13]
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.