2020 MarsdenLR 2046
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
CHAMPION USED CAR CENTRE LWN. KERAJAAN MALAYSIA & YANG LAIN (KAND 7)
[Guaman Sivil No: WA-24NCVC-1949-09/2019]
Substantial disputes of fact should be adjudicated through full trial rather than Originating Summons, as established by court rules.
Headnote:(A) Rules of Court 2012 – Order 18 Rule 19 – Cancellation of Originating Summons – Respondents' application to cancel the Originating Summons filed by the Applicant was allowed due to the lack of reasonable cause of action and misuse of court process – Court emphasizes that substantial disputes of fact should not be resolved by summary procedure – Applicant's failure to demonstrate authority during the police’s seizure of a vehicle involved in an alleged fraud case was highlighted. (Paras 15, 22, 30)
(B)
Police Powers and Statutory Authority – Police acted within statutory powers when seizing the vehicle during the ongoing investigation, as stipulated under sections of Criminal Procedure Code and Police Act. (Paras 17, 19)
(C)
Jurisdiction – The court lacked authority to grant declarations challenging public authority actions without proper judicial review under Order 53. (Paras 26, 27)
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Ini adalah permohonan yang difailkan oleh Responden-Responden untuk membatalkan Saman Pemula yang difailkan oleh Pemohon di bawah Aturan 18 k 19(1)(a), (b) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012).
[2] Setelah membaca permohonan, afidavit-afidavit dan hujahan bertulis yang difailkan oleh kedua-dua belah pihak, saya telah memutuskan bahawa permohonan Kandungan 7 dibenarkan dengan kos sebanyak RM2000.00. Pada 23 September 2020, Pemohon telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan saya. Maka ini adalah alasan penuh penghakiman saya.
Latar Belakang
[3] Plaintif menjalankan perniagaan mengedar kenderaan terpakai di bawah nama dan gaya Champion Used Car Centre di Petaling Jaya.
[4] Responden Pertama adalah Kerajaan Persekutuan, Responden Kedua adalah Ketua Polis Daerah Sentul, Responden Ketiga adalah wakil yang berkhidmat dengan Kejaraan Malaysia iaitu Responden Pertama dan Responden Keempat adalah Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan.
[5] Pada sekitar bulan Disember 2018, seorang perempuan berbangsa India bernama Kalai Vaani a/p Kunalan telah menelefon kedai Pemohon dan menyatakan beliau ingin menjual sebuah kereta Honda Jazz 1.5 kepada Pemohon.
[6] Sebelum Pemohon membeli kenderaan tersebut, Pemohon telah membuat semakan status di laman web MyEG Services Berhad dan mendapati bahawa Kalai Vaani adalah pemilik berdaftar kenderaan tersebut.
[7] Setelah membuat pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan tersebut, Pemohon membeli kenderaan tersebut dengan harga jualan sebanyak RM45,000.00 dan Pemohon telah membayar jumlah tersebut melalui instant transfer dari akaun Public Bank Berhad.
[8] Pemohon telah memperolehi dokumen-dokumen dari Kalai Vaani untuk menyempurnakan jual beli kenderaan tersebut. Pada 22 Disember 2018, Kalai Vaani a/p Kunalan telah menjual kenderaan tersebut kepada Pemohon. Pemohon telah menukar milik kenderaan tersebut ke atas nama Pemohon melalui laman web My EG Services Berhad.
[9] Pada 31 Disember 2018, Responden Ketiga telah datang ke premis Pemohon dan menyatakan bahawa kenderaan tersebut telah terlibat dengan satu kes lain yang sedang disiasat oleh pihak polis dan kemudiannya menyita kenderaan tersebut untuk membantu siasatan. Pemohon juga telah membuat laporan polis berkenaan dengan hal ini. Kenderaan tersebut masih berada dengan pihak polis dan sehingga kini Pemohon tidak menerima apa-apa makluman dari Responden Kedua atau Ketiga.
[10] Pada 8 Januari 2019, Pemohon telah menjalankan carian terhadap status pendaftaran di Jabatan Responden Keempat dan mendapati bahawa kenderaan tersebut telah didaftarkan ke atas nama Pemohon dan kenderaan tersebut tidak disenaraihitamkan oleh pihak Responden- Responden.
[11] Pemohon menyatakan bahawa, Pemohon membeli kenderaan tersebut dengan niat untuk menjual semula untuk mendapatkan keuntungan. Pemohon mendapati bahawa kenderaan tersebut telah diletakkan di tempat terbuka dan didedahkan kepada cuaca hujan dan panas yang menyebabkan keadaan kenderaan tersebut semakin merosot harga. Pemohon menyatakan bahawa, kenderaan tersebut tidak lagi sesuai untuk dijual semula.
[12] Pemohon memohon Mahkamah untuk mengarahkan Responden Pertama untuk membayar kepada Pemohon jumlah sebanyak RM45,000.00 yang merupakan harga belian kenderaan tersebut memandangkan penyitaan kenderaan tersebut tidak mengikut - undang-undang.
[13] Pemohon telah mengalami kerugian dan kesusahan sejak kenderaan disita. Dengan itu, Pemohon telah memfailkan Saman Pemula untuk beberapa perintah deklarasi dan ganti rugi daripada Responden Pertama.
[14] Responden-Responden kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan Saman Pemula tersebut atas alasan;
i. Ia mengaibkan, remeh, menyusahkan dan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah;
ii. Tindakan Pemohon memfailkan Saman Pemula terhadap Responden-Responden untuk kausa tindakan kecuaian dan perlanggaran kewajipan statutori yang mana melibatkan satu fakta yang substansial dan seharusnya dibatalkan kerana ianya difailkan dalam mod yang salah d