2021 MarsdenLR 4227
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KOTA BHARU
MAHANI DESA & YANG LAIN LWN. TENAGA NASIONAL BERHAD
[Guaman Sivil No: DA-22NCVC-42-08-2020]
Defendant demonstrated triable issues related to alleged trespass, the validity of notifications under the Electricity Act, and public interest in maintaining electricity supply, precluding summary judgment.
Headnote:(A) Electricity Supply (Successor Company) Act 1990 (Act 448) – Electricity Act 1949 (Act 116) – Court denied the plaintiff's application for summary judgment under Order 14 KKM 2012, determining that the defendant raised triable issues regarding alleged trespass and compliance with legal notification requirements, establishing that defendant had prima facie rights and conducting activities on plaintiff's land without objection. (Paras 5, 10, 11, 12, 20, 42)
(B) Court highlighted principles surrounding waiver and acquiescence, stating that silence over an extended period could imply consent to ongoing actions. (Paras 13, 26)
(C) Public interest was emphasized; disruption of electricity supply due to plaintiff's request would adversely affect the community. (Paras 38, 41)
(D) Appeals and statutory notifications discussed regarding assessment under relevant laws for land use and compensation. (Paras 16, 18, 58)
Pendahuluan
[1] Ini adalah merupakan permohonan melalui satu Notis Permohonan di Kandungan 8 oleh Plaintif di bawah A 14 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 ("KKM 2012") untuk mendapatkan satu penghakiman terus terhadap Defendan.
Fakta Kes
[2] Fakta asas yang relevan di peringkat ini bolehlah diringkaskan seperti berikut:
(a) Plaintif-plaintif pada masa yang material adalah merupakan pemilik berdaftar bagi tanah di Lot No 1366, Mukim Gelam, Kpg Kubang Batu, Jajahan Pasir Mas, Kelantan ("tanah tersebut") yang keseluruhannya berukuran 0.4998 hektar;
(b) Pemilikan berdaftar Plaintif-plaintif ke atas tanah tersebut adalah bermula pada 1 Oktober 2019. Sebelum tarikh tersebut, pemilik berdaftar yang material adalah Mat Ali bin Majid sebelum diperturunkan kepada Saudah binti Mat Ali dan diperturunkan kepada Plaintif-plaintif selepas kematian Saudah binti Mat Ali yang merupakan ibu kepada Plaintif- plaintif;
(c) Defendan adalah merupakan sebuah syarikat yang mana sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara ("LLN") di mana pada 1 September 1990 melalui Electricity Supply (Successor Company) Act 1990 (Akta 448), segala aset, hak dan liabiliti LLN telah diletakhak ke atas Defendan. Ia dilaksanakan melalui "Transfer Date Order 1990" yang telah dibuat pada 30 Ogos 1990 oleh Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada ketika itu di bawah s 3(1) Akta 448;
(d) Dalam pertengahan tahun 1970an, LLN telah membina Talian Penghantaran Elektrik 33kV dari Stesen Janakuasa Lemal ke Tanah Merah dengan Tee-Off ke Tok Uban (" projek Talian Penghantaran Elektrik 33kV tersebut") di mana jajarannya telah melalui tanah tersebut; dan
(e) Di dalam pembinaan Talian Penghantaran Elektrik 33kV tersebut, telah terbina pencawang/tiang bekalan elektrik di atas tanah tersebut ("pembinaan tersebut") dan sejak itu, Defendan telah secara berkala memasuki tanah tersebut bagi maksud menyelenggara pencawang/tiang tersebut.
[3] Tuntutan Plaintif kini ke atas Defendan adalah berkaitan dakwaan pencerobohan oleh Defendan di atas alasan Defendan tidak membuat pengambilan yang sah atau memohon izin lalu yang sah bagi pembinaan tersebut. Plaintif-plaintif menegaskan bahawa Plaintif-plaintif maupun pemilik berdaftar sebelum ini tidak pernah memberi sebarang kebenaran kepada Defendan. Dengan kata lain, Plaintif-plaintif mendakwa telah wujud pencerobohan oleh Defendan ke atas tanah tersebut secara berterusan sejak projek Talian Penghantaran Elektrik 33kV tersebut.
[4] Defendan sebaliknya menegaskan bahawa proses untuk mendapatkan hak izin lalu bagi tanah tersebut telah memenuhi keperluan perundangan di bawah Akta Letrik 1949 (Akta 116) dan tidak berlaku sebarang pencerobohan. Ini adalah pembelaan utama Defendan ke atas tuntutan Plaintif-plaintif ini.
Prinsip Undang-undang berkaitan Aturan 14 KKM
[5] Aturan 14 KKM 2012 adalah asas kepada permohonan penghakiman terus dan prinsip berkaitan dengannya telah digariskan di dalam kes National Company for Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn Bhd , [1994] 2 MLJ 300 sebagaimana berikut:
"... We think it appropriate to remind ourselves once again that in every application under O 14, the first considerations are (a) whether the case comes within the order and (b) whether the plaintiff has satisfied the preliminary requirements for proceeding under O 14. For the purposes of an application under O 14, the preliminary requirements:
i. the defendant must have entered an appearance;
ii. the statement of claim must have been served on the Defendant;
iii. the affidavit in support of the application must comply with the requirements of r 2 of the O 14.
... If the Plaintiff fails to satisfy either of these considerations, the summons may be dismissed. If however, these considerations are satisfied, the plaintiff will have established a prima facie case and he becomes entitled to judgment. This burden then shifts to the defendant to satisfy the court why judgment should not be given against him...".
[6] Tugas serta tanggungjawab mahkamah di dalam