MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
SUN HAOTIAN LWN. SUPERINTENDAN SARAVANAN KANNIAPPAN PENOLONG PENGARAH INTERPOL POLIS DIRAJA MALAYSIA....
[Permohonan Semakan Kehakiman No: BA-25-63-09/2022]
| Table of Content |
|---|
| 1. judicial review application facts (Para 1 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14) |
| 2. relief sought by the applicant (Para 2 , 15) |
| 3. principles of judicial review (Para 16 , 17) |
| 4. legitimacy of applicant's detention (Para 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26) |
| 5. applicability of the extradition act (Para 27 , 28 , 29 , 30) |
| 6. procedural validity of detention and removal orders (Para 31 , 32 , 33 , 34 , 35 , 36) |
| 7. burden of proof on the applicant (Para 37 , 38 , 39 , 40 , 41 , 42) |
[1] Ini adalah satu permohonan semakan kehakiman oleh pemohon, Sun Haotian terhadap keputusan responden-responden untuk menahan pemohon dengan tujuan pengusiran dari Malaysia.
Relif Yang Dipohon
[2] Dalam permohonan semakan kehakiman ini, pemohon telah memohon relif seperti berikut:
"(a) Perintah mandamus terhadap responden kedua dan ketiga untuk membebaskan pemohon daripada tahanan.
(b) Perintah mandamus terhadap responden kedua dan ketiga untuk membebaskan pemohon dan tidak menyerahkan pemohon kepada pihak imigresen ataupun penguatkuasa negara asing dengan tujuan pengusiran.
(c) Satu perintah penggantungan segala prosiding pengusiran terhadap responden 1, 2, 3, 4 dan 5 sehingga permohonan pihak pemohon di bawah Aturan 53 Kaedah 3(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 didengar dan dilupuskan oleh mahkamah yang Mulia ini.
(d) Kos permohonan ini.
(e) Perintah lain dan relif selanjutnya yang difikirkan sesuai dan adil oleh mahkamah yang Mulia ini diberi atau dibuat."
[3] Berhubung perintah penggantungan yang dipohon di perenggan (c) tersebut, mahkamah ini telah pada 5 September 2022 membenarkan perintah penggantungan sementara sehingga permohonan pemohon untuk semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 didengar dan dilupuskan.
Fakta Kes
[4] Fakta kes diperolehi daripada affidavit dan hujahan bertulis yang telah difailkan oleh pihak-pihak.
[5] Pemohon merupakan seorang warganegara People's Republic of China ("PRC") yang, telah memohon dan telah mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia bagi Social Visit Pass ("PLS") menerusi program Malaysia My Second Home ("MM2H") pada 26 Jun 2019. Pemohon telah menetap di Malaysia sejak tahun 2019 dan telah membayar wang deposit sebanyak RM 300,000.00 sebagaimana yang telah disyaratkan oleh Kerajaan Malaysia untuk Visa Malaysia My Second Home.
[6] Responden pertama telah menerima maklumat daripada Exit-Entry Administration Bureau of Weihai Municipal Public Security Bureau, bahawa Passport People's Republic of China pemohon bernombor EB3535664 telah pun dibatalkan oleh Kedutaan China melalui surat bertarikh 2 Mac 2023.
[7] Bertindak di atas maklumat yang diterima tersebut, responden pertama telah mengarahkan Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah KL International Airport untuk menahan pemohon di hadapan pintu pelepasan KLIA 2.
[8] Pada 23 Ogos 2022, pemohon telah ditangkap di bawah s 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 ("Akta 155") dan ditahan selama 14 hari mulai 23 Ogos 2022 di Lokap Balai Polis Aeropolis menurut peruntukan s 35 Akta 155.
[9] Selanjutnya pada 1 September 2022, pemohon telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.
[10] Satu Notice of Cancellation of Pass menurut s 9(3) Akta 155 telah dikeluarkan pada 8 September 2022 kepada pemohon yang memegang PLS MM2H dan pasport nombor EB3535664. Notis ini telah diakui terima oleh pemohon pada 20 September 2022.
[11] Pada 20 September 2022, satu Order of Removal menurut s 56(2) Akta 155 telah dikemukakan dan diserahkan kepada pemohon.
[12] Pada 20 September 2022 juga satu Order of Detention menurut s 34(1) Akta 155 dan peraturan 32 Peraturan-peraturan Imigresen 1963 telah dikemukakan dan diserahkan kepada pemohon.
[13] Perintah-perintah penahanan di bawah s 51(5)(b) Akta 155 telah diperolehi sehingga 20 Januari 2023.
[14] Tidak berpuashati dengan penahanan yang dibuat tersebut, pemohon telah memfailkan prosiding semakan kehakiman ini.
Alasan Untuk Semakan Kehakiman
[15] Pemoh
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.