MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
WONG CHEE WEI LWN. ASP ALI AHMAD & YANG LAIN
[Permohonan Jenayah No: JA-44-51-05-2021]
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Ini merupakan satu permohonan Writ Of Habeas Corpus oleh Pemohon yang ditahan reman selama 38 hari di bawah s 4(2) Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta itu] mulai 14 April 2021 hingga 21 Mei 2021 [Perintah Reman tersebut].
[2] Pemohon memfailkan permohonan ini berdasarkan Responden Kedua gagal mematuhi prosedur reman s 4 Akta itu yang diputuskan dalam kes Zaidi Bin Kanapiah v. ASP Khairul Fairoz bin Redzuan and other cases , 2021 MarsdenLR 664 dan kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh Pemohon tidak termasuk dalam Kesalahan Berdaftar, Akta itu.
[3] Responden-Responden sebagaimana kelazimannya membantah permohonan Pemohon untuk Habeas Corpus. Responden-Responden berpendirian Perintah Reman tersebut sah dan kesalahan yang dilakukan oleh Pemohon termasuk dalam Berdaftar dan sekali gus peruntukan Akta itu terpakai.
[4] Sebelum pendengaran bermula, Peguam Persekutuan [PP] yang terpelajar mewakili semua Responden mengemukakan Bantahan Awal terhadap permohonan Pemohon. Beliau bersandarkan kepada dua (2) isu iaitu Pemohon mengunakan "mode" yang salah untuk mencabar Perintah Pengawasan Polis bertarikh 20 Mei 2021 yang dikeluarkan di bawah s 15 Akta itu dan Pemohon gagal menamakan Lembaga Pencegahan Jenayah sebagai suatu pihak dalam permohonan untuk mencabar Perintah tersebut.
[5] Mahkamah ini telah mendengar hujahan bertulis/lisan pihak-pihak, di akhir pendengaran Mahkamah ini membenarkan Bantahan Awal yang dikemukakan oleh PP yang terpelajar. Mahkamah ini selanjutnya menolak Lampiran [1].
Latar Pentas Kes
[6] Pemohon pada mulanya menjalankan perniagaan atas nama STMT Recycle Sdn Bhd [Syarikat itu]. Syarikat itu antara lainnya membeli, menjual, mengangkut, menyimpan, membekal, mempromosi dan menguruskan semua bentuk logam terpakai. Syarikat ini telah didaftarkan secara sah di Syarikat Suruhanjaya Malaysia [SSM]. Syarikat Pemohon didaftarkan sebagai "139405-M".
[7] Pemohon kemudiannya telah ditangkap pada 15 Mac 2021 kerana dikatakan terlibat dengan kecurian kabel kepunyaan satu Syarikat komunikasi di Malaysia. Pemohon telah di reman mengikut peruntukan s 4(1)(a) Akta itu selama 21 hari dan kemudiannya di tahan selama 38 hari mengikut peruntukan s 4(2)(a) Akta itu.
[8] Pemohon melalui peguamnya pada 12 Mei 2021 telah memfailkan permohonan Habeas Corpus di Lampiran [1] mencabar Perintah Reman tersebut iaitu reman 38 hari.
Merit Permohonan Pemohon
[9] Sebelum Mahkamah ini berkesempatan menyentuh merit permohonan Pemohon, PP yang terpelajar mewakili semua Responden telah mengemukakan Bantahan Awal atau isu-isu berikut:
(a) Pemohon mengunakan "mode" yang salah untuk mencabar Perintah Pengawasan Polis bertarikh 20 Mei 2021 yang dikeluarkan di bawah s 15 Akta itu dan;
(b) Pemohon gagal menamakan Lembaga Pencegahan Jenayah sebagai suatu pihak dalam permohonan untuk mencabar Perintah tersebut.
Bagi Isu Bantahan (a):
Penghujahan Oleh PP Yang Terpelajar
[10] PP yang terpelajar secara ringkasnya menghujahkan Pemohon sekarang bukannya berada dalam suatu tempat tahanan sebaik Perintah Pengawasan Polis dikeluarkan pada 20 Mei 2021. Peruntukan s 365 Kanun Tatacara Jenayah [KTJ] hanya terpakai sekiranya melibatkan tahanan secara fizikal. Pemakaian ruang lingkup peruntukan s 365 KTJ ada dirungkai dalam nas duluan iaitu Kerajaan Malaysia & Ors v. Nasharuddin Nasir, [2004] 1 CLJ 81 dan Sejahratul Dursina v. Kerajaan Malaysia & Ors; [2006] 1 MLJ 405; [2008] 1 CLJ 593; [2005] 6 AMR 553. PP yang terpelajar selanjutnya menghujahkan Perintah Pengawasan Polis yang menghadkan pergerakan Pemohon ianya tidak terjumlah kepada suatu penahanan atau kurungan bagi maksud peruntukan s 365 KTJ. Beliau bersandarkan kes Cheow Siong Chin v. Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors; [1985] 2 MLJ 95 yang memutuskan sedemikan. Dalam kes yang sama turut memutuskan Pemohon yang berhadapan situasi sebegini, Pemohon masih mempunyai remedi lainnya untuk mencabar Perintah Pengawasan Polis iaitu secara Semakan Kehakiman (Judicial Review) menurut peruntukan
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.