2023 MarsdenLR 217
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
HAZRUL SYAFIQ RAMALIM LWN. KERAJAAN MALAYSIA & YANG LAIN
[Permohonan Semakan Kehakiman No: BA-25-13-02-2022]
The delay in filing a judicial review application must be justified by valid reasons; financial constraints are not considered sufficient.
Headnote:Based on the provisions of A 53 k 3(6) and (7) of the Court Rules 2012, a judicial review application must be filed promptly, within three months from when the grounds arise. The court has discretion to extend this period if good reasons are shown. The applicant presents several reasons for delay, primarily financial difficulties and the impact of the Covid-19 pandemic, but the court finds these to be insufficient. "Issues include whether the financial constraints constitute a legitimate excuse for delay. The court concludes that the applicant's reasons do not warrant an extension of time as per the established guidelines." As a result, the application for an extension of time to file a judicial review is denied.
| Table of Content |
|---|
| 1. facts related to the judicial review application. (Para 1 , 2 , 5 , 6) |
| 2. arguments presented for the delay in filing. (Para 11 , 12 , 13 , 15) |
| 3. court's observations on the financial constraints. (Para 17 , 18 , 19) |
| 4. discussion on the inadequacy of provided reasons. (Para 21 , 22 , 23) |
| 5. conclusion on the denial of the extension application. (Para 26) |
[1] Ini merupakan merupakan permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh pemohon, Hazrul Syafiq Ramalim di mana keputusan yang ingin dicabar oleh pemohon adalah keputusan amaran dan buang kerja terhadap pemohon yang diputuskan oleh responden kedua pada 24 Julai 2020.
[2] Antara relif yang dipohon dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman ini adalah:
(i) Suatu perintah deklarasi untuk mengenepikan dan membatalkan keputusan amaran dan buang kerja terhadap pemohon sebagai anggota polis yang diputuskan oleh responden pertama dan kedua bertarikh 24 Julai 2020;
(ii) Suatu perintah deklarasi bahawa hukuman tatatertib amaran dan buang kerja yang dikenakan terhadap pemohon pada 24 Julai 2020 adalah batal, tidak sah dan tiada efek di sisi undang-undang;
(iii) Perintah mandamus kepada pihak responden-responden untuk mengembalikan semula kedudukan pemohon kepada kedudukan asalnya di dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia sebelum pada pemberhentian daripada perkhidmatan yang dikenakan oleh responden- responden; dan
(iv) Suatu perintah bahawa pemohon layak menerima semula semua pembayaran gaji, elaun dan manfaat Iain yang beliau layak terima bermula dari tarikh beliau dibuang kerja sehingga beliau diterima kembali datam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia.
[3] Dalam Kandungan 1 juga, pemohon telah memohon satu permohonan bagi kebenaran membuat semakan kehakiman di luar tempoh masa mengikut A 53 k 3(7) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 .
[4] Mahkamah ini akan meneliti permohonan lanjutan masa terlebih dahulu sebelum mahkamah ini mempertimbangkan permohonan kebenaran semakan kehakiman.
Fakta Kes
[5] Berdasarkan perenggan 15 Affidavit Sokongan pemohon, pemohon menyatakan beliau menerima surat Pemberitahuan Hukuman tatatertib bertarikh 4 Ogos 2020 pada 2 September 2020.
[6] Pemohon memfailkan permohonan semakan kehakiman ini pada 15 Februari 2022. Permohonan semakan kehakiman ini telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 25 April 2022.
Undang-Undang Berkaitan
[7] Berhubung tempoh masa bagi memfailkan suatu permohonan bagi semakan kehakiman, A 53 k 3(6) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan seperti berikut:
"(6) Suatu permohonan bagi semakan kehakiman hendaklah dibuat segera dan dalam mana-mana hal dalam tiga bulan dari tarikh bila alasan bagi permohonan itu mula-mula berbangkit atau bila keputusan itu mula-mula diberitahu kepada pemohon."
[Penekanan Ditambah]
[8] Berdasarkan A 53 k 3(6) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 , suatu permohonan semakan kehakiman hendaklah dilakukan dengan segera dan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh keputusan mula-mula diberitahu kepada pemohon.
[9] Walau bagaimanapun, sekiranya tempoh tiga bulan telah tamat, A 53 k 3(7) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan:
"(7) Mahkamah boleh, atas permohonan, melanjutkan tempoh yang disebut dalam kaedah 4(1) dan sekiranya ia menimbangkan bahawa ada sebab yang baik untuk berbuat sedemikian."
[10] Berdasarkan peruntukan-peruntukan A 53 k 3(7) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 , mahkamah ini akan meneliti permohonan pemohon untuk perlanjutan masa bagi memfailkan permohonan semakan kehakiman.
Analisa Dan Dapatan
[11] Menurut A 53 k 3(6) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 , suatu permohonan bagi semakan kehakiman hendaklah dibuat segera dan dalam mana-mana hal dalam tiga bulan dari tarikh bila alasan bagi permohonan itu mula-mula berbangkit atau bila keputusan itu mula-mula diberitahu kepada pemohon.
[12] Mahkamah mempunyai budi bicara dan boleh, atas permohonan oleh pihak pemohon, membenarkan lanjutan masa bagi pemfailan satu permohonan semakan kehakiman sekiranya mahkamah mendapati terdapat sebab dan alasan yang kukuh u