SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2015 MarsdenLR 575

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
MOHD SOFFIAN MOHD YUSOF & YANG SATU LAGI LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: 42S (A)-71-05/2014 & 41S-45-05/2014]



Joint trials must adhere to statutory requirements; failure to comply can render proceedings illegal, leading to acquittals.

Headnote:The judgment addresses the appeal of two appellants who were convicted under various sections of the Penal Code, including s 326 and s 203, due to allegations of causing grievous hurt and providing false information to police. The appeal is based primarily on procedural issues and the credibility of witnesses. The court finds significant errors in the joint trial process, deeming it illegal, leading to the conclusion that both convictions should be set aside. The court emphasizes the necessity of separate trials under the relevant criminal procedure provisions.

Table of Content
1. appellants found guilty on serious charges. (Para 1 , 2 , 3)
2. court identifies illegality in joint trial. (Para 12 , 21)
3. credibility of witnesses questioned, procedural errors noted. (Para 13 , 24 , 40)
4. overall conviction overturned based on procedural violations. (Para 54)
PENGHAKIMAN

Kamardin Hashim H:

Latarbelakang

[1] Perayu pertama, seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dari Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur telah dibicara dan didapati bersalah oleh Hakim Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan di bawah s 326 Kanun Keseksaan . Pertuduhan terhadap perayu pertama adalah seperti berikut:

Bahawa kamu pada 3 Mac 2009 jam lebih kurang 12.20 pagi bertempat di hadapan City One Plaza, Jalan Masjid India, di dalam daerah Dang Wangi, dalam Bandaraya Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan, telah dengan sengajanya menyebabkan kecederaan parah keatas Ahmad Muzaffar (Passport Pakistan No BY 1152771) dengan menembak beliau menggunakan sepucuk pistol jenis Vector No Siri G 007917 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum di bawah s 326 Kanun Keseksaan .

[2] Atas sabitan, perayu pertama telah dijatuhkan dengan hukuman 12 tahun penjara dan satu sebatan rotan oleh Puan Hakim Sesyen yang bijaksana.

[3] Perayu kedua adalah bapa kepada perayu pertama. Beliau telah dihadapkan dengan satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan pilihan yang dibacakan seperti berikut:

Pertuduhan Utama

Bahawa kamu dengan pengetahuan bahawa pada 3 Mac 2009 jam lebih kurang 12.20 pagi, di hadapan City One Plaza, Jalan Masjid India di dalam daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, satu kesalahan di bawah s 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata yang telah dilakukan oleh Mohd Soffian Bin Mohd Yusof, telah memberi maklumat palsu pada 3 Mac 2009 jam 0219 hrs di Balai Polis Tun HS Lee, Kuala Lumpur mengenai kesalahan tersebut di laporan polis bersabit Dang Wangi report 7606/2009 dimana kamu nyatakan bahawa seorang lelaki Pakistan telah menyerang anak kamu Mohd Soffian Bin Mohd Yusof dengan parang dan menghayunkan parang tersebut terhadap anak kamu, yang mana kamu tahu bahawa maklumat tersebut adalah palsu dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 203 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama.

Pertuduhan Pilihan

Bahawa kamu dengan pengetahuan bahawa pada 3 Mac 2009 jam lebih kurang 0219 pagi, di Balai Polis THS Lee di daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur dengan tujuan untuk menyebabkan bencana kepada Ahmad Muzaffar Nombor Pasport Pakistan BY 1152771 dengan palsunya mempertuduhkan beliau satu kesalahan iaitu menyerang anak kamu Mohd Soffian Bin Mohd Yusof dengan parang serta telah menghayunkan parang tersebut terhadap anak kamu, seperti mana dalam laporan polis kamu bersabit Dang Wangi 7606/09, dengan mengetahui bahawa tiada apa-apa alasan yang patut atau yang sah disisi undang-undang bagi pertuduhan terhadap Ahmad Muzaffar dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 211 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama.

[4] Perayu kedua tidak mengaku salah dan minta dibicarakan. Di akhir perbicaraan, perayu telah didapati bersalah oleh Hakim bicara atas pertuduhan utama di bawah s 203 Kanun Keseksaan . Bagi kesalahan itu, perayu kedua telah dijatuhkan dengan hukuman 6 bulan penjara.

[5] Kedua-dua perayu tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim bicara dan merayu ke Mahkamah ini atas kedua-dua sabitan dan juga hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Sesyen yang bijaksana.

[6] Pertuduhan terhadap kedua-dua perayu telah dibicarakan secara bersama di hadapan Hakim Sesyen setelah pertuduhan-pertuduhan terhadap perayu kedua di pindahkan dari Mahkamah Majistret di atas permohonan daripada yang bijaksana Tuan Timbalan Pendakwa Raya.

Fakta Ringkas Kes

[7] Fakta kes seperti dapatan Hakim bicara berdasarkan kepada keterangan SP1 dan rakannya, Yong Moe Yung (SP2) adalah seperti berikut. Keseluruhan kejadian yang berlaku dalam kedua-dua kes ter

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top