2016 MarsdenLR 2455
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
BARISAN ELITE SDN BHD LWN. GOLDEN CITY CLASS SDN BHD & YANG LAIN (LAMP 4)
[Guaman No: WA-22NCVC-306-05/2016]
The court emphasized the necessity for plaintiffs seeking a Mareva injunction to demonstrate a good arguable case, asset presence in jurisdiction, and the risk of asset dissipation.
Headnote:This judgment discusses the granting of a Mareva injunction based on a plaintiff's claim of a 'good and arguable case' for recovery of RM755,000 against the first defendant, supported by evidence of asset jurisdiction and potential dissipation. The court found that the plaintiff met the conditions for the injunction, including full disclosure of material facts and real risk assessment regarding asset disposal. The injunction was granted with a monetary limit.
| Table of Content |
|---|
| 1. case background and parties involved (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5) |
| 2. details regarding the assets and payments (Para 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11) |
| 3. legal arguments presented by the plaintiff (Para 12 , 13 , 14 , 15) |
| 4. defendant's counterarguments (Para 17 , 18) |
| 5. court findings and conclusions (Para 20 , 21 , 22) |
| 6. final ruling and orders (Para 24) |
(Lampiran 4)
Pengenalan
[1] Ini adalah permohonan (inter parte) oleh Plaintif untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengeluarkan satu injunksi Mareva terhadap Defendan Pertama.
[2] Plaintif adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang di perbadankan di Malaysia dan beralamat di no 3-2, 3rd Mile Square, No 151, Jalan Kelang Lama, Batu 3 1/2, 58200 Kuala Lumpur.
[3] Defendan Pertama adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang di perbadankan di Malaysia dan beralamat No 30-3, Jalan Kuchai Maju 10, Kuchai Entrepreneurs Park, off Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur.
[4] Defendan Kedua adalah Pengarah Defendan Pertama (mulai 5 November 2015) dan beralamat di No 45, Jalan Bukit Hijau 26/24, Taman Bukit Saga, Seksyen 26, 40400 Shah Alam, Selangor. Sebelum ini beliau adalah Pengarah Plaintif (untuk tempoh 3 Januari 2005 hingga 5 Ogos 2014) dan memegang sebanyak 400,000 saham dalam Plaintif.
[5] Defendan Ketiga juga adalah Pengarah Defendan Pertama (mulai 5 November 2015) dan beralamat di No 45, Jalan Bukit Hijau 26/24, Taman Bukit Saga, Seksyen 26, 40400 Shah Alam, Selangor. Sebelum ini beliau adalah Pengurus Besar Plaintif (untuk tempoh 2008 hingga 5 Ogos 2014) dan memegang sebanyak 25,000 saham dalam Plaintif. Beliau adalah isteri kepada Defendan Kedua.
Fakta Kes
[6] Plaintif telah mengenal pasti dua bidang tanah di Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor bagi tujuan pembangunan di masa hadapan. Tanah-tanah berkenaan ialah HS (M) 2564, PT No 3590 (selepas ini di panggil Hartanah 3590) dan HS (M) 3009, PT No 3633 (selepas ini di panggil Hartanah 3633).
[7] Berdasarkan suatu arrangement (rancangan) yang dicapai pada sekitar tahun 2008, di antara Plaintif dengan Defendan Pertama di mana Defendan Pertama akan digunakan sebagai vehicle untuk memperolehi kedua-dua hartanah berkenaan dari pemilik-pemilik berdaftar. Plaintif juga akan mengeluarkan wang pendahuluan bagi bayaran harga kedua-dua hartanah berkenaan kepada Defendan Pertama. Selepas itu Defendan Pertama akan menjualkan semula kepada Plaintif.
[8] Kemudian telah berlaku pertikaian di mana Plaintif mendakwa telah membuat dua kali bayaran ke atas kedua-dua hartanah berkenaan sebelum dipindah milik dan didaftarkan atas nama Plaintif.
[9] Plaintif mendakwa bayaran kali kedua dibuat kepada Defendan Pertama adalah bagi memastikan kedua-dua hartanah berkenaan dipindah milik dan didaftarkan atas nama Plaintif.
[10] Plaintif mendakwa Defendan-Defendan telah tidak jujur dan tidak ikhlas dalam keseluruhan transaksi tersebut dan memerlukan injunksi Mareva bagi menghalang Defendan-Defendan dari mengeluarkan dari bidangkuasa mahkamah ini sejumlah RM755,000 yang dituntut oleh Plaintif.
[11] Injunksi Mareva ini telah di perolehi secara ex-parte oleh Plaintif pada 27 Mei 2016.
Isu
[12] Tiga isu perlu diputuskan mahkamah dalam rayuan ini:-
i) sama ada Plaintif mempunyai a good and arguable case terhadap Defendan;
ii) sama ada terdapat keterangan yang mencukupi yang ditunjukan oleh Plaintif bahawa Defendan mempunyai aset dalam bidangkuasa mahkamah;
iii) sama ada terdapat keterangan yang mencukupi yang ditunjukan oleh Plaintif bahawa Defendan akan memindahkan aset berkenaan sebelum penghakiman diperolehi.
Kes Plaintif
[13] Plaintif memberikan latarbelakang kes dalam penghujahan beliau:-
i) berdasarkan kepada satu arrangement, Defendan Pertama akan mendapatkan dua bidang tanah dari pemilikan seorang bernama Khadijah (Hartanah 3590) dengan harga RM410,000 dan dari Shaharudin (Hartanah 3633) dengan harga RM420,000.
ii) Perjanjian jualbeli telah dibuat dan akhirnya kedua-dua hartanah tersebut didaftarkan di atas nama Defendan Pertama.
iii) dalam melaksanaka