MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
SURESHWARAN V RAJOO LWN. KETUA POLIS NEGARA & ORS
[Permohonan Jenayah No: 44-129-10/2014]
| Table of Content |
|---|
| 1. applicant seeks to annul police supervision order. (Para 1 , 1 , 2) |
| 2. respondents did not respond to applicant's affidavit. (Para 3) |
| 3. court denies application due to misuse of legal process. (Para 4) |
[1] Ini adalah permohonan pemohon yang difailkan melalui satu Notis Permohonan di Lampiran 2 untuk mendapatkan perintah-perintah berikut:
(i) Suatu Perintah untuk membatalkan Perintah Pengawasan Polis di bawah s 15 Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang bertarikh 29 Mei 2014 yang dibuat oleh Responden Kedua;
(ii) Suatu Perintah untuk membatalkan Dapatan Pegawai Inkuari di bawah s 10(2) Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang bertarikh 5 Mei 2014;
(iii) Pemohon dibawa ke Mahkamah Mulia ini dan dibebaskan; dan
(iv) Apa-apa relief yang Mahkamah Mulia ini fikir suai manfaat.
[2] Permohonan pemohon disokong oleh Afidavit Sokongan oleh pemohon sendiri bertarikh 28 Ogos 2014, menyatakan alasan-alasan bagi permohonan pemohon. Secara ringkasnya, alasan-alasan bagi permohonan pemohon untuk dibebaskan adalah:
(a) Beliau tidak diberitahu tentang hak beliau untuk menyemak semula dapatan Pegawai Inkuari;
(b) Permohonan beliau untuk menyemak dapatan Pegawai Inkuari tidak dilayan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah dan satu Perintah Pengawasan Polis telah dikeluarkan terhadap beliau untuk tempoh selama 3 tahun di Mukim Parit Bakar, Muar, Johor; dan
(c) Perintah Pengawasan Polis tersebut telah dikeluarkan dengan melanggari peruntukan di bawah s 10(2) dan s 15 Akta Pencegahan Jenayah 1959 .
[3] Pihak responden-responden tidak menjawab kepada Afidavit Sokongan yang difailkan oleh pemohon. Sebaliknya, pihak responden-responden melalui Peguam Kanan Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri telah menyerahkan satu notis niat untuk membangkitkan bantahan awalan terhadap permohonan pemohon.
[4] Saya telah mendengar hujahan pihak-pihak atas isu yang telah dibangkitkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Encik Abazafree bin Mohd Abbas dalam bantahan awalan beliau. Saya telah menegakkan bantahan awalan Peguam Kanan Persekutuan dan memerintahkan permohonan pemohon dibatalkan dengan tanpa mendengar merit permohonan pemohon.
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.