SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2015 MarsdenLR 411

MAHKAMAH TINGGI MALAYA PULAU PINANG
AMANAH RAYA BERHAD LWN. FATIMAH MOHAMED ALI
[Saman Pemula No: 24NCVC-547-06/2015]



Pentadbir harta pusaka tidak perlu mendapat persetujuan semua benefisiari untuk menjual harta simati jika ia menguntungkan semua pihak.

Headnote:Statut yang relevan termasuk s 60(2) Akta Probet dan Pentadbiran 1959 memperuntukkan kebenaran untuk menjual harta pusaka simati. Pemohon berhasrat menjual Lot 4676 kepada Tajudin bin Ibrahim setelah mendapat persetujuan dari sebahagian besar benefisiari kecuali pencelah. Mahkamah memutuskan bahawa penjualan harta perlu mengutamakan kepentingan semua benefisiari. Isu utama adalah sama ada persetujuan benefisiari diperlukan untuk penjualan. Mahkamah menegaskan bahawa undang-undang membenarkan penjualan tanpa persetujuan tersebut jika menguntungkan semua pihak.

Table of Content
1. permohonan untuk mendapatkan kebenaran menjual hartanah simati. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5)
2. hujahan pemohon mengenai kuasa untuk menjual tanpa persetujuan semua benefisiari. (Para 8 , 9 , 10)
3. hujahan pencelah untuk persetujuan awal dari semua benefisiari. (Para 11 , 12)
4. mahkamah memberikan keputusan berdasarkan kepentingan benefisiari. (Para 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25)
5. keputusan untuk membenarkan penjualan hartanah simati. (Para 26 , 27)
Nordin Hassan PK:

Pendahuluan

[1] Ini adalah permohonan Pemohon untuk mendapatkan kebenaran mahkamah ini bagi menjual satu hartanah simati iaitu sebuah rumah flat dikenali sebagal Lot 4676, Mukim Ulu Kelang, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selaras dengan kehendak peruntukan s 60(2) Akta Probet dan Pentadbiran 1959 .

[2] Fatimah binti Mohamed Ali, salah seorang benefisiari simati dan pencelah dalam kes ini menentang penjualan hartanah berkenaan.

Latarbelakang Kes

[3] Pemohon adalah Pentadbir harta pusaka simati, Omar bin Muhamed Ali melalui Geran Surat Kuasa Mentadbir bertarikh 28 Oktober 2003.

[4] Semasa meninggal dunia, simati ada meninggalkan beberapa harta alih dan harta tidak alih dan kesemua harta berkenaan telah dibahagi-bahagikan oleh Pemohon kepada benefisiari-benefisiari simati kecuali sebuah rumah flat iaitu Lot 4676, Mukim ulu Kelang, wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

[5] Terdapat 11 orang benefisiari simati dan semuanya telah memberi persetujuan bertulis untuk hartanah tersebut di jual kepada seorang pembeli bernama Tajudin bin Ibrahim pada harga RM110,000 dan hasi jualan di bahagi-bahagikan mengikut faraid kecuali Pencelah yang menentang penjualan hartanah ini.

[6] Sebelum itu, anak kepada Pencelah iaitu Azizul bin Ahmad ada memfailkan tuntutan Hibah ke atas hartanah berkenaan di Mahkamah Tinggi Syarah di Shah Alam tetapi kes tersebut telah dibuang melalui perintah mahkamah berkenaan pada 11 Februari 2014.

[7] Tiga orang dari benefisiari simati telah meninggal dunia sementara yang lainnya kebanyakannya telah lanjut usia.

Hujahan Pemohon

[8] Pihak Pemohon berhujah bahawa sebagai Pentadbir harta pusaka simati, pemohon mempunyai kuasa untuk menjual hartanah berkenaan dengan kebenaran Mahkamah ini.

[9] Dihujahkan juga bahawa tiada kehendak undang-undang yang memerlukan Pemohon mendapat kebenaran dari benefiasiari sebelum hartanah simati boleh dijual.

[10] Pihak pemohon juga menegaskan harga jualan yang ditawarkan oleh pembeli hartanah tersebut adalah harga terbaik bagi hartanah berkenaan.

Hujah Pencelah

[11] Pihak Pencelah pula berhujah bahawa Pemohon perlu mendapatkan persetujuan dari semua benefisiari terlebih dahulu sebelum hartanah berkenaan boleh dijual.

[12] Pencelah juga menegaskan hartanah tersebut perlu ditawarkan kepada benefisiari-benefisiari untuk dibeli terlebih dahulu sebelum dijual kepada pihak lain.

Keputusan Mahkamah

[13] Undang-undang mantap adalah jelas bahawa Pentadbir harta pusaka boleh menjual harta pusaka simati dengan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu.

[14] Seksyen 69(1)(a) Akta Probet dan Pentadbiran 1959 memperuntukkan:

"68.(1) On the death of a person intestate as to any property, the property shall be held by his personal representatives

(a) as to the immovable property upon trust, subject to s 60 to sell the same; and

(b) as to the movable property upon trust to call in, sell and convert into money such part thereof as may not consist of money with power to postpone the sale and conversion for such a period as the personal representative, without being liable to account, may think proper, and so that any reversionary interest be not sold until It falls into possession, unless the personal representatives see special reason for sale".

[15] Seterusnya s 60(1) dan (2) Akta yang sama pula menyatakan:

"60(1) In dealing with the property of the deceased his personal representative shall comply with this section.

(2) Unless the court otherwise directs, no sale, transfer, conveyance or assent in respect of immovable properly s

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top