SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2012 MarsdenLR 1631

MAHKAMAH TINGGI MALAYA MUAR
ONG CHING SWEE LWN. ONG KIAT HEE & YANG LAIN
[Guaman Sivil No: 22NCvC-25-02/2012]



Petitioner Advocates:Hishamudin A Aziz ,Respondent Advocate: Tan Koon Heo

Strict compliance with procedural rules is required for ex parte injunctions; failure to disclose material facts or to demonstrate a serious issue can lead to dismissal of applications.

Headnote:(A) High Court Rules 1980 - Rule 29(1)(2A) - Request for injunction - Plaintiff sought an injunction to prevent the defendants from disposing of property claimed as beneficially owned by plaintiff. Defendants challenged the application based on procedural non-compliance and lack of serious issue. (Paras 8, 12)

(B) Injunction - Ex parte application - Plaintiff failed to comply strictly with requirements for ex parte applications under the relevant rules, particularly in notifying defendants and providing justifiable reasons for the lack of notice. (Paras 12, 14)

(C) Equitable principles - Doctrine of laches applicable, as plaintiff delayed for over 60 years in making claims for the property, undermining any right to relief. (Paras 17, 19)

Facts of the case:
The plaintiff purchased property in 1952 but registered it under a deceased person's name, claiming a trust. After the death of the deceased, the property was transferred to the defendants without plaintiff's consent. Defendants argued strong merits of their title and lack of trust documentation. (Paras 2, 4, 5)

Findings of Court:
Application for injunction denied with costs to defendants and previous ex parte order set aside due to non-compliance with court rules. The court found no serious issue to warrant an injunction. (Paras 12, 19)

Issues: Whether the plaintiff provided sufficient factual support for the ex parte injunction request, the existence of a trust, and whether a serious issue was presented for litigation.

Ratio Decidendi: The court highlighted that strict adherence to procedural rules is mandatory for ex parte injunctions, and failure to demonstrate material facts undermines the validity of the request. Moreover, the lengthy delay by the plaintiff in asserting their rights rendered the request for injunction unjustifiable. (Paras 12, 17)

Result: Application dismissed with costs of RM3,000.

Table of Content
1. plaintiff's claim of beneficial ownership and trust (Para 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7)
2. defendants challenge claim with material facts (Para 8 , 9 , 10 , 11)
3. court's procedural requirements for injunctions (Para 12 , 13 , 14 , 15)
4. court's denial of injunction due to lack of evidence (Para 16 , 17 , 18 , 19)

[1] Plaintif telah memohon di kandungan (3) untuk satu perintah injunksi di mana Defendan (2) - (4) dan / atau agennya dilarang dan / atau dihalang dengan serta merta daripada menjual dan / atau menggadai dan / atau memajak dan / atau memberi dan / atau dengan apa jua cara sekalipun untuk melupuskan tanah yang dipegang di bawah Geran No 19756 (sekarang dikenali sebagai Geran No 311528) Lot 3341, Bandaran Bandar Maharani, Daerah Muar, Johor ("Hartanah tersebut") bersama-sama rumah yang didirikan di atasnya dengan apa jua cara sekalipun sehingga kes ini selesai dibicarakan dan / atau sehingga Perintah Mahkamah yang selanjutnya.

B. Fakta

[2] Plaintif adalah pembeli Hartanah tersebut. Beliau telah membeli Hartanah tersebut daripada Fatimah bt Abdul Majid dan Sheikh Abdul Rahim bin Abu Bakar melalui suatu Perjanjian Jual-Beli bertarikh 26 Ogos 1952 ("Perjanjian tersebut") dengan harga belian sebanyak RM14,000.00 (Eksibit 'OCS-1', kandungan 4). Plaintif telah menjelaskan kesemua harga belian itu. Akan tetapi Plaintif mendakwa beliau telah mendaftarkan Hartanah tersebut atas nama Ong Chin Teng, Si Mati, yang merupakan adik angkat Plaintif, walaupun Si Mati tidak menyumbangkan apa-apa terhadap harga belian itu.

[3] Adalah dakwaan Plaintif bahawa Si Mati memegang Hartanah tersebut sebagai Pemegang Amanah baginya dan bahawa Plaintif adalah pemunya beneficial Hartanah tersebut. Bahawa sejak pembelian Hartanah tersebut, Si Mati dan keluarga Si Mati tidak pernah menduduki rumah yang terbina atas Hartanah tersebut yang dikenali sebagai No 10-A, Jalan Hassan, Muar, Johor. Malah keluarga Plaintif bersama-sama keluarga adik Plaintif bernama Ong Chin Hock yang menduduki di Hartanah tersebut sejak pembeliannya sehingga sekarang. Plaintiflah selama ini memegang salinan asal surat ikatan Hakmilik Hartanah tersebut dan menjelaskan segala cukai tanah dan bil cukai taksiran sehingga tahun 2011. (Eksibit 'OCS-3', kandungan 4). Cukai tanah untuk tahun 2012 tiba-tiba telah dibayar oleh pemilik baru Hartanah tersebut iaitu Defendan-Defendan (2) - (4).

[4] Si Mati telah meninggal dunia pda 30 Oktober 2010. Plaintif mendakwa selepas kematian Si Mati, wasi dan / atau balunya dan / atau anak-anaknya telah memberi jaminan kepada Plaintif bahawa setelah Surat Kuasa untuk harta pusaka Si Mati telah diperolehi mereka akan memindahmilik Hartanah tersebut kepada Plaintif sebagai pemunya beneficial Hartanah tersebut.

[5] Namun, apabila carian persendirian dibuat oleh Piaintif pada 5 Januari 2012, beliau telah dapati Hartanah tersebut telah diletakhakkan ke atas nama-nama Defendan-Defendan masing-masing sama rata (Eksibit 'OCS- 4', kandungan 4). Piaintif mendakwa Defendan-Defendan telah secara frod telah memindahmilik Hartanah tersebut ke atas nama-nama Defendan (2) - (4) sama rata. Adalah pendirian Piaintif bahawa Defendan (2) - (4) memegang Hartanah tersebut sebagai pemegang amanah bagi pihaknya.

[6] Pada 5 Januari 2012, Piaintif telah memasukkan kaveat persendirian No Perserahan 350/2012 ("Caveat tersebut") (Eksibit 'OCS-5', kandungan 4) terhadap Hartanah tersebut untuk menghalang Defendan-Defendan daripada melupuskan Hartanah tersebut.

[7] Tidak berpuashati dengan memasukkan Kaveat tersebut, Piaintif sekarangnya memohon untuk perintah injunksi untuk menghalang Defendan-Defendan daripada menjual Hartanah tersebut memandangkan Piaintif mendengar ada ura-ura Defendan-Defendan ingin berbuat demikian. Perintah injunksi ex parte diberi kepada Plaintif pada 21 Mac 2012. Sekarang keputusan perlu diberi secara inter partes.

[8] Bagi Defendan-Defendan, mereka mencabar pengeluaran perintah injunksi ex parte itu atas alasan-alasan bahawa Plaintif telah gagal mem

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top