SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2018 MarsdenLR 384

MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
HUAT HING RUBBERWOOD SDN BHD LWN. KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA PULAU PENGHUTANG PENGHAK....
[Guaman Sivil No: 22-116-04/2011]



Petitioner Advocates:Danendra Markandu ,Respondent Advocate: Sharifah Fazidah Aidid Syed Hashim

The court established that a garnishment order is valid when the debtor fails to prove ownership of the funds claimed as a third-party asset.

Headnote:Statute Analysis: The judgment considers the application to set aside a Garnishee Order issued under A 49 k 2 KKM. Facts: The appellant failed to pay the judgment sums, leading to garnishment from their bank account. The court found the garnished funds belong to the appellant, dismissing the application. Findings: The court ruled on procedural grounds, confirming the garnishment was lawful.

Issues: The main issues were whether the appellant was properly informed of the garnishment and the ownership of the funds.

Ratio Decidendi: The court ruled that the claims of the funds being third-party were unsubstantiated and deemed res judicata.

Result: The court denied the appellant's application.

Table of Content
1. overview of the garnishment process and initial judgment amount. (Para 1 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8)
2. key arguments regarding lack of notification and funds ownership. (Para 12 , 13 , 14 , 15)
3. examination of financial documentation and burden of proof on the appellant. (Para 16 , 18 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24)
4. conclusion on the legality of the garnishment measures and final judgment. (Para 25 , 28)
Pengenalan

[1] Penghutang Penghakiman [JD] memfailkan Notis Permohonan di lampiran [36] untuk mengenepikan Perintah Garnisi Mutlak bertarikh 22 Jun 2015 [Perintah Garnisi tersebut] diketepikan.

[2] Mahkamah ini telah mendengar permohonan JD dan di akhir pendengaran telah menolak permohonan JD untuk mengakaskan Perintah Garnisi tersebut yang diperolehi oleh Pemiutang Penghakiman [JC].

[3] JD yang terkilan dengan keputusan Mahakmah ini telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan, Malaysia. Rayuan ini telah didaftarkan sebagai Mahkamah Rayuan, Malaysia, Rayuan Sivil No: K-02(IM)-764-04/2018.

Latar Belakang Kes

[4] JC telah memperolehi Penghakiman bertarikh 13 Jun 2012 terhadap JD untuk jumlah sebanyak RM345,675.00 dan RM80,000.00 berserta kadar faedah dan kos. Penghakiman ini diputuskan oleh YA Dato' Mohd Azman Bin Husin H selepas perbicaraan penuh diadakan.

[5] JD pada mulanya memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan, Malaysia terhadap keputusan YA Hakim tersebut. Kemudiannya JD tidak berhasrat untuk meneruskan rayuannya di Mahkamah Rayuan, Malaysia. Secara tidak langsung JD terikat dengan Penghakiman bertarikh 13 Jun 2012 iaitu membayar jumlah penghakiman yang diperintahkan iaitu RM345,675.00 dan RM80,000.00.

[6] JD gagal dan enggan menjelaskan jumlah Penghakiman yang diperintahkan kepada JC. JC kemudiannya memfailkan permohonan bertarikh 20 Januari 2015 [lampiran (26)] di bawah A 49 k 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [KKM] untuk mengarnis wang dalam akaun JD di Bank Islam Malaysia Berhad [BIMB] [Orang Yang DiGarnis] untuk menjelaskan jumlah Penghakiman tersebut.

[7] Pada 3 Jun 2015, JC telah mendapat Perintah Orang Yang DiGarnis Untuk Menunjuk Sebab di hadapan Puan Noorhidayah Bte Mohd Saad, Penolong Kanan Pendaftar [PKP] Mahkamah ini. Pihak BIMB menzahirkan tiada apa-apa bantahan terhadap permohonan JC. Selanjutnya pada 22 Jun 2015, PKP telah mengeluarkan Perintah Garnisi tersebut.

[8] Berdasarkan Perintah Garnisi tersebut, wang sejumlah RM457,485.29 telah digarnis daripada akaun JD oleh Orang Yang DiGarnis dan dibayar kepada JC. JD masih berhutang sebanyak RM104,422.76 dengan JC.

[9] Pada 17 Januari 2016, JD memfailkan lampiran [36] untuk mengenepikan Perintah Garnisi tersebut. Permohonan ini telah didengar di hadapan YA Dr Choo Kah Sing, Pesuruhjaya Kehakiman [pada ketika itu]. YA Dr Choo Kah Sing telah menolak lampiran [36] atas alasan permohonan lewat difailkan dan Mahkamah Tinggi telah functus officio [Sila rujuk kes Huat Hing Rubberwood Sdn Bhd v. Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Pulau Belantik Sik Berhad ; Bank Islam Malaysia Berhad (Garnisi].

[10] JD yang terkilan dengan keputusan YA Dr Choo telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan, Malaysia. Rayuan ini telah didaftarkan sebagai Rayuan Sivil No: K-02(W)-2218-12/2016. Pada 16 Mac 2017, Panel Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh YA David Wong Dak Wah HMR [pada ketika itu], YA Hamid Sultan Bin Abu Backer HMR dan YA Umi Kalthum Binti Abdul Majid HMR telah memerintahkan seperti berikut:

"...................MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERINTAHKAN DENGAN PERSETUJUAN bahawa Rayuan dibenarkan sebahagian dan Notis Permohonan Perayu bertarikh 14 Januari 2016 diremit balik ke Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk didengar atas merit...."

[11] Selaras dengan Perintah Mahkamah Rayuan bertarikh 14 Januari 2016, Mahkamah ini telah mendengar lampiran [36] atas merit.

Merit Permohonan Penghutang Penghakiman [JD]

[12] Mahkamah ini telah menghalusi penghujahan pihak-pihak, isu utama yang ditonjolkan ialah:

(a) Kegagalan JC memaklumkan tentang permohonan Garnisi kepada JD; dan

(b)

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top