2023 MarsdenLR 140
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUANTAN
SITI NUR AIN SULAIMAN LWN. MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG & SATU LAGI
[Saman Pemula No: CA-24NCVC-128-07/2022]
The jurisdiction to grant declarations regarding religious status lies with the Syariah Court, particularly in cases involving renunciation of faith.
Headnote:The court examined the Plaintiff's claims for a declaration of non-Islamic status under specific laws, noting that the Plaintiff was born illegitimately and had never converted to Islam despite her mother's conversion. The court found the Plaintiff was presumed Muslim according to law and her mother's conversion sufficed for this status. The court concluded that the plaintiff's application, relating to leaving Islam, fell within the jurisdiction of the Syariah Court and therefore was dismissed.
| Table of Content |
|---|
| 1. plaintiff's claim for declaration of non-islamic status based on parents' conversion. (Para 1 , 3 , 4 , 5) |
| 2. arguments regarding the plaintiff's religious status and jurisdiction. (Para 9 , 10 , 11) |
| 3. court's examination of relevant statutory provisions and implications. (Para 13 , 14 , 15 , 17 , 18 , 19) |
| 4. court's final determination on jurisdiction and merits of the application. (Para 25 , 36 , 45) |
Pengenalan
[1] Plaintif memfailkan satu permohonan melalui Saman Pemula untuk mendapatkan perintah atau relif seperti berikut:
a. Satu deklarasi bahawa Plaintif bukan seorang yang menganut agama Islam;
b. Satu deklarasi bahawa perkataan 'ibu bapa' dalam perenggan (b) dalam tafsiran 'orang Islam' di s 2 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 (Pahang) (Enakmen 3 Tahun 1991) hanya merujuk kepada ibu bapa kepada seorang anak yang sah taraf;
c. Satu deklarasi bahawa Plaintif mempunyai hak untuk mengamalkan dan menganut adat dan kepercayaan beliau sendiri sebagai seorang orang asli dari suku kaum Jakun tanpa sebarang campur tangan dari Defendan-Defendan; dan/atau
d. Kos ditanggung oleh Defendan-Defendan; dan/atau
e. Sebarang perintah selanjutnya dan/atau lain-lain yang difikirkan sesuai dan/atau sebaliknya wajar oleh Mahkamah.
[2] Setelah menelitikan kertas-kertas kausa yang difailkan dan setelah menimbangkan penghujahan kedua-dua pihak, Mahkamah telah menolak permohonan Plaintif tersebut.
Fakta Kes
[3] Plaintif merupakan seorang orang asli dari suku kaum Jakun yang lahir di luar nikah kepada Sofiah a/p Denting dan Sulaiman pada 27 November 1993.
[4] Pada 14 November 1995, ibu Plaintif telah memeluk agama Islam dan diberikan satu kad memeluk Islam oleh Defendan Pertama dan nama baru ibu Plaintif adalah Sofiah binti Denting.
[5] Ibu dan bapa Plaintif tidak pernah pada bila-bila masa memberi persetujuan untuk Plaintif memeluk agama Islam.
[6] Namun begitu, status Plaintif dalam kad pengenalan adalah Islam dan diberi nama Islam walaupun nama panggilannya adalah Anne. Defendan Pertama dengan itu mengambil kedudukan bahawa Plaintif telahpun memeluk agama Islam pada 14 November 1995.
[7] Plaintif memohon kepada Mahkamah agar deklarasi kepadanya oleh kerana:
i. Plaintif tidak pernah memeluk agama Islam pada 14 November 1995 oleh kerana pada masa Plaintif berumur 2 tahun dan tidak pernah mengucap Kalimah Syahadah;
ii. Kebenaran atau persetujuan ibu dan bapa Plaintif tidak pernah diperolehi; dan
iii. Plaintif lahir sebagai seorang orang asli dan pada setiap masa material mengamalkan adat dan kepercayaan orang asli suku kaum Jakun.
[8] Defendan Pertama melalui surat bertarikh 16 Julai 2018 telah mengesahkan bahawa Plaintif telah memeluk agama Islam pada 14 November 1995 menurut Daftar Rekod Mualaf Negeri Pahang Tahun 1996/1999.
[9] Defendan Pertama dengan itu berpendapat bahawa Plaintif adalah seorang Islam atas sebab seperti berikut:
i. Peruntukan s 2(d) Enakmen Pentadbiran Undang- Undang Islam 1991 (Pahang) menakrifkan orang Islam ertinya seseorang yang telah memeluk agama Islam menurut peruntukan s 101 atau ss 102 dan 103;
ii. Peruntukan s 103 Enakmen tersebut memperuntukan mengenai status agama anak mualaf yang berumur di bawah 18 tahun adalah mengikut agama penjaganya;
iii. Seksyen 86 Enakmen Keluarga Islam 2005 telah menggariskan penjagaan bagi kanak-kanak tidak sah taraf dan mengiktirafkan hak penjagaan adalah terletak kepada ibunya; dan
iv. Melalui Fatwa Negeri Pahang bagi status agama anak bawah umur 18 tahun selepas salah seorang pasangan memeluk Islam yang diwartakan pada September 2013 menyatakan bahawa anak bawah umur akan mengikut agama ibu atau bapa yang memeluk agama Islam.
[10] Oleh itu, permohonan Plaintif adalah di luar bidang kuasa Mahkamah ini memandangkan Plaintif adalah beragam Islam dan oleh kerana permohonan Plaintif menjurus kepada keluar daripada agama Islam, maka ianya terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
[11] Defendan Kedua juga telah berhujah dan menggunapakai penyataan-penyataan se