SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2024 MarsdenLR 1335

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
PAULAIYANAN MUTHURAIRASAN LWN. MAMUNIRASAN MATHURAI
[Saman Pemula No: NA-24NCvC-122-03/2024]



Plaintif tidak mempunyai 'caveatable interest' untuk menyambung kaveat persendirian ke atas hartanah kerana gagal membuktikan hak yang boleh didaftarkan.

Headnote:(A) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 - Seksyen 29(2) - Kanun Tanah Negara 1965 - Seksyen 323 - Permohonan untuk melanjutkan kaveat persendirian ditolak kerana Plaintif gagal membuktikan kepentingan yang boleh didaftarkan ke atas hartanah yang dipertikaikan. (Paras 1, 48)

(B) Kaveat Persendirian - Pemohon perlu membuktikan kepentingan yang boleh didaftarkan untuk layak memasukkan kaveat. (Paras 19, 40)

(C) Prosedur Perbicaraan - Kegagalan untuk merayu dalam tempoh yang ditetapkan menafikan hak untuk mempertikaikan perintah pembahagian. (Paras 36, 46)

(D) Keadilan - Mahkamah mendapati tiada bukti yang menyokong dakwaan pemindahan harta secara tidak sah. (Paras 31, 39)

Facts of the case:
Plaintif memohon untuk melanjutkan kaveat persendirian ke atas hartanah yang telah dipindahmilik kepada Responden melalui perintah pembahagian yang didakwa tidak sah.

Findings of Court:
Mahkamah mendapati bahawa Plaintif tidak mempunyai sebarang kepentingan ke atas hartanah tersebut dan permohonan untuk melanjutkan kaveat ditolak.

Issues: Sama ada Plaintif mempunyai hak untuk memasukkan kaveat ke atas hartanah yang dipindahmilik kepada Responden.

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa tanpa bukti kepentingan yang boleh didaftarkan, permohonan kaveat tidak boleh diterima.

Result: Permohonan Plaintif ditolak dengan kos.

PENGHAKIMAN

Wan Fadhilah Nor Wan Idris PK:

Pengenalan

[1] Ini adalah merupakan rayuan daripada pihak Plaintif yang terkilan dengan keputusan Mahkamah ini yang telah menolak permohonan mereka untuk melanjutkan tempoh sah kaveat persendirian bertarikh 24 Ogos 2018 terhadap hartanah yang dikenali sebagai GM 549 Lot 5564, Daerah Seremban, Negeri Sembilan (hartanah tersebut) sehingga penyelesaian muktamad guaman ini.

[2] Dalam tuntutan ini, Plaintif menyatakan bahawa hartanah tersebut telah dipindahkan secara salah kepada Responden melalui satu prosiding pembahagian harta yang jalankan di hadapan Penolong Pentadbir Tanah Seremban pada 23 Ogos 1989.

Kes Plaintif

[3] Plaintif merupakan salah seorang daripada 8 orang anak kepada pasangan Mathurai a/l Rasan (ayah) dan Muthee a/p Perumal (ibu). Pada 27 Mac 1988, mendiang ayah Plaintif iaitu Mathurai a/l Rasan (simati) telah meninggal dunia meninggalkan harta-harta tak alih yang berstatus tanah berkelompok dan tertakluk kepada Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 seperti berikut:

a) GM 548 Lot No 0050403 Mukim Labu, Seremban, Negeri Sembilan (seluas 2.619 Ha); dan

b) GM 549 Lot No 005564 Mukim Labu, Seremban, Negeri Sembilan (seluas 0.8339 Ha).

[4] Isteri simati iaitu Muthee a/p Perumal telah membuat satu permohonan di bawah s 8 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 di Pejabat Tanah Seremban dan permohonan tersebut didaftarkan sebagai PTS 51/1989.

[5] Permohonan tersebut telah dibicarakan di hadapan Penolong Pentadbir Tanah Seremban pada 23 Ogos 1989 dan satu keputusan telah dibuat dimana kesemua bahagian dalam kedua-dua hartanah tersebut diberikan kepada Responden.

[6] Plaintif yang turut mewakili adik beradiknya lain menegaskan bahawa Responden telah menerima pindahmilik hartanah-hartanah tersebut secara licik dan frod dengan bantuan Penolong Pentadbir Tanah tersebut iaitu Encik Mustapha bin Haji Alias. Ini adalah kerana Penolong Pentadbir Tanah tersebut dengan sengaja telah memerintahkan bahawa hartanah-hartanah tersebut dipindahkan kepada Responden tanpa menghiraukan kepentingan waris-waris lain.

[7] Plaintif menyatakan dalam menjalankan tugasnya, Penolong Pentadbir tersebut telah gagal mematuhi undang-undang sedia ada dalam prosidur pembahagian harta dan kesannya adalah perintah bertarikh 23 Ogos 1989 boleh dianggap tidak sah kerana ianya telah diberikan secara tidak teratur.

[8] Berdasarkan nota bicara Penolong Pentadbir Tanah berkenaan, Plaintif mendakwa bahawa proses perbicaraan yang dijalankan oleh Penolong Pentadbir Seremban adalah tidak teratur dan tidak sah atas alasan-alasan berikut:

i. Kesemua waris-waris yang hadir tidak memahami Bahasa Melayu dan hanya mampu bertutur dalam Bahasa Tamil. Oleh itu, waris-waris tidak mampu memahami kandungan prosedur perbicaraan yang dikendalikan dalam Bahasa Melayu.

ii. Waris-waris juga tidak menerima sebarang pertanyaaan daripada Penolong Pentadbir sama ada kesemua mereka telah bersetuju untuk memberikan keseluruhan hartanah tersebut kepada Responden 1.

iii. Ibu Plaintif iaitu Muthee a/p Muralee tidak pernah berniat untuk memberikan harta tersebut kepada Responden 1 memandangkan terdapat anak-anak lain yang berhak kepada harta tersebut secara sama rata.

iv. Tiada keterangan dalam Nota keterangan oleh Pentadbir Tanah yang menunjukkan bahawa Muthee a/p Muralee berniat untuk memberikan keseluruhan hartanah-hartanah tersebut kepada responden.

[9] Melalui perjanjian jual beli bertarikh 10 Februari 2017, Responden telah menjual salah satu hartanah berkenaan iaitu hartanah yang dikenali sebagai GM 548 Lot No 0050403 Mukim Labu, Seremban, Negeri Sembilan tanpa pengetahuan Plaintif dan waris-waris lain.

[10] Dibimbangi Responden akan melupuskan satu lagi hartanah yang masih tinggal, Plaintif telah memasukkan kaveat persendirian ke atas GM 549 Lot No 005564 Mukim Labu (hartanah tersebut) bagi melindungi hak dan kepentingan Plaintif dan waris-waris lain yang sepatutnya berhak ke atas hartanah tersebut, Memandangkan kaveat persendirian yang telah dimasu


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top