SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 1335

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
WANG YONG LWN. TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA & YANG LAIN
[Rayuan Jenayah No: BA-44-13-01/2021]



Petitioner Advocates:Sivanathan ,Respondent Advocate: Norazlin

The unlawful detention of a petitioner can arise from non-compliance with procedural requirements related to the issuance of subpoenas and excessive delays in inquiries under the Dangerous Drugs Act, 1985.

Headnote:(A) Dangerous Drugs Act, 1985 – Sections 5(2), 5(4), 6(1), 12 – Habeas corpus – Procedural non-compliance – Petitioner's detention was found unlawful due to advisory board's refusal to issue subpoena for witnesses and delays in conducting inquiries – Court emphasized the necessity of adhering to procedural requirements to ensure fairness and just hearing (Paras 2, 6, 12).
(B) The advisory board possesses court-like powers under s 12 to summon witnesses, not to be delegated to any other authority (Paras 6, 11).
(C) Delays of 20 and 25 days in inquiry processes were considered excessive, violating the requirement for expediency under s 5(2) and s 5(4), leading to the unlawful detention of the petitioner (Paras 11, 12).

Facts of the case: The petitioner was detained under a detention order but claimed that procedural rules were violated, leading to unfair representation and excessive delays in the inquiry process.

Findings of Court: The court ruled that the procedural violations resulted in the petitioner's unlawful detention and allowed the application for a writ of habeas corpus.

Issues: The main issues concerned procedural fairness regarding witness subpoenas and inquiry delays affecting the legality of the detention.

Ratio Decidendi: The court held that the advisory board has a statutory duty to ensure procedural compliance in hearings and must act without undue delay, as provided by the Dangerous Drugs Act.

Result: Writ of habeas corpus granted; petitioner released from detention.

PENGHAKIMAN

Ab Karim Ab Rahman H:

[1] Kes di hadapan Mahkamah ini merupakan satu pemohonan Pemohon untuk mendapatkan satu perintah writ habeas corpus. Pemohon telah ditahan di bawah satu Perintah Tahanan bertarikh 20 November 2020 yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri (TMDN) di bawah s 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta) mulai 20 November 2020 di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak (PPA).

[2] Mahkamah ini telah mendapati bahawa terdapat isu ketidakpatuhan prosedur dalam penahanan Pemohon itu iaitu:

1) Keengganan pihak Lembaga Penasihat mengeluarkan sapina atas saksi saksi dan kegagalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan saksi orang tahanan yang dipohon oleh Pemohon bagi tujuan representasinya telah menafikan hak Pemohon mendapatkan satu pendengaran yang adil dan bertentangan dengan kehendak ss 12 dan 16 Akta dan k 10(2) Kaedah-Kaedah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Prosedur Lembaga Penasihat) 1987 (Kaedah itu); dan

2) Kelewatan 20 hari oleh Pegawai Inkuiri dalam menjalankan inkuiri terhadap Pemohon dan kelewatan 25 dalam mengemukakan laporan dapatannya kepada TMDN yang bertentangan dengan s 5(2) dan s 5(4) Akta.

[3] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa sesuatu permohonan habeas corpus, ia hanya boleh dicabar dan mestilah ditunjukkan terdapat ketidakpatuhan prosedur yang telah dilakukan dalam pengeluaran Perintah Tahanan itu. Dalam kes Kew Sang v. Timbalan Menteri Dalam Negeri & Ors, Mahkamah Persekutuan menyatakan. ".... The first thing Court should do is to see whether the ground forwarded is one that falls within the meaning of procedures non- compliance." Selanjutnya beban pembuktian bahawa tahanan seseorang yang ditahan di bawah akta pencegahan itu terletak ke atas pihak Responden untuk membuktikan tahanan tersebut adalah sah dan mengikut prosedur mandatori apabila seseorang tahanan membangkitkan tahanannya adalah tidak sah (SK Tangaliswaran v. TMDN & Ors; [2010] 1 MLJ 149; [2009] 6 CLJ 705).

Kegagalan Lembaga Penasihat Mengeluarkan Sapina Ke Atas Saksi Dan Kegagalan Kdn Mengemukakan Saksi Orang Tahanan Yang Dipohon Oleh Pemohon

[4] Pemohon mendakwa wujud ketidakpatuhan terhadap s 12 Akta apabila Lembaga Penasihat (Lembaga) enggan mengeluarkan sapina ke atas saksi yang dipohon oleh Pemohon untuk dipanggil pada persidangan Lembaga yang mendengar representasi Pemohon. Pemohon melalui peguamnya telah membuat permohonan kepada Lembaga Penasihat melalui surat agar sapina dikeluarkan bagi empat orang saksi untuk menjadi saksi Pemohon bagi tujuan menyokong representasi Pemohon iaitu ASP Che Man bin Che Amat yang merupakan Pegawai Penyiasat kes fail Pemohon, pegawai penyiasat kes Pemohon yang melibatkan pengedaran dadah Inspektor Norsyahirah binti Safri, dan D/Sjn Ho Kwee Wee jurubahasa rakaman percakapan. Selain itu Peguam Pemohon juga membuat pemohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar Ooi Chieng Sim orang tahanan di PPA Macang dan Jackson Boh Khim Hean orang tahanan di PPA Batu Gajah dikemukakan di hadapan Lembaga untuk menjadi saksi representasi Pemohon. Walaubagaimanapun Lembaga hanya membenarkan sapina di keluarkan ke atas Pegawai Penyiasat kes fail Pemohon tetapi tidak bersetuju mengeluarkan sapina atas saksi Penjawat Awam yang lain sebaliknya menasihati Peguam Pemohon untuk mengurus sendiri pengemukaan saksi Penjawat Awan itu dengan berurusan dengan Ketua Jabatan mereka. Sementara KDN pula telah memaklumkan pada Peguam Pemohon supaya membuat pemohonan yang sama kepada Pusat Pemulihan dimana saksi tahanan itu ditahan. Dengan itu dihujahkan oleh Peguam Pemohon bahawa Pemohon telah dinafikan haknya untuk mendapatkan satu pendengaran yang adil dan mengemukakan satu representasi yang berkesan serta keengganan Lembaga itu bertentangan dengan kuasanya di bawah s 12 Akta.

[5] Kuasa Lembaga untuk mengeluarkan sapina di tetapkan dibawah s 12 Akta yang menyatakan "Advisory Board shall have all powers of a Court for the summoning and exa


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top