SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 380

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KOTA BHARU
RAJA MOHD ZAINI RAJA YUSOFF & SATU LAGI LWN. AMRAN MOHD AMIN
[Rayuan Sivil No: DA-12B-35-08/2019]



Petitioner Advocates:Vinod Kamalanathan ,Respondent Advocate: Abdul Wahab Che Kob,Nurhilyati Mohamed

In personal injury liability cases, the court determines compensation by reviewing the credibility of evidence and ensures damages reflect actual injury severity.

Headnote:(A) Civil law – Motor vehicle collision – Liability determination – Appellants held 50% liable for accident between motorcycles – Award for "severe traumatic brain injury" adjusted to RM200,000 based on judicial precedents – Claim for special damages relating to caregiver costs was granted partially – Examined evidence and witness testimonies related to accident circumstances. (Paras 9, 12, 15)

PENGHAKIMAN

Roslan Abu Bakar H:

Pengenalan

[1] Perayu telah memfailkan rayuan ini kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang terpelajar (selepas ini dipanggil "L/HMS") berhubung dengan liabiliti dan kuantum akibat dari suatu kemalangan jalanraya. Berdasarkan memorandum rayuan, Perayu hanya merayu terhadap ganti rugi am untuk kecederaan "severe traumatic brain injury".

[2] Responden pula memfailkan rayuan balas terhadap keputusan L/HMS yang menolak gantirugi am bagi kos penjagaan oleh pembantu rumah/jururawat sepenuh masa di rumah setelah Muhd. Aqil Irsyad bin Amran (selepas ini dipanggil "Si Mati") keluar dari hospital untuk tempoh 3 Disember 2015 hingga 21 Mac 2017.

[3] Perayu Pertama pada masa material adalah pemilik motosikal bernombor DCN 9815, manakala Perayu Kedua adalah penunggangnya.

[4] Responden pula adalah bapa dan waris kadim yang sah dan sebenar kepada Si Mati. Si Mati pada masa material menunggang motosikal bernombor DAY 7414.

Fakta

[5] Pada 19 April 2015 jam lebih kurang 9.00 malam, Si Mati sedang menunggang motosikal bernombor DAY 7414 di Kampong Telok Kandis - Jalan Salor Lama, Kota Bharu, Kelantan dan berlaku kemalangan dengan motosikal bernombor DCN 9815 yang ditunggang Perayu Kedua.

Prosiding Di Mahkamah Sesyen

[6] Setelah perbicaraan penuh selesai, L/HMS telah memutuskan Perayu-Perayu berliabiliti 100%. Untuk gantirugi "severe traumatic brain injury" pula, L/HMS telah memberikan gantirugi sebanyak RM300,000 (atas kadar 100%). Bagi rayuan balas oleh Responden, L/HMS telah menolak tuntutan gantirugi khas bagi kos penjagaan oleh pembantu rumah/jururawat sepenuh masa di rumah setelah Si Mati keluar dari hospital untuk tempoh 3 Disember 2015 hingga 21 Mac 2017.

Isu

[7] Isu yang perlu diputuskan mahkamah dalam rayuan ini adalah:

i. sama ada Perayu-Perayu berliabiliti 100%;

ii. sama ada award yang diberikan bagi "severe traumatic brain injury" adalah terlalu tinggi;

iii. sama ada L/HMS membuat keputusan betul dengan menolak tuntutan gantirugi khas bagi kos penjagaan oleh pembantu rumah/jururawat sepenuh masa di rumah setelah Si Mati keluar dari hospital.

Penelitian Dan Penemuan Mahkamah

Liabiliti

[8] Setelah mendengar hujahan lisan kedua-dua pihak dan meneliti hujahan bertulis, Rekod Rayuan, nota keterangan, eksibit-eksibit dokumentar dan alasan penghakiman L/HMS, saya berpendapat telah berlaku suatu kemalangan jalanraya antara motosikal yang ditunggang Perayu Kedua dengan motosikal yang ditunggang Si Mati tetapi cara atau bagaimana ianya berlaku tidak dapat dipastikan dengan tepat di sebabkan oleh:

1) Tiada keterangan langsung dari Si Mati berhubung dengan bagaimana kemalangan tersebut berlaku (tiada versi Si Mati).

a) dalam kemalangan tersebut Si Mati telah mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala (kecacatan otak). Akibatnya Si Mati lumpuh dan terlantar di katil sepanjang masa.

b) akibat kecederaan tersebut, Si Mati tidak dapat membuat laporan polis, tidak dapat dirakam percakapannya oleh Pegawai Penyiasat (kemalangan berlaku pada 19 April 2015) dan tidak dapat memberikan keterangannya di mahkamah.

c) Si Mati meninggal dunia pada 18 Mei 2017.

d) saksi-saksi Si Mati iaitu ayahnya dan dua orang lain hanya memberikan keterangan berhubung dengan kos tempat penjagaan harian Si Mati. Saksi-saksi ini bukanlah saksi kejadian.

2) Versi Perayu Kedua.

a) Perayu Kedua telah tidak hadir untuk memberikan keterangan di mahkamah semasa perbicaraan.

b) Perayu Kedua telah membuat laporan polis vide Kota Bharu Repot 2295/15. Tetapi laporan polis itu tidak dijadikan eksibit kerana Perayu Kedua tidak hadir semasa perbicaraan.

c) percakapan Perayu Kedua ada dirakam oleh Pegawai Penyiasat dan menyatakan motosikal Si Mati yang berada di hadapannya telah membelok dan dia tidak sempat untuk mengelak.

d) kerana tidak hadir untuk perbicaraan, versi Perayu Kedua ini (berdasarkan rakaman percakapan oleh Pegawai Penyiasat) tidak dapat disahkan kebenaran dan ketepatannya kerana tiada di soal balas.

3) Tiada saksi bebas yang melihat kemal


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top