2021 MarsdenLR 2663
MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
ROSHASLIANA MOHD RANI & YANG LAIN LWN. WONG CHONG KUEY & SATU LAGI
[Rayuan Sivil No: CB-12A-8-11/2020]
A plaintiff's claim should not be dismissed on procedural grounds if there exists a reasonable cause of action, emphasizing the need for a full trial to determine substantive merits.
Headnote:(A) Civil Law Act, 1956 – Section 8(3) – Road Transport Act, 1987 – Section 96(2) – Appeal against a decision dismissing the Plaintiffs' claim due to alleged delay in filing – The Plaintiffs contended lack of knowledge regarding the administration of the deceased's estate delayed their action – The court found the Plaintiffs did possess a reasonable cause of action, thus ruling such claims should not be struck out prematurely. (Paras 10, 30, 35)
(B) Legal principles regarding cause of action – The court emphasized that a claim must not be plainly unsupported to avoid dismissal under procedural grounds, and merit must be assessed in trials, not preliminary objections. (Paras 10, 12, 29)
Facts of the case: The case stems from a fatal car accident on May 10, 2019, involving the Plaintiffs' vehicle and that of a deceased individual. The Plaintiffs filed a writ against the Defendants alleging negligence. (Paras 3, 4)
Findings of Court: The trial judge erred in dismissing the claim, as there were substantial grounds for the action, warranting a thorough hearing. (Paras 35, 36)
Issues: The main questions pertained to the appropriateness of striking out the claim based on delayed filing under Section 8(3) of the Civil Law Act, and the adequacy of notice served under Section 96(2) of the Road Transport Act. (Paras 10, 11)
Ratio Decidendi: The court found the undelivered notice did not undermine the Plaintiffs' reasonable cause of action, affirming that matters of substantial merit should not be bypassed by procedural dismissals. (Paras 10, 12, 35)
Result: The appeal was allowed and the trial court's dismissal of the Plaintiffs' claim was overturned. (Para 38)
PENGHAKIMAN
[1] Ini adalah rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen pada 3 November 2020 yang memutuskan bahawa tuntutan Perayu-perayu (selepas ini dirujuk sebagai Plaintif-Plaintif) terhadap Responden-Responden (selepas ini dirujuk sebagai Defendan-Defendan) dibatalkan. la adalah ekoran daripada permohonan Plaintif-Plaintif di bawah A 18 k 19 (1) (a), (b) dan (d) Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM)2012.
[2] Permohonan tersebut diasaskan atas alasan-alasan berikut:
(a) Tindakan Plaintif-Plaintif mendedahkan kausa tindakan yang tidak munasabah;
(b) la mengaibkan, remeh atau menyusahkan; dan
(c) la adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.
Latar Belakang Kes
[3] Tindakan ini bermula dengan writ saman difailkan oleh Plaintif- Plaintif di atas satu kejadian kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kehilangan nyawa pada 10 Mei 2019 jam 1.00 petang. la melibatkan kenderaan dipandu oleh Plaintif dan kenderaan yang dinaiki oleh simati dan isteri kepada Plaintif Ketiga.
[4] Writ saman dan penyata tuntutan telah diserahkan kepada Defendan-Defendan. Malahan peguam pihak Plaintif telah mengemukakan notis di bawah s 96 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada MISG Insurance (M) Berhad. Notis tersebut bertarikh 7 April 2020 disertai dengan akuan menerima pos yang diakui terima pada 15 April 2020 seperti yang terdapat di ekshibit 'RMR-1'.
[5] Namun demikian di dalam affidavit sokongan pihak Defendan di ekshibit 'VK-3' telah mengemukakan ekshibit sijil atau perakuan daripada Amanah Raya Berhad berkenaan dengan harta simati Khoo Koon Liang yang dikeluarkan pada 14 November 2019. Surat tersebut ialah surat representasi dari Amanah Raya Berhad.
[6] Plaintif-Plaintif telah memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Temerloh terhadap Defendan-Defendan pada 30 Jun 2020 seperti di ekshibit 'WK-1' permohonan Defendan-Defendan.
[7] Isu utama yang dibangkitkan oleh pihak Defendan semasa perbicaraan atau pendengaran permohonan ini di Mahkamah Sesyen ialah tindakan Plaintif-Plaintif ini telah melebihi tempoh yang ditetapkan di bawah s 8 (3) Akta Undang-undang Sivil 1956 yang menyatakan seperti berikut:
"(3) No proceedings shall be maintainable in respect of a cause of action in tort which by virtue of this section has survived against the estate of a deceased person, unless proceedings against him in respect of that cause of action either:
(a) were pending at the date of his death; or
(b) are taken not later than six months after his personal representative took out representation. "
[8] Oleh yang demikian pihak Defendan berhujah bahawa pihak Plaintif tidak berhak untuk memfailkan tindakan tersebut. Ini bermakna Mahkamah Sesyen seharusnya membatalkan tindakan tersebut kerana ia tidak boleh diteruskan kerana dihalang oleh had masa yang ditetapkan di bawah s 8 (3) Akta Undang-undang Sivil 1956 tersebut.
[9] Sebaliknya peguam pihak Plaintif berhujah di Mahkamah Sesyen bahawa mereka tidak mengetahui waris simati Khoo Koon Liang telah pun memperolehi representasi daripada Amanah Raya Berhad. Oleh yang demikian mereka telah mengemukakan notis di bawah s 96 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada syarikat penanggung insurans kepada simati Khoo Koon Liang. Apa yang ingin dinyatakan ialah pihak Plaintif tidak mempunyai pengetahuan berkenaan kewujudan surat representasi daripada Amanah Raya Berhad tersebut dan ekoran daripada surat tersebut maka mereka terhalang daripada memfailkan tindakan melebihi daripada enam bulan seperti yang diperuntukkan di bawah s 8 (3) Akta Undang-undang Sivil 1956 tersebut.
Isu Di Hadapan Mahkamah Ini
[10] Persoalan di mahkamah ini adakah Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf apabila memutuskan bahawa permohonan pembatalan tindakan Plaintif-Plaintif oleh Defendan-Defendan di bawah A 18 k 19 (a), (b), dan (d) KKM 2012? Adakah Plaintif-Plaintif terhalang daripada mengemukakan tindakan kepada Defendan kerana dihalang oleh s 8 (3) Akta Undang-undang Sivil 1956 dan adakah notis yang diberikan oleh pihak Plaintif kepada syarikat insuran di baw