SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 797

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
PENDAKWA RAYA LWN. KISHENDEV PRASAD RAVISHANKAR
[Permohonan Jenayah No: JA-43-31-10/2021]



Important Points

Perintah reman lanjutan adalah tidak sah jika tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam arahan amalan oleh Ketua Hakim Negara.

Subject

Criminal Law - Remand Proceedings

Act Referred

Kanun Tatacara Jenayah: S.323(1), S.117
Akta Mahkamah Rendah 1948: S.107A

Headnote

(A) Kanun Tatacara Jenayah – Seksyen 323(1) – Semakan lanjutan reman – Mahkamah memutuskan bahawa permohonan reman lanjutan ke atas Pemohon tidak mematuhi Arahan Amalan Ketua Hakim Negara, yang menyebabkan Perintah reman lanjutan tidak sah – Mahkamah mengingatkan semua Majistret untuk mematuhi prosedur yang ditetapkan. (Paras 10, 21, 36)

Facts of the case: Pemohon ditangkap berhubung dengan dua kejadian keganasan, yang melibatkan permohonan lanjutan reman yang didakwa tidak mematuhi arahan amalan, yang menimbulkan kesalahan.

Findings of Court: Mahkamah berpendapat permohonan reman lanjutan yang dikeluarkan tidak sah.

Issues: Isu utama ialah sama ada lanjutan reman mematuhi arahan ketua hakim negara dan peruntukan Kanun Tatacara Jenayah.

Ratio Decidendi: Mahkamah menemukan bahawa melanggar arahan amalan menyebabkan perintah reman tidak sah.

Result: Perintah lanjutan reman diketepikan.

Petitioner Advocates:G Ravishankar,Rhubinii Nataraja ,Respondent Advocate: Mohd Shafiq Mohd Ghazali

PENGHAKIMAN

Abu Bakar Katar H:

Pengenalan

[1] Pemohon melalui peguamnya Tetuan Rhubinii Nataraja & Co telah mengutus surat bertarikh 10 Oktober 2021 memohon Mahkamah Tinggi, Malaya, Johor Bahru menjalankan kuasa semakan di bawah s 323 (1) Kanun Tatacara Jenayah [KTJ].

[2] Mahkamah ini telah menetapkan Pendengaran Permohonan Semakan Jenayah Pemohon pada 11 Oktober 2021 di Mahkamah Terbuka.

Latar Belakang Kes

[3] Pada 2 Oktober 2021 jam lebih kurang 2115 HRS semasa Lawrence A/L Murugan [Pengadu] berada dihadapan rumahnya yang beralamat No.: 11, Jalan PI 6/1, Taman Pulai Indah, 81300 Kangkar, Pulai, Johor Darul Takzim, telah didatangi 4 buah motorsikal yang masing membawa pembonceng. Kemudiannya salah seorang lelaki India telah memukul Pengadu mengunakan topi keledar di bahagian kepala. Selepas itu kesemua 8 orang lelaki India yang menunggang 4 motorsikal terus beredar.

[4] Pengadu kemudiannya pada hari yang sama jam 2200 Hrs bersama abang kandung dan adik saudara datang ke rumah yang beralamat No.: 12, Jalan PI 7/13, Taman Pulai Indah, 81300 Kangkar, Pulai, Johor Darul Takzim untuk berbincang berkaitan kejadian awal di hadapan rumah No.: 11. Ketika perbincangan ini tiba-tiba seorang lelaki India datang menyerang dengan menggunakan parang. Dalam kejadian yang kedua ini, Pengadu, abang kandung dan adik saudara mendapat kecederaan. Abang kandung Pengadu dan adik saudara telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.

[5] Pengadu pada 3 Oktober 2021 jam 5.50 pagi telah membuat laporan polis sebagaimana Kangkar Pulai Report No.: 005337/21 berkaitan kejadian pertama dan kedua tersebut.

[6] Kemudiannya bersabit Kangkar Pulai Report No.: 005337/21, Inspektor Nur Fakhira Bte Mat Radzi daripada IPD Iskandar Puteri telah membuat tangkapan atas 3 lelaki India iaitu Pemohon, Suhentaran A/L Krishnan dan Samuel A/L Seldenesamy. Inspektor Nur Fakhira kemudiannya telah membuat laporan polis sebagaimana Nusa Bestari Report No.: 006914/21. Selanjutnya pada 3 Oktober 2021 jam 1300 HRS, Inspektor Mohammad Ridzuan Bin Mohamed Hauza, Bahagian D7, IPD Iskandar Puteri telah membuat tangkapan atas seorang lelaki India bernama Gunasegaran A/L Muniandy. Pada 3 Oktober 2021 jam lebih kurang 1600 Hrs, Inspektor Mohammad Ridzuan telah membuat tangkapan ke atas Pengadu sebagaimana Nusa Bestari Report No.: 006923/21.

[7] Memandangkan siasatan pihak polis tidak dapat disiapkan atas kesalahan di bawah s 326 Kanun Keseksaan [Kanun itu] dan s 148 Kanun itu terhadap semua tangkapan, Inspektor Nur Fakhira telah membuat permohonan reman di bawah s 117 KTJ. Penolong Pendaftar, Mahkamah Majistret telah mendengar permohonan reman tersebut dan membenarkan tahanan reman selama 4 hari ke atas Pengadu. Sebaliknya terhadap Pemohon, Suhentharan A/L Krishnan, Samuel A/L Seledenesamy dan Gunasegaran A/L Muniandy dibenarkan reman selama 7 hari mulai 4 Oktober 2021 hingga 10 Oktober 2021.

[8] Kemudiannya pada 10 Oktober 2021, permohonan untuk sambungan reman telah dipohon terhadap Pemohon, Suhentharan A/L Krishnan, Samuel A/L Seledenesamy dan Gunasegaran A/L Muniandy. Pada permohonan kali ini di dengar oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret yang lainnya. Reman terhadap Pemohon di lanjutkan untuk tempoh 2 hari iaitu sehingga 12 Oktober 2021. Sebaliknya terhadap Suhentharan A/L Krishnan, Samuel A/L Seledenesamy dan Gunasegaran A/L Muniandy dilanjutkan untuk tempoh 4 hari sehingga 14 Oktober 2021.

[9] Sebaik lanjutan reman dibenarkan terhadap Pemohon, peguam Pemohon memohon Mahkamah ini untuk menjalankan kuasa semakan di bawah s 323 KTJ.

Merit Permohonan Semakan Jenayah Pemohon

[10] Sebelum Mahkamah ini menyentuh merit semakan Pemohon, eloklah diperturunkan peruntukan s 323(1) KTJ yang memperuntukkan seperti berikut:

"Section 323(1) A Judge may call for and examine the record of any proceeding before any subordinate Criminal Court for the purpose of satisfying himself as to the correctness, legality or propriety of any finding, sentence or order recorded or pa



1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top